CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 132|Reply: 0

Vanessa Mae pencetus semangat

[Copy link]
Post time 1-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Shareena, Syahida yakin kerjaya muzik ada masa depan\rSEGALA-GALANYA bermula dengan Vanessa Mae, si pemain biola wanita yang terkenal di serata dunia. Ketika itu dia berusia 10 tahun namun gemersik gesekan melodi yang menusuk ke telinganya seakan membuai rasa yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. \r\n\n\n\n\rJauh di sudut hati, dia memasang niat mendalami peralatan muzik yang dirasakan terlalu istimewa namun menyedari keluarganya kurang berkemampuan, hajat itu hanya dipendamkan.\r\r\n\n\n\n\nSembilan tahun berlalu, anak kedua dari lima bersaudara itu akhirnya berpeluang menggapai impian lalu apabila berjaya memasuki kelas muzik menggunakan wang simpanan yang sememangnya disimpan berdikit-dikit.\rKini Nik Shareena Rosly, 28, wajar berbangga dengan diri sendiri kerana bukan saja diundang mempersembahkan gesekan biolanya di majlis gah malah bergelar guru muzik, sesuatu yang tidak pernah diimpikan sebelum ini.\r“Saya anggap semua ini ujian. Kesabaran serta semangat membolehkan saya gigih mempelajari biola dan membaca nota muzik. Barangkali ada yang sinis apabila hanya pada usia 19 tahun baru memasuki kelas muzik tetapi bagi saya tiada istilah terlambat asalkan kita bertekad.\r“Sambil bekerja, saya mencuri masa ke kelas malam hingga memperoleh sijil. Sokongan keluarga juga antara pendorong yang membulatkan hasrat menyambung pengajian selain mula berani bergerak mengadakan persembahan,” kata penuntut Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).\r\n\n\n\n\rSelepas menamatkan pengajian di peringkat Diploma dengan mengambil piano moden sebagai subjek teras kedua, anak jati Kuala Lumpur itu kini hanya perlu menghabiskan beberapa semester lagi sebelum menerima Ijazah Sarjana Muda Muzik.\rNik Shareena atau mesra disapa Sheena antara pemain biola wanita yang rancak meraih undangan pihak korporat, tidak terkecuali mengadakan persembahan di hotel serta pusat hiburan. \rMelihat aksinya bersama teman gandingan, Mardihiah Syahida Ahmad Nasarudin, 22, ketika beraksi di La Vida Lounge Holiday Villa Hotel & Suites Subang, jelas terserlah keasyikan menggesek biola yang dianggap sebagai teman karib.\rMengakui suka duka dilalui sebelum menguasai peralatan muzik yang menjadi dambaannya selama ini membuatkan bekas pelajar Sekolah Muzik Yamaha itu menghargai setiap detik terutama ketika menguasai pentas. \rBaginya saat berada di hadapan penonton dan berkongsi melodi yang membuai perasaan adalah momen terindah yang sentiasa dibayangkan tatkala zaman kanak-kanak sekali gus apabila hajat itu direalisasikan, Sheena enggan berpaling lagi.\rTegasnya, apabila diberi peluang memegang amanah memberi bimbingan kepada individu yang baru berjinak-jinak dengan biola terutama golongan berusia, dia mencurahkan ilmu sepenuh hati kerana merasakan suatu ketika dulu pernah berada di tempat mereka.\r“Bagi ibu bapa berkemampuan, tiada masalah menghantar anak sekecil lima tahun ke kelas muzik, tetapi saya yakin di luar sana ramai orang dewasa yang teringin belajar. Sebenarnya tiada masalah, selagi punya minat dan kesungguhan ia tidak sesukar mana. \r“Saya sendiri membimbing pelajar dari semua peringkat usia malah paling senior sudah melebihi 50-an,” tambahnya lagi yang sudah lebih lima tahun menjadi guru muzik.\rSementara itu, Mardihiah Syahida menganggap peluang mengadakan persembahan di sebuah hotel terkemuka seperti itu bersama rakan karibnya sebagai pengalaman mengujakan. \rJika selama ini sebagai penuntut ASWARA, dia sekadar beraksi untuk persembahan di kolej bersama khalayak di dalam lingkungan pelajar mahu pun teman seangkatan lain, kesempatan yang julung kali terbentang di depan mata tidak dilepaskan.\rMengakui sedikit gementar apatah lagi berpadu tenaga dengan Sheena yang berpengalaman luas mengadakan persembahan di ruang ekslusif, gadis kecil molek itu cuba memberikan persembahan terbaik.\r“Ini pengalaman pertama mengadakan persembahan di tempat seperti ini. Kalau di ASWARA memang kami kerap beraksi untuk tugasan pengajian atau majlis khas namun dalam lingkungan kelompok penonton sama, cuma apabila tempat seperti ini, auranya nyata berbeza.\r“Berbanding Sheen, saya dihantar ke kelas muzik ketika di bangku sekolah. Selepas tamat peringkat menengah, saya mengambil jurusan muzik di akademi ini. Sama ada cepat atau lewat mempelajari muzik, paling penting adalah rasa cinta,” katanya anak bongsu yang bakal menggenggam Ijazah Sarjana Muda tidak lama lagi.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:51 PM GMT+8 , Processed in 0.058510 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list