CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 181|Reply: 0

'Jadual ketat jejas aksi England'

[Copy link]
Post time 1-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
LONDON: Pengurus Manchester City, Roberto Mancini yakin skuad kebangsaan England kerap kali sengsara di pentas antarabangsa kerana jadual padat perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang  terpaksa diharungi pemain bintang mereka.\rPengurus warga Itali itu tidak ragu-ragu menyatakan bahawa prestasi hambar skuad ‘Three Lions’ di kejohanan utama adalah akibat jadual padat liga domestik mereka.\r\n\n\n\n\r   “Pemain tidak punya masa untuk memulihkan diri. Untuk bermain sekali lagi dalam tempoh dua hari seperti ini, tidak lama selepas saingan Liga Juara-Juara adalah menakjubkan.\r\r\n\n\n\n\n    \"Saya tidak tahu siapa patut disalahkan. Liga Perdana Inggeris sepatutnya membuat sesuatu mengenai perkara ini. Adalah penting untuk bermain, tetapi adalah penting juga untuk memulihkan diri. Anda perlukan tempoh tiga hari antara satu perlawanan dengan perlawanan yang lain.”\rMancini berang kerana terpaksa menentang Arsenal hanya selepas 48 jam aksi sengit mereka menentang Liverpool yang berkesudahan seri 1-1.\rDia menambah: “Isnin lalu kami ke London dan berikutan situasi itu kami menukar keseluruhan pasukan untuk saingan Piala Liga. Arsenal bermain pada Sabtu, kami bermain pada Ahad malam. Pada Isnin kami bertandang ke London untuk bermain pada malam Selasa... ini menakjubkan. Inilah sebabnya pasukan England tiba di pusingan akhir Kejohanan Eropah dan Piala Dunia dalam keadaan amat keletihan”. – Agensi\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.169766 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list