CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 157|Reply: 0

Godam: Gelodak Interlok, bahasa Tamil

[Copy link]
Post time 29-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
MINGGU lalu seorang teman bicara penulis kelihatan seperti cacing kepanasan sebaik mendengar pengumuman bahawa novel, Interlok, karya Sasterawan Negara (SN),  Datuk Abdullah Hussain, ditarik balik sebagai teks Komponan Sastera Dalam Bahasa Melayu (KOMSAS) berkuat kuasa 2012.Melihat keadaannya yang tidak senang duduk dan tidak senang berdiri, penulis sengaja kepoh dan bertanya bagi mengetahui duduk perkara, “Kenapa dengan awak ini. Macam ada masalah yang berat sangat. Semua mata yang memandang pasti tahu kau tenggelam dalam dunia yang kami tak ketahui?”.\n\n\n\nRupa-rupanya teman ini memang menanti masa meledakkan jawapan daripada mulutnya yang sememangnya sudah terlalu ‘gatal’ untuk meluahkan pandangan, “Terasa lucu, marah, geram, meluat, menyampah dan berbulu, bila membaca kenyataan penarikan balik Interlok, walaupun digantikan dengan Konserto Terakhir Seorang Seniman, karya penulis sama.\n\n\n\n\n\n“Lucu kerana kenyataan dikeluarkan oleh orang politik yang bukan bertanggungjawab dalam hal Kementerian Pelajaran sehingga apa yang tampak percubaan menjadi jaguh kepada bangsanya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 2012 dengan masing-masing sudah melancarkan strategi sebelum pengumuman.“Marah, geram, meluat, menyampah dan berbulu kerana penafian keterlaluan terhadap Interlok sehingga segala yang baik lagi murni dalam novel yang mengambil latar sejarah pembentukan bangsa serta negara dari 1910 hingga menjelang kemerdekaan 1957 sebagai latar belakang penceritaan pengarang tenggelam ke dasar hati yang hitam.“Bagi aku ia lebih pada tindak-tanduk strategi politik murahan, kelompok tertentu yang sengaja menangguk di air keruh dan cuba berlagak, ‘Persetan dan peduli apa dengan karya sastera. Pergi jahanam dengan sejarah bangsa dan negara. Baru cuit sikit dah melatah. Baguslah. Nampaknya ada ruang lagi untuk melakukan strategi sama.’”Demikian rupanya rasa yang bersalut dalam nubari teman ini dan ada kebenaran juga dakwaannya itu jika diteliti semula bagaimana Interlok menjadi isu sehingga memaksa jawatankuasa khas dibentuk bagi menilai kebenaran dakwaan yang memihak dan menentang novel terbabit.\n\n\nSelepas segala permintaan dipenuhi masih terdengar suara tidak puas hati, seolah-olah bijak pandai yang menganggotai Panel Bebas Mengkaji Pindaan Novel Interlok kurang arif, lalu disepakati pengguguran perkataan yang sememangnya termuat bukan saja ada dalam kamus terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), tetapi juga penerbitan lain.Tidak cukup dengan itu, Kementerian Pelajaran akhirnya bersetuju mencetak semula 120,000 naskhah baru novel itu dan membabitkan kos RM600,000, ekoran daripada pengguguran dan pindaan yang terpaksa dibuat, selepas menerima aduan pendekatan tampalan menyusahkan guru yang terbabit dalam pengajaran KOMSAS!Bayangkanlah DBP yang sedia sarat dengan masalah kerana kemelut institusi terbabit dengan Dawama Sdn Bhd dan khabarnya sudah pun mengedarkan semua buku teks ke sekolah, tetapi akhirnya keputusan itu yang diambil, meskipun hanya membabitkan Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya serta Selangor.Memandangkan isu Interlok berbangkit atas semangat semua mahu menang Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan berlangsung pada tahun depan, maka teman penulis ini mengemukakan usul agar ‘perkiraan’ di buat atas dasar keterbukaan dan ketelusan yang kononnya menjadi pegangan semua rakyat tanpa mengira fahaman politik mereka!“Apa kata dasar keterbukaan dan ketelusan itu dimanfaatkan dengan memastikan semua kertas undi ada nombor siri yang memungkinkan diketahui siapa pengundinya bagi membolehkan ia dijadikan perkiraan apakah kelompok yang dipenuhi tuntutan mereka ini benar-benar memberi sokongan atau bersikap seperti ular?“Negara jiran sudah lama mengamalkan dasar ini dan membuat pengakuan secara terbuka tanpa rasa malu dalam usahanya mengenal pasti rakyat yang tahu ‘membalas budi’ atau sebaliknya. Lebih menarik lagi rakyat yang tidak keluar mengundi dikenakan denda tertentu sehingga setiap daripada mereka berusaha sedaya upaya memenuhi tanggungjawab.“Pendekatan sedemikian membolehkan tindakan susulan diambil bagi mengatur strategi dalam melayan tuntutan permintaan kelompok tertentu tanpa mengira mereka penyokong kerajaan atau pembangkang dan sekiranya didapati bersifat talam dua muka, mereka wajar dikenakan penalti dengan menolak bantuan yang disalurkan sebagai pengajaran,” demikian teman penulis meluahkan isi hatinya.Daripada isu Interlok, perbualan kami melarat kepada isu bahasa Tamil yang akan menjadi antara bahasa yang digunakan pada pengumuman di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Tambang Murah (LCCT) berkuat kuasa 1 Januari 2012.Kerajaan bersetuju melaksanakannya atas dasar  KLIA dan LCCT mengendalikan 434,050 penumpang bagi 2011 termasuk 207,697 penumpang berlepas ke Chennai, India serta 226,353 penumpang tiba dari Chennai membabitkan penerbangan MAS, AirAsia, Jet Airways dan Air India Express.“Aku tak boleh nafikan perangkaan yang diberikan oleh menteri berkenaan dan akan hakikat 90 peratus penumpang di laluan terbabit lebih memahami bahasa Tamil berbanding Inggeris yang lazimnya ditutur menggunakan slanga berbeza, tetapi aku sedih sebab bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam Perlembagaan Negara terus dicabar. “Ada saja yang mencari peluang. Bukankah lapangan terbang negara ini antara lokasi yang sewajarnya dimanfaatkan bagi tujuan menyebarluaskan bahasa Melayu kepada pelancong asing? Lagipun bahasa Inggeris adalah bahasa pilihan untuk mereka yang tidak memahami bahasa Melayu. Jika demikian, apa gunanya diletakkan petugas di kaunter informasi?”Luahan teman ini mengingatkan penulis kepada Singapura yang menggunakan empat bahasa iaitu Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil, tetapi kedudukan keempat-empatnya adalah setara iaitu bahasa rasmi negara republik itu dan lebih membimbangkan penulis jika lapangan terbang negara ini dijadikan pusat transit kaldai dadah atau penyeludupan dadah.Satu demi satu kes dibongkar di lapangan terbang yang memaparkan percubaan yang tidak pernah putus dan beraneka ragam serta gaya penyeludupan oleh warga asing daripada segala macam negara di seluruh pelosok dunia, seolah-olah mereka begitu yakin untuk bolos daripada kawalan keselamatan pihak berkuasa negara ini.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 05:04 PM GMT+8 , Processed in 1.296987 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list