CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 88|Reply: 0

Indonesia gagal ubati duka diaib Malaysia

[Copy link]
Post time 2-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
JAKARTA: Selepas kecewa dua kali gagal menundukkan seteru jiran, Malaysia dalam dua final berturut-turut - Piala AFF Suzuki 2010 dan Sukan SEA 2011 - Indonesia yang dibarisi pemain terbaiknya cuba mencari penawar dengan menentang kelab popular Amerika Syarikat, LA Galaxy kelmarin yang berkesudahan tuan rumah tewas 1-0.\rPerlawanan berkenaan gagal menarik penyokong setianya apabila hanya 30,000 tempat duduk Stadium Gelora Bung Karno dipenuhi penonton berbanding lebih 100,000 ketika kedua-dua perlawanan menentang Malaysia pada temasya Sukan SEA lalu.\r\n\n\n\n\r   Bagaimanapun komen bekas pemain kebangsaan England, David Beckham yang sudah meniti penghujung kariernya, berkenaan pasukan kebangsaan Indonesia mungkin dapat mengubat sedikit kekecewaan seluruh rakyatnya.\r\r\n\n\n\n\n   “Mereka pantas dan tahu untuk bermain bola sepak,” kata Beckham yang meminta untuk bertukar jersi dengan penyerang muda Indonesia, Andik Vermansyah selepas rasa bersalah kerana menjatuhkannya di awal permainan.\rRobbie Keane (atas) meledak gol pada minit ke-14 untuk kemenangan Galaxy pada perlawanan pertama dalam siri Jelajah Asia. Selepas ini Galaxy akan bertemu Filipina di Manila esok, diikuti kelab Australia, Melbourne Victory tiga hari kemudian. – Agensi\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.233790 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list