|
KEKALAHAN memalukan skuad sepak takraw negara kepada Indonesia pada Sukan SEA, bulan lalu disebabkan ‘perangkap’ dipasang sendiri Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM).\rItulah pandangan bekas pengumpan terbaik negara, Abdul Malik Samsudin yang percaya skuad negara tidak akan diaibkan tuan rumah itu seandainya sistem kiraan lama 21 mata digunakan pada temasya dwitahunan itu.\r\n\n\n\n\r “Saya sudah menyoal mengenai sistem kiraan baru 15 mata sebelum ini bahawa ia tidak akan memberi kelebihan kepada skuad negara, sebaliknya ia akan ‘memakan’ kita sendiri dan ia terbukti benar dengan kekalahan kita kepada Indonesia.\r\r\n\n\n\n\n “Jadi, bagi saya kekalahan ini disebabkan ‘perangkap’ dipasang PSM sendiri kerana mereka langsung tidak membantah, sebaliknya menyatakan sokongan padu tindakan Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) memperkenalkan sistem kiraan baru 15 mata, tahun ini.\r“Mereka jelas tidak mengkaji implikasi sistem kiraan baru 15 mata itu kepada skuad negara yang jelas lemah dalam bertahan, serangan dan servis,” katanya yang pernah membentuk gandingan emas Sukan Asia 1994 bersama Ahmad Jais Baharom, Iskandar Arshad dan Zabidi Sharif.\rDitanya mengenai suara ramai yang mendesak pemimpin PSM bertanggungjawab dengan kekalahan itu dengan berundur secara terhormat, Abdul Malik berpendapat mereka tidak akan berbuat demikian kerana masing-masing mempunyai kepentingan.\r“Jika tidak ada sesuatu, pasti mereka tidak akan terus ‘bergayut’ dengan jawatan masing-masing,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|