CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 139|Reply: 0

MOM tawar bantu Myanmar

[Copy link]
Post time 9-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Kelola Sukan SEA XXVII 2013\rMAJLIS Olimpik Malaysia (MOM) menyatakan kesanggupan berkongsi kepakaran dan pengalaman untuk membantu Myanmar mengelolakan Sukan SEA XXVII 2013 selepas kali terakhir negara yang dulunya dikenali dengan nama Burma itu menjadi tuan rumah 44 tahun lalu.\r\n\n\n\n\r  Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi berkata, pihaknya akan menulis surat kepada Jawatankuasa Olimpik Myanmar bagi menawarkan bantuan dan kepakaran yang diperlukan demi memastikan temasya itu berjalan lancar.\r\r\n\n\n\n\n  “Sejak temasya serantau ini diadakan pada 1959, Myanmar menjadi tuan rumah dua kali iaitu 1961 dan terakhir 1969. Sudah tentu jurang yang begitu lama membuatkan mereka sedikit sebanyak memerlukan bantuan dan kepakaran,” katanya.\rKok Chi berkata, Jawatankuasa Olimpik Myanmar menyenaraikan 30 jenis sukan untuk dipertandingkan tetapi jumlah sebenar hanya akan diketahui tahun depan apabila mesyuarat Persekutuan Sukan SEA (SGF) diadakan.\r“Kita akan membuat rayuan terutama untuk memastikan beberapa sukan yang memberi kelebihan kepada kita seperti skuasy dan bowling turut dipertandingkan. \rJadi, kita juga sedia menawarkan bantuan dalam membantu mereka melahirkan atlit berpotensi dalam sukan terbabit,” katanya.\rDifahamkan, Myanmar akan menganjurkan temasya itu di pusat pentadbiran barunya di Naypyitaw yang terletak kira-kira 300 kilometer ke utara ibu negara Yangon.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:15 PM GMT+8 , Processed in 0.422966 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list