View: 251|Reply: 1
|
Khai Jei, Kelly Tan juara baru TSM
[Copy link]
|
|
Naqiuddin ungguli kategori bawah 15 tahunLOW Khai Jei dan Kelly Tan memperagakan aksi hebat masing-masing untuk muncul juara baru, Kejohanan Cabaran Golf Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSM) di Kelab Golf & Country Glenmarie, semalam.\n\n\n\n Khai Jei pula mencipta kejutan apabila pemain berusia 15 tahun dari Perak itu bangkit dengan penuh bersemangat untuk mencipta tujuh bawah par 65 bagi menghimpun jumlah keseluruhan 214 pukulan mengatasi dua pencabarnya - Kenneth De Silva dan Mohd Azman Basharuddin yang masing-masing mencatat 218 pukulan berkongsi kedudukan kedua.\n\n\n\n\n Pada pusingan pertama, dia memulakan saingan dengan aksi apabila hambar melakukan sembilan atas par 80 pukulan.“Saya tidak sangka akan menjadi juara selepas aksi buruk pada hari pertama kerana banyak mensia-siakan pukulan putt. Saya bernasib baik dapat memperbaiki persembahan hari ini (semalam),” katanya.Dalam pertandingan TSM edisi keenam tahun ini juga menyaksikan Muhd Naqiuddin Fuad diumumkan sebagai juara sulung kategori bawah 15 tahun selepas mengumpul 220 pukulan keseluruhan untuk mengetepikan 19 pencabar lain.Sementara itu, Kelly Tan - pemain wanita yang membantu skuad negara memenangi pingat gangsa acara golf berpasukan wanita di Sukan SEA di Jakarta, baru-baru ini, menyifatkan kejayaan itu adalah aksi terbaik pernah dilakukannya.\n\n\n\nLow menerima hadiah berbentuk biasisiwa latihan bernilai RM40,000 dan piala manakala Kelly dari Johor menerima biasisiwa latihan bernilai RM30,000 serta piala.Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga pengasas kejohanan tahunan itu menyampaikan hadiah kepada pemenang. Kejohanan itu menampilkan 75 pemain muda iaitu 30 pemain lelaki dan 26 wanita bawah 21 tahun dan 19 pemain lelaki bawah 15 tahun.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|