Title | Tragedi Pulau Kidjang: sebuah peristiwa yang menyayat hati | Author | Aini Selikang | Publisher | Utusan Sarawak, 2000 | ISBN | 9834047002, 9789834047009 | Length | 173 pages |
* credit to google.
Assalamualaikum wbt, tok kmk mok share cita tragedi pulau kidjang nok blaku kat swak dolok2.. Mun x salah kamek tok lah tragedi
paling terok n burok berlaku d swak nak? boleh x kmk makei bhs swak mok cita pasal benda tok. b4 kmk teruskan agik bagi yang
muslim ya kita sedekahkan al fatihah wat mangsa2 nok terkorban dalam tragedi tok.
Sebelom kmk teruskan agik nak, masa kmk fom 3 dolok kmk ad baca buku pasal tragedi pulau kidjang tok n mun x salah kmk
cover buku nya kaler maroon n masaya buku tok nang ssah mok dcarik sbab byak gilak org maca n kmk maca buku ya dlam masa
2 jam jak, tapi nang sedih abis. cgek gik dkat last skali dalam buku ya ad d engkah nama2 mangsa nok terkorban n terselamat n
cerita2 dalam buku ya based on crita org2 nok terselamat ya.
Nama Kapal : M.V.Pulau Kidjang
Berat : 227 Tan
Harga : RM320,000 (1965)
Milik Syarikat : Central Shipping Co.
Dibeli : Di Singapura 1965
Dibina : Di Indonesia
Kapten : Awang Hashim Hj. Hamzah
Juragan : Che Alip
Kelasi : 28 orang
Muatan : Penumpang dan Kargo
Perjalanan : Kuching-Sarikei-Sibu
Pelayaran Terakhir : 26 Disember 1973
Tarikh Tragedi : 27 Disember 1973
Waktu Tragedi : 3 Pagi (0300 a.m)
Tempat Tragedi : Tanjung Jerijeh Muara Rajang
Jumlah Penumpang : 159 Orang
Jumlah Terselamat : 38 Orang
Jumlah mati dan hilang : 121 Orang
Persoalan-persoalan tipikal tu tu la yg terbit dlm minda aku bila memula aku tgk tajuk buku ni. Atas dasar inkuiri, aku pun baca la buku setebal 173 muka surat yg ditulis oleh Aini Selikang dan Amrizan Madian tu dan berjaya abiskan dalam masa 3 jam.. Aku rasa korang pun tak tau pasal tragedi pulau kidjang ni kan? So, aku kongsikan kat sini sebagai pengetahuan am kita bersama..
M.V Pulau Kidjang merupakan sebuah kapal pengangkutan utama di Sarawak sekitar tahun 70-an dulu. Selain M.V Pulai Kidjang, terdapat juga kapal pengangkutan yg lain seperti M.V Rajah Mas yg berulang-alik dari Kuching-Sarikei-Sibu ketika itu. M.V Pulau Kidjang yg bernilai Rm320,000 ini dibeli dari Indonesia dan telah berkhidmat untuk penduduk selama 8 tahun sebelum terbenam di dasar muara Rejang.
Tragedi tersebut berlaku pada 27 Disember 1973. Pada ketika itu, penumpang seramai 159 orang tersebut kebanyakannya dalam perjalanan pulang ke Sibu selepas bercuti sempena perayaan Krismas. Kapal tersebut bertolak dari Kuching pada 26 Disember, jam 6.30 petang, lewat 30 minit daripada yg dijadualkan. Ia karam di perairan Tanjung Jerijeh, 3.5 batu nautika dari Barat Sarikei. Tragedi malang ini mendapat publisiti meluas di dada akhbar terutamanya akhbar Inggeris tempatan ketika itu, The Vanguard bertarikh 28 Disember 1973.
Kejadian jam 3.00 pagi tersebut telah mengorbankan 121 jiwa. Hanya 41 mayat yg ditemui manakala selebihnya mati tanpa kubur. 38 orang terselamat termasuk 18 orang kelasi. Kebanyakkan mangsa mati akibat terperangkap di dalam kapal, ada yang lemas dibaham ombak ganas musim tengkujuh kerana terjun ke laut tanpa jaket keselamatan. Tuah menyebelahi sesetengah penumpang yg terdampar di pantai Kampung Gerigat apabila M.V Hornbill yg dalam perjalanandari pekan Selalang menumui mereka. Peristiwa tersebut telah menjadi sejarah hitam dan igauan ngeri bg mangsa2 yg terselamat.
Peristiwa ini turut meninggalkan kesan kepada penduduk Sarikei apabila kebanyakkan penduduk disana tidak memakan ikan selama berbulan-bulan disebabkan terbayang mayat-mayat mangsa yg dimakan hidupan laut. Ada kes dimana penduduk menemui cincin, jam tangan butang baju, serta jari didalam perut ikan yg ditangkap.
credit to http://coret-carut.blogspot.com/2009/06/tragedi-pulau-kidjang.html
tok sebahagian cerita dari buku tragedi pulau kidjang ya..
___________________________________________________________________________________________
lirik Lagu Ciptaan Suga anak Luntu, Simunjan(1980) TRAGEDI PULAU KIDJANG Bila bulan mengambang Cahaya pun gemilang Tiba-tiba mendung mendatang Angin serta gelombang Bertiup dengan kencang Malang terus mendatang Sebuah kapal panjang Ukuran sama sedang Diberi nama Pulau Kidjang Malangnya Pulau Kidjang Jadi mangsa gelombang Tenggelam di lautan Rajang Alangkah sedih oh Tuhan pada hambamu yang malang banyak nyawa terkorban Menjadi peristiwa hingga masa kini Kisah tragedi Pulau Kidjang
al fatihah
|