|
Apakah Young Lions bakal cipta ‘krisis dalaman’ FAMISU Young Lions dari Singapura menyertai Liga Malaysia kian mencetus perdebatan hangat. Tambah membimbangkan apakah ia bakal mencipta ‘krisis dalaman’ Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).\n\n\n\n Keputusan badan induk membenarkan pasukan dari negara jiran itu menggunakan 10 pemain senior untuk musim pertama Liga Super menimbulkan percanggahan pendapat daripada dua pemimpin tertinggi, semalam.\n\n\n\n\n Ketika Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah ‘merelakan’ situasi terbabit sambil menganggap kehadiran lebih ramai pemain senior Singapura bakal menambah kemeriahan Liga Malaysia, timbalannya, Tan Sri Annuar Musa membicarakan hujah yang agak tidak sehaluan.Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan itu mahu kedua-dua pihak patuh terhadap perjanjian persefahaman yang ditandatangani, 12 Julai lalu dengan tujuan asal untuk pendedahan dan pembangunan skuad B-23 kedua-dua negara.Jelas situasi ini ada pro dan kontranya, tetapi FAM sewajarnya membuat pendirian apakah tujuan sebenar kerjasama ini.Artikel lain:\n\n\nPresiden OK, timbalan kata tak OK!
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|