View: 146149|Reply: 1496
|
ULANGAN RNCGN TV9 DI TV3 : ARIANA MIKHAIL [NORA DANISH,SEIN,RIZMAN]
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by lonso at 11-1-2012 09:48
Drama romantik, Ariana Mikhail yang dibintangi oleh dua pelakon muda berbakat besar, Nora Danish dan Syed Hussein Bin Syed Mustafa (Sein), bakal menemui anda semua melalui slot Ratu pada setiap hari Isnin dan Selasa, jam 8.30 malam bermula 16 Januari ini.
Kisah ”Ariana Mikhail” bermula apabila Mikhail (Sein) yang telah tamat pengajiannya di London telah pergi bercuti di Paris bersama sahabat karibnya, Jamil (Riezman Khuzaimi). Semasa percutian itu, Mikhail berniat untuk mencari teman wanita berbangsa Perancis tetapi dia ditakdirkan bertemu dengan Ariana (Nora Danish) yang kebetulan singgah bercuti di Paris sebelum pulang ke Malaysia. Ariana yang mempunyai lulusan hiasan dalaman bercuti seorang diri kerana ingin mencari pengalaman dalam dunia hiasan di Eropah.
Pertemuan pertama berlaku apabila Ariana bertembung dengan Mikhail dan ini telah membuat Ariana sangat marah kerana Mikhail langsung tidak meminta maaf kepadanya.
Ketika inilah Mikhail dan Jamil mendapat tahu bahawa Ariana merupakan seorang warganegara Malaysia juga. Insiden kedua yang mempertemukan mereka adalah apabila Ariana menyelamatkan Mikhail daripada dimarahi oleh seorang lelaki apabila dia cuba berkenalan dengan seorang wanita Perancis. Walaupun sudah dibantu oleh Ariana namun sikap Mikhail yang masih tidak berterima kasih dan sombong membuatkan Ariana tidak berminat untuk berkawan dengannya.
Bagi membalas budi, Jamil mengajak Ariana makan malam tetapi Mikhail tidak berminat untuk turut serta kerana dia tidak meminati Ariana. Mikhail berkali-kali memberitahu Jamil untuk tidak membuang masa dengan Ariana kerana misi mereka adalah untuk mencari wanita Perancis bukan Melayu. Jamil menasihatkan Mikhail supaya jangan bongkak kerana nanti dia akan tergila-gilakan Ariana.
Bak kata orang tua-tua, “Jangan benci dengan seseorang itu, nanti lama-lama sayang.” Itulah yang terjadi kepada Mikhail apabila dia mula jatuh hati kepada Ariana yang telah menjaganya ketika dia sakit. Mikhail telah memohon maaf kepada Ariana atas sikapnya sebelum ini. Ariana memaafkan Mikhail dan sejak itu mereka mula rapat dan berkawan sehingga lahirnya bibit-bibit cinta.
Pada suatu hari dengan secara tiba-tiba, Mikhail telah meminta Jamil untuk menguruskan pernikahannya dengan Ariana di Paris kerana dia tidak mahu kehilangan Ariana. Jamil menganggapkan Mikhail sudah hilang kewarasan kerana masih terlalu awal untuk mereka berkahwin tetapi Mikhail bersungguh-sungguh untuk mengahwini Ariana. Malam itu, Mikhail melamar Ariana dan keadaan yang romantis membuatkan Ariana terharu dan menerima lamaran Mikhail. Mereka telah bernikah di salah sebuah masjid di Paris.
Tetapi keesokan harinya, selepas satu malam bersama sebagai suami isteri, Mikhail mendapati Ariana sudah tiada lagi di sebelahnya. Mikhail menyangka Ariana keluar untuk membeli-belah tetapi dilihatnya beg pakaian Ariana pun sudah tiada. Puas Mikhail dan Jamil mencari Ariana di tempat-tempat yang selalu mereka kunjungi ketika di Paris namun tiada. Hanya sepucuk surat yang diutuskan kepada Mikhail…
Apakah isi kandungan surat tersebut? Ke manakah Ariana dan mengapa dia menghilang begitu sahaja dengan seribu tanda tanya? Mari kita sama-sama ikuti jalan cerita romantis “Ariana Mikhail” bermula 16 Januari ini pada setiap hari Isnin dan Selasa jam 8.30 malam |
|
|
|
|
|
|
|
Wajib Tonton. Sbb Nora & Sein
Comelnya Nora kat gambar tu. Patut pun Adi rasa susah nak bertentang mata dgn Nora |
|
|
|
|
|
|
|
dah lama tak tengok Riezman kat TV. berlakon kat Paris eh. kelasss. kalau dulu-dulu London memanjang. sekarang dah ada drama kat Spain, Paris bagai. |
|
|
|
|
|
|
|
menarikkkk
nora sangat comeeiiii |
|
|
|
|
|
|
|
harap2 lee citer nie best |
|
|
|
|
|
|
|
Fasha pon ngah shooting kat Paris kan citer slot apa ntah...amboi berlwn2 Paris 2 org nie... |
|
|
|
|
|
|
|
yeay, citer baru ND - tp 15 episod je.
kena tengok ni - hrp2 x lupa time ni sbb 8.30pm saya selalu sibuk kat dapur.
jom sama2 meroyan kat sini pulak |
|
|
|
|
|
|
|
wajib tonton juga.... |
|
|
|
|
|
|
|
kena tgk.. fenomena nora danishkan skunk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 10# lonso
dahsyat tul lonso, baik avvy n siggy...2dua tentang dhia |
|
|
|
|
|
|
|
Wajib Tonton. Sbb Nora & Sein
Comelnya Nora kat gambar tu. Patut pun Adi rasa susah nak bertenta ...
kueeni Post at 2-1-2012 20:40
Tapi aku lagi suka gambar profile lonso..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Reply lonso
dahsyat tul lonso, baik avvy n siggy...2dua tentang dhia
eda_daus Post at 3-1-2012 20:47
part nihlah meks naness... beria2 tau.. masa zikir peluk si dhia time dhia tito......... |
|
|
|
|
|
|
|
arap nora dlm drama neh tak mengecewakan...btw..takde sinopsis ker??? |
|
|
|
|
|
|
|
arap nora dlm drama neh tak mengecewakan...btw..takde sinopsis ker???
skymania Post at 3-1-2012 21:04
setakat nih takde lagi nti ak korek2 kat alam maya nih.. mana tau ada .. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 12# jokie
Kannnn
Pun suka sgt gambar profile Lonso. Romantik sgt. Terbaikkk |
|
|
|
|
|
|
|
laaaa...ini je info pasal drama ni...??
sinops ka...apa ka..tadak...????
p/s: apa status Sein ni skrg..? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by lonso at 11-1-2012 09:49
|
|
|
|
|
|
|
| |
|