CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22537|Reply: 133

Fida Sudah Temui Pengganti Mamat (Sepah)

[Copy link]
Post time 25-12-2011 01:10 PM | Show all posts |Read mode



Siapa ‘S’ dihati Fida ?

Selepas putus cinta dengan pelawak Mamat (Sepah), pelakon Rafidah Ibrahim, 25, (Fida) mengakui sudah menemui pengganti dan kini sedang menjalin hubungan dengan seorang usahawan yang dikenali sebagai ‘S’.

Fida berkata walaupun dia sudah mengenali lelaki berusia 30-an itu kira-kira satu tahun setengah yang lalu, mereka hanya mula rapat selepas dia berpisah dengan Mamat pada awal Oktober lepas.

“Kalau diikutkan saya sudah mengenali ‘S’ sebelum berkawan dengan Mamat lagi. Namun, hubungan kami sebelum ini terjalin atas dasar rakan niaga sahaja.

‘S’ muncul dan kami menjadi rapat selepas hubungan saya berakhir dengan Mamat,” katanya yang ditemui baru-baru ini.

Fida berkata dia tertarik kepada ‘S’ kerana kematangan dan cara pemikirannya yang banyak memberikan dorongan tentang dunia perniagaan dan kehidupan pada masa hadapan.

“Apa yang menarik tentang ‘S’ adalah kematangannya dalam membuat keputusan dan dia banyak mengajar saya untuk memikirkan tentang perancangan masa depan dan dunia perniagaan.

“Namun hubungan kami masih terlalu baru, tidak sampai enam bulan pun, jadi berilah ruang dan masa untuk kami lebih saling mengenali,” katanya.

Diusik tentang harapan yang pernah disuarakannya sebelum ini untuk mendirikan rumah tangga pada tahun depan, Fida berkata perkara itu memang menjadi impiannya namun dia hanya mampu berserah kepada Tuhan bagi menentukan jodoh yang terbaik.

“Memang saya pernah bercakap mengenai harapan untuk melangkah ke alam perkahwinan jika bertemu dengan jodoh yang terbaik.

“Pada tahun depan, usia saya pun akan mencecah 26 tahun tapi soal jodoh adalah ketentuan Allah, saya hanya mampu berserah,” katanya.

Ditanya adakah dia masih berkawan dengan Mamat, Fida berkata dia tidak mahu lagi menoleh ke belakang atau mengenangkan semula insiden yang mencalarkan nama baik dan maruahnya.

“Bagi saya perkara yang lepas, biarlah berlalu. Kami tidak lagi berhubung, lagi pun ketika kami berdepan konflik tersebut, saya tidak melihat kesungguhannya untuk meleraikan kekusutan yang berlaku.

“Biarlah saya jalani hidup hari ini dengan pengalaman baru. Saya doakan yang terbaik untuk apa sahaja perkara yang dilakukannya,” katanya.

Hubungan Mamat dan Fida berakhir selepas pelawak tersebut dengan secara tidak sengaja telah memuat naik gambar Fida yang menampakkan sebahagian rambutnya ke akaun Facebook miliknya, sekali gus mengakibatkan gambar tersebut tersebar luas di Internet.

Mamat dalam satu kenyataannya sebelum ini kesal dengan kesilapan itu kerana telah mencemar nama baik Fida yang tidak pernah mendedahkan rambutnya di khalayak.


Sumber : abushahid.wordpress.com


kredit to : gilerkentang.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2011 01:38 PM | Show all posts
Pape je la fida...lekas2 kawen,dok umah diam2...
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2011 02:25 PM | Show all posts
lepas kes tu nampak fida ni makin bergaya ada la...tak mcm kesal pun...dlm drama pun ada part pegang ngan laki....{:4_188:}
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2011 03:39 PM | Show all posts
gler r.. tunding jari kat org lain..
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2011 03:41 PM | Show all posts
kedua2nya kesal mcm x berapa nk kesal ja..
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2011 03:51 PM | Show all posts
ade aku kesah? {:4_192:}
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-12-2011 04:56 PM | Show all posts
ape2 ajer la pida ooi...
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2011 05:06 PM | Show all posts
Apa sal dalam gambar di atas kulit si Fida ni nampak gelap .......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2011 05:22 PM | Show all posts
Reply 8# darly

Photoshoot tak cukup lighting
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2011 05:53 PM | Show all posts
suka ti ko la fida sendu oiii.. ingat org kesah ker?? koserrr.. tp xsilap iols, s tuh laki org.. baca kt oh bulan ker hape ntoh.. kalo betol, bttr jgn la buat hal fida.. byk lg laki bujang
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2011 06:03 PM | Show all posts
Ada aku kesah....
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2011 06:07 PM | Show all posts
xlawa{:4_192:}
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2011 06:24 PM | Show all posts
tkpe la fida oi jadik isteri kedue pun ok gak per,, dari ko kawen dgn mamat sengkek tu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2011 06:24 PM | Show all posts
hari tu nonton cerekarama ke ape ntah kt tv3
nmpk muka fida terus ku tukar channel

Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2011 06:24 PM | Show all posts
senangnye cari pengganti..
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2011 06:29 PM | Show all posts
hari tu nonton cerekarama ke ape ntah kt tv3
nmpk muka fida terus ku tukar channel
pipigebu Post at 25-12-2011 18:24



Aku pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2011 06:29 PM | Show all posts
tah nape aku benci n meluat sungguh tgk dia ni...nape ahh? why?? geli..dia ni kalah artis sexy..sng dpt jantan..sbb kegediksan nya..melayan jantan..kat fb ramai tul karatz yg sokong
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2011 06:57 PM | Show all posts
cessss dulu kata takmo pikir pasal cintan2 dah.... nak pk carier.... kesimpulan yg sebenar adalah, x mau pk pasal cintan dgn mamat je lah.. tetapi hati tetap gatal nak berlaki....
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2011 06:58 PM | Show all posts
dalam erti kata lain nak beritahu
"eh aku ni laku?"
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2011 06:59 PM | Show all posts
dia adalah gadis gatal version pakai tudung... mungkin marka baru dia ni..x dedahkan gambar2 intim depa..tu yg  buat dia dikategorikan debagai matang,...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.321475 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list