CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 67|Reply: 0

'Harta' negara

[Copy link]
Post time 5-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Pemain Harimau kekal kualiti: SathiaTIDAK salah untuk pemain Harimau Muda yang sudah mencapai usia 21 atau 22 tahun menyertai kelab atau negeri tetapi jurulatih baru mereka harus memastikan tahap kecergasan dan permainan mereka sama atau lebih baik daripada ketika bersama pasukan muda kebangsaan itu. \n\n\n\nItu pandangan peribadi bekas jurulatih kebangsaan, B Sathianathan ketika ditanya mengenai ‘sistem pelik’ pembangunan bola sepak di Malaysia yang menyaksikan badan induk - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) - melatih pemain muda tetapi akhirnya ‘diculik’ persatuan negeri atau kelab ketika masih mampu bersama skuad muda kebangsaan.\n\n\n\n\n“Saya sendiri sebagai jurulatih - jika saya mengambil khidmatpemain Harimau Muda - akan pastikan mereka sentiasa berada dalam kesebelasan utama dan mempunyai tahap kecergasan tertinggi seperti bersama skuad muda kebangsaan,” kata Sathianathan yang kini mengendali pasukan Tentera.“Ia menjadi tanggungjawab jurulatih memastikan pemain ini konsisten dalam latihan dan permainan kerana mereka ini adalah aset negara. Malah, pergaulan dan aktiviti mereka di luar padang juga harus dijaga kerana ia akan memberi kesan kepada skuad kebangsaan sekiranya mereka dipanggil semula.“Cuma saya kurang bersetuju jika dikatakan kelab atau negeri tidak melakukan kerja di peringkat akar umbi. Ada negeri yang gigih melatih pemain bawah 14 tahun tetapi beberapa pemain yang menyerlah akan diserap ke Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) atau Bandar Penawar (SSBP). “Jadi secara tidak langsung, akademi negeri atau kelab turut membantu dalam proses penyediaan pemain kebangsaan. Cuma di negeri dan kelab, pendedahan dan soal pemakanan pemain muda ini tidak sebaik di sekolah sukan menyebabkan ramai yang tidak dapat berkembang seperti pemain di SSBJ dan SSBP.”\n\n\n\nMenurut Sathia, kebanyakan akademi peringkat akar umbi di negeri atau kelab dikekang masalah kewangan menyebabkan pemain muda kurang pendedahan pada segi latihan atau perlawanan.“Tanyalah mana-mana pemain di peringkat sekolah menengah, berapa banyak perlawanan kompetitif yang mereka lalui dalam setahun. Saya berani katakan tidak lebih daripada 10, itupun jika pasukan mereka mara hingga ke final,” kata Sathia.“Sedangkan di Jepun, pemain muda mereka secara purata bermain lebih 30 perlawanan kompetitif dalam setahun. Hanya SSBJ dan SSBP yang mempunyai sokongan kewangan memberi pendedahan kepada pemain mereka, tetapi setakat hanya dua sekolah, tidak cukup untuk menghasilkan pasukan kebangsaan benar-benar mantap.“Dengan jumlah penduduk melebihi 25 juta, Malaysia sepatutnya mempunyai 800,000 pemain bola sepak berbakat tetapi berapa yang kita ada sekarang? Kejuaraan peringkat Asia Tenggara yang ada sekarang sekadar pencetus kepada kebangkitan bola sepak negara, tetapi jika mahu merakam kejayaan lebih besar di peringkat antarabangsa, kita perlu mengubah sistem pembangunan di peringkat akar umbi.”

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.042084 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list