View: 141|Reply: 0
|
Kim Swee enggan letak sasaran tinggi
[Copy link]
|
|
Liga Singapura jadi pentas terbaik untuk pendedahan kepada pemain Harimau MudaJURULATIH Harimau Muda A, Ong Kim Swee tidak mahu terlalu memikirkan untuk mendapatkan keputusan cemerlang dalam pembabitan pasukan itu pada saingan Liga Singapura 2012 namun sebaliknya menjadikan ia sebagai pentas terbaik sebagai pendedahan kepada pemain.Situasi itu jelas berbeza dengan apa yang dilakukan pasukan Singapura yang menyenaraikan 10 pemain melebihi umur 23 tahun bagi memperkuatkan Lions XII untuk bersaing dalam Liga Super musim depan.\n\n\n\n Kita tahu di Liga Singapura mereka membenarkan lima pemain import dan ini akan memberikan saingan yang cukup baik, jadi kita akan ambil pengalaman daripada pembabitan kita dalam Liga Singapura.\n\n\n\n\n Bagi saya apa jua keputusan yang kita terima di Singapura tidak mustahak tapi yang lebih penting adalah pendedahan dan peluang ini juga untuk kita dapatkan kombinasi terbaik sebelum kita mengharungi kelayakan bawah 22 tahun AFC pada Jun tahun depan, katanya ketika ditemui Majlis Penyampaian Anugerah Sport TOTO kepada 15 pemenang emas Sukan SEA, semalam.Sementara itu, Kim Swee akan memberi lebih masa kepada Wan Zack Haikal Wan Noor untuk mengembalikan prestasi sentuhan berbisanya.Sudah tentu Wan Zack tidak ada masalah cuma sekarang prestasinya yang tidak menentu. Saya percaya ia kerana dia lama tidak bermain dan beliau (Wan Zack) memerlukan sedikit masa untuk mendapatkan kembali sentuhan yang biasa dia lakukan sebelum ini.Manakala Nazmi (Faiz Mansor) masih lagi menjalani beberapa ujian tapi dia (Nazmi) masih dapat menjalani latihan seperti biasa, katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|