CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 241|Reply: 0

Rasuah, isu perkauman lebih menonjol

[Copy link]
Post time 30-12-2011 09:05 AM | Show all posts |Read mode
LONDON: Bola sepak sepanjang 2011 lebih banyak dikuasai acara di luar padang berbanding di atasnya. \rBarcelona dan Lionel Messi kekal menceriakan dunia bola sepak dengan permainan menarik mereka dan Uruguay berjaya mengatasi prestasi Brazil dan Argentina di benua Amerika Latin, tetapi tajuk berita dunia lebih terarah kepada dakwaan rasuah di dalam FIFA.\r\n\n\n\n\r   Badan induk bola sepak dunia itu dicemari dakwaan politik belakang tabir selepas pemilihan Russia dan Qatar sebagai tuan rumah Piala Dunia. \r\r\n\n\n\n\n   Sepp Blatter dipilih semula tanpa bertanding sebagai presiden FIFA selepas pesaing tunggalnya, Mohamed Hammam dari Qatar dipaksa menarik diri daripada pemilihan Jun lalu atas tuduhan rasuah yang menyaksikan bekas presiden AFC itu digantung seumur hidup.\rIsu perkauman juga menyelubungi dunia bola sepak dengan kapten England, John Terry dan penyerang Uruguay, Luis Suarez didakwa menghina lawannya, manakala pengendali Perancis, Laurent Blanc hampir bersara berikutan isu kuota di akademi latihannya.\rSatu lagi cabaran yang terpaksa ditangani Blatter dan FIFA ialah kesediaan Brazil menjadi tuan rumah Piala Dunia 2014. Kerajaan Brazil dikatakan belum bersedia sepenuhnya dan pembinaan stadium tertinggal jauh dari jadual ditetapkan.\r“Jawatankuasa Eksekutif bimbang mengenai perkara itu,” kata Blatter. “Saya sendiri akan menyiasat perkara itu dan dalam bulan pertama atau kedua tahun depan, saya akan berjumpa dengan pemimpin Brazil.”      \r\n\n\n\rBola sepak Brazil turut dikejutkan dengan kematian bekas kapten, Socrates, tersingkir di suku akhir Copa America dan Santos dibelasah 4-0 oleh Barcelona dalam final Piala Dunia Kelab.\rDi benua Eropah, kuasa bola sepak belum berpindah tangan. Sepanyol masih juara dunia dan Eropah dan tampak sukar ditundukkan. Dengan barisan bintang seperti Xavi Hernandez, Andres Iniesta, David Villa dan Sergio Busquets di dalam skuadnya, kelab Sepanyol, Barcelona turut menguasai arena bola sepak dunia.\rBagaimanapun terima kasih kepada bintang utamanya, Messi dari Argentina. Kehebatannya dibandingkan dengan legenda dunia, Diego Maradona juga dari Argentina yang sukar dihentikan apabila mendapat bola dan mempunyai kreativiti tinggi ketika menyerang walaupun bersaiz kecil.\rTurut mengejutkan dunia ialah kematian pengendali Wales, Gary Speed yang ditemui mati tergantung di rumahnya. \rNamun berita yang paling membanggakan sepanjang 2011 ialah kemenangan pasukan bola sepak wanita Jepun dalam kancah Piala Dunia di Jerman. Walaupun negaranya bergelut dengan tragedi tsunami dan gempa bumi, pemain Jepun bertekad mahu mencetus inspirasi kepada rakyat negaranya dengan memenangi Piala Dunia dan akhirnya menewaskan Amerika Syarikat dalam penentuan penalti 3-1 selepas terikat 2-2. – AP\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 05:59 PM GMT+8 , Processed in 0.049915 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list