CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 238|Reply: 0

Tiga emas di Jakarta ubati duka pesilat negara

[Copy link]
Post time 1-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PENCAPAIAN tiga pingat emas, satu perak dan tujuh gangsa pada edisi ke-26 Sukan SEA di Indonesia sedikit sebanyak mengubat luka pasukan silat negara selepas gagal membutirkan sebarang pingat di temasya 1997 yang turut diadakan di Jakarta.\rBiarpun kutipan itu tidak menyamai pencapaian empat emas di Laos pada 2009 namun perasaan gembira dan puas hati buat 24 pesilat kebangsaan lebih terpancar ketika berkunjung kembali ke negara jiran berkenaan kerana dapat mengharungi perang psikologi dilakukan penonton tempatan.\r\n\n\n\n\r   Penyelaras skuad silat negara, Osman Nok turut bangga dengan sembilan pesilat pelapis yang menyertai Silat Seni kerana mampu membutirkan pingat walaupun baru pertama kali menyertai temasya dwitahunan itu.\r\r\n\n\n\n\n  “Mereka beraksi dengan baik dan ia bagus untuk program pembangunan masa panjang dan saya yakin mereka ini boleh digilap lagi. \r“Ia juga membuktikan program pelapis dilakukan berjaya melahirkan pesilat berwibawa suatu ketika nanti,” katanya yang turut mengharapkan Majlis Sukan Negara (MSN) dapat membantu menghantar pesilat ke Kejuaraan Silat Terbuka Sydney yang akan diadakan bulan depan.\r“Kita masih belum membuat sebarang keputusan menghantar pesilat ke sana dan minggu depan akan dibincangkan dengan MSN dan harap akan dapat sokongan,” katanya.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.056186 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list