Dah released pun filem ni arini
Teruja sangat tengok pengambaran kat KL + Putrajaya
Suka benar Dante ngan Bukit Bintang
Banyak gak scene kat situ
Jalan cerita laju takde la meleleh2 sangat
Kisah berkisar dua beradik yakni Jay Chow ngan Nicholas Tze
Dua beradik ni terpisah pastu jumpa balik bila mak theyols bagitau Jay Chow suruh carik Nicholas Tze kat KL
Siap ada tunjuk Airbus AAX dari Beijing ke KL
Kalau nak pilih filem ni buat promo pasal KL pun bagus gak
Bagi saya, filem ini adalah antara filem aksi terbaik pernah dihasilkan oleh HK baru-baru ini. Tidak melampau jika nak kata aksi action dalam The Viral Factor adalah setaraf filem gred A dari Hollywood. Paling mengkagumkan ialah, bagi saya filem ini banyak mempromosikan Malaysia.
sedap juga la tgk filem ni, mcm kebiasaan filem2 aksi HK cuma yg ni lebih perisa international....aku paling suka halfway first, mula dari aksi kat Jordan tu sampai lah time Jay Co sampai KL. Half second film aku tak suka sangat dari segi perkembangan cerita tapi action semua best, except part tembak2 yg terlalu meleret2.
Seronok tengok kereta langgar cafe kat Putrajaya....n cafe lecka kat bukit bintang tu kena bom (siapa sangka KL boleh ada kes bom mcm tu )...satu lagi main kejar2 kereta kat dalam pavilion tu memang wallawaih....best!
sedap juga la tgk filem ni, mcm kebiasaan filem2 aksi HK cuma yg ni lebih perisa international....ak ...
cmf_GAIA Post at 22-1-2012 16:05
Kan? Boleh saya katakan ia sebuah filem aksi terbaik pernah difilemkan di Malaysia, walaupun ia sebuah produksi HK. Standard aksi dia setaraf filem Hollywood.
Kan? Boleh saya katakan ia sebuah filem aksi terbaik pernah difilemkan di Malaysia, walaupu ...
spiderman80 Post at 22-1-2012 10:05 PM
haha...boleh lah, actually Police Story 3 awal 90an pun aku rasa gempak gak scene action dia kat KL tu....n scene Michelle Yeoh pakai tudung jerit abang2 pastu bantai polis Malaysia tu mmg takleh lupa heh....
Banyak benar filem HK yg shoot kat KL ni, skyline cruiser (Leon Lai, Shu Qi & Riezman Khuzaimi) dan ada satu lagi citer aku tak ingat tajuk tapi aku ingat action paragliding celah KLCC tu pun antara filem2 action jugak. Viral factor ni mcm manapun action scene dia lagi gempak la. Part last tu aku kureng sikit, yg budak tu kena bungkus plastik lama2 tak mati lemas ke? or ada penjelasan saintifik yg aku tak tahu?
[quotePart last tu aku kureng sikit, yg budak tu kena bungkus plastik lama2 tak mati lemas ke? or ada penjelasan saintifik yg aku tak tahu?
cmf_GAIA Post at 23-1-2012 01:48 [/quote]
Budak pompuan tu aku suka la dia belakon
Dalam Great Day pun bagus lakonan dia
Patut diasah baka ...
kekure Post at 24-1-2012 01:59 AM
eh! tak prasan pun tu budak yg sama dari Great Day. Ala2 Great Day pun aku tak ingat ada budak, ingat muka pakcik2 tua tu je...tapi bila fikir2 balik memang ada budak rupanya, anak tour lady yg selalu dijaga maid Indonesia yg cakap cina tu kan. Budak tu Malaysian ke? kecik2 lagi dah dapat berlakon dgn bintang HK.
Dah tengok. bagi aku meleret sangat lah sampai 2 jam. penat ponggong aku dok ternanti2 bila lah nak habis. dan ada jugak part2 yang tak logik especially part dekat Putrajaya. kemain ramai lagi 'cina' yang kerja kat putrajaya kan. haha.
So far ok lah cite ni bagi aku tapi ada parts yang ala2 tak kesampaian gituh. dan aku penat dok tengok dari awal sampai habis dok tembak menembak tak sudah. counter strike sangat.
Aku boleh bagi 3.5/5. filem ni ok, cgi dan efek mantap tapi terlalu mencoba keras untuk jadi hollywood.
Baru je tengok movie ni..
Boleh le nak ilangkan bosan, tertengok pon pasal tiket movie lain dah sold out, lgpon dgr review kat KL,sebahagian Malaysia, tu yg layankan je la..
tak habis nengok pon pasal,entah..mcm tak bule blah le cite nih..
3/5 star aku bagi..