View: 1391|Reply: 5
|
Tahniah Buat Rakyat Maghribi dan Mesir
[Copy link]
|
|
Mumtaz Md Nawi |
Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya layak buat Allah Rabbul Jalil. Selawat dan salam atas junjungan mulia, Rasulullah SAW, para sahabat dan ahli keluarga baginda serta doa kesejahteraan buat para pimpinan dan para pejuang Islam seluruh dunia.
Ketika dan saat ini kita sama-sama meraikan satu detik bersejarah dalam rakaman perjuangan Islam di abad ini. Dua negara mencatat pembaharuan, demokrasi dibuka dan hasilnya rakyat memilih untuk mengangkat wakil-wakil rakyat dari Gerakan Islam. Cahaya terang dari kerlipan bintang-bintang di langit tanpa awan menyerikan malam di Semenanjung Tanah Arab yang sekian lama malap.
Dewan Muslimat PAS Pusat (Muslimat PAS), para pejuang dan para ibu serta isteri dan anak-anak perempuan di Malaysia yang telah sekian lama menangisi pemergian dan pengorbanan anggota pendokong Gerakan Islam seluruh dunia yang mencintai keamanan dan kesejahteraan dunia akhirat. Betapa sebelum ini kita dikelirukan oleh media dan oleh orang yang tidak mengenali Islam. Akhirnya yang hak tetap terbentang yang batil pasti akan tumbang.
Betapa ramai penganut Islam sendiri tidak yakin dengan kemampuan pemimpin Islam untuk mengurustadbir negara sebaik Umar al Khattab dan Umar bin Abdul Aziz sedangkan keduanya adalah pemimpin ulung dunia. Kita yakin akan kecemerlangan dan keadilan Nabi Muhammad SAW tetapi kita gagal meyakinkan rakyat bahawa Islam telah mempunyai Kod Etika Pemerintahan yang lengkap untuk diikuti oleh Ulama’ dan Umara’ sepanjang zaman.
Muslimat PAS percaya bahawa keyakinan dan kebangkitan rakyat ini mesti dirai dan disambut, ditangani dan disantuni agar mereka tahu ini adalah pilihan terbaik mereka. Kita para wanita bukan hanya akan membantu para lelaki dan suami kita serta ayah kita menang dalam Pilihan Raya tetapi kita akan terus memelihara amanah ini dengan membantu mereka mentadbir negara. Pengalaman kita sebagai pengurus rumahtangga dan pelaksana misi dan visi Gerakan Islam sejak sekian lama akan kita pergunakan dan garap sepenuhnya untuk wadah kali ini.
Kebangkitan rakyat di Mesir tercetus dengan suara Asma’ Mahfouz. Kami juga yakin di Maghribi juga punya Asma’ yang sama hebat dan kami juga berharap di Malaysia juga akan bangkit Asma’-Asma’ yang akan memimpin rakyat bangkit membuat perubahan. Sesungguhnya Asma’ binti Abu Bakar lah yang dipilih Allah dan Rasul dalam hijrah Nabi SAW ke Madinah. Bersempena Muharram 1433H, ini moga semangat kekentalan dan kebijaksanaan Asma’ akan menyinari setiap susuk mental, fizikal dan hati budi wanita seluruh dunia, di samping isteri, anak-anak pejuang serta rakyat yang sedar dan prihatin dengan hak hatta nasib mereka.
Muslimat PAS sangat terharu dan berbangga melihat wanita bertudung dan berjubah malah yang berpurdah bangkit seiring lelaki sebagai pengundi dan pemimpin dalam ruang lingkup yang adil untuk kita menyuarakan pandangan dan menegakkan hak dibumi Arab. Moga kerlipan cahaya ini akan menyuntik dan membakar semangat Islam dan kesejahteraan seantero dunia dalam masa yang singkat. Kita tidak akan meninggalkan rakan wanita dan rakyat kita yang belum Islam yang telah bersama menyokong perjuangan kita dalam Pilihan Raya ini kerana hidayah dan taufik itu milik mutlak Allah Azzawajalla. Ini kerana perjuangan menegakkan keadilan dan kesejahteraan Islam tidak mengenal bulu dan warna kulit.
Kalau dulu kita berkongsi duka dan doa, kini insya Allah kita akan berkongsi suka dan cerita berbekalkan doa menghadapi mehnah kemenangan. Sesungguhnya akhawat, mengekal dan menjamin kemenangan tidak semudah kita menggapai kemenangan buat kali pertama. Kemenangan terancang maka pentadbiran dan pengurusan negara dan organisasi juga harus kaya dengan seni dan politik yang penuh hikmah dan kesederhanaan berteraskan Al Quran, Sunnah, Ilmu dan Kematangan.
Tahniah Berjuta Tahniah! Selamat datang ke dunia penuh eksperimen dalam menterjemahkan Kod Etika Pengurusan dan Pentadbiran Islam. Muslimat PAS percaya dan yakin dengan kelembutan hatta ketabahan wanita Maghribi dan Mesir kita akan berjaya mencorak Maghribi dan Mesir baru alaf ini atas “Titian Mustaqim” yang telah lama rakyat idamkan.
Semua amanah dan ujian kemenangan ini akan menjadi asset dan modal kita menjadi penghuni syurga dan kalau kematian yang mendahului kita, insya Allah kita akan pergi sebagai para syuhada’.
Kami beristighfar dan mohon doa dari semua agar kami dan kita semua juga berupaya mengharungi dan memenangi Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) di Malaysia yang sudah tidak lama lagi. Moga segala tipu helah dan strategi serta dakyah pihak lawan akan dapat ditangani dengan sebaiknya.
Kami menghargai sokongan dan dokongan semua. Maka dengan segala kerendahan hati dan usaha pimpinan, jentera dan penyokong seluruh negara sejak sekian lama, marilah kita bertawakkal kepadaNya ketika telah tersemat di dada dan di jiwa bahawa PRU13 kali ini kita akan benamkan terus kedzaliman dan kebiadaban Regim UMNO Barisan Nasional. Kita akan keluarkan rakyat daripada Kegelapan Kedzaliman kepada Cahaya dan Keimanan. Insya Allah.
Tahniah alfun Mabruk dan Salam Hijratul Rasul SAW (1433H) dari Malaysia buat semua di seluruh dunia.
MUMTAZ MD NAWI
Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat |
|
|
|
|
|
|
|
|
ni seruan apa pulak ni?
nak kucar kacir kan negara ke? |
|
|
|
|
|
|
|
panjangnya artikel... berpinar pinar mata membaca |
|
|
|
|
|
|
|
Motif thread ni??????weeeeeeeeeeeeee |
|
|
|
|
|
|
|
first, tolong pegi belajar apa itu perenggan.
second, jangan api apikan benda yg dah aman. |
|
|
|
|
|
|
| |
|