|
SUNDERLAND: Roberto Mancini memberi amaran kepada skuad bimbingannya Manchester City yang sedang bersaing merebut kejuaraan Liga Perdana betapa mereka perlu memahami bola sepak bukan sekadar menyerang, selepas mereka terperangkap dalam kekalahan 1-0 di Sunderland, kelmarin.Pendahulu Liga Perdana itu kekal berada di persada tetapi atas kelebihan jaringan selepas bintang Korea Selatan Ji Dong-Won menjaringkan gol kemenangan tuan rumah pada masa kecederaan.\n\n\n\n Kekalahan itu harus perit selepas menyedari kemenangan di Stadium of Light akan meletakkan mereka tiga mata di depan Manchester United selepas juara bertahan yang mengekori di tempat kedua tewas mengejut 3-2 di gelanggang sendiri kepada Blackburn Sabtu lalu.\n\n\n\n\n City akan berdepan pasukan yang menduduki tempat keenam Liverpool, yang masih segar dengan kemenangan 3-1 ke atas Newcastle, di Eastlands hari ini dan pengurus Mancini tidak mahu mereka melakukan kesilapan sama dua kali berturut-turut.“Jaringan (Sunderland) itu ofsaid tetapi saya tidak nampak pengadil melihatnya,” kata Mancini. “Saya tahu bola sepak, dan untuk alasan ini, dalam 15 minit terakhir saya hampir kehilangan suara kerana menjerit meminta pertahanan supaya lebih fokus dengan ancaman Sunderland selepas rehat,” kata pengurus kelahiran Itali itu.“Kami seolah-olah mahu menyerang dengan 10 pemain dan berbuat demikian adalah mustahil.\n\n\n“Saya tidak tahu berapa banyak peluang kami peroleh, tetapi saya tidak bimbang dengan kegagalan kami menjaringkan gol dalam dua perlawanan terakhir (sebelum itu City seri tanpa jaringan dengan West Brom), tetapi apa yang saya bimbang sama ada pemain di atas padang menyedari mereka terdedah kepada serangan balas.“Kami perlu memperbaiki keadaan ini. Kami mempunyai peluang menjaringkan gol tetapi kadang kala apabila kamu tidak boleh menang, kamu perlu pastikan tidak kalah.”Mancini, yang merehatkan penyerang Mario Balotelli dalam perlawanan itu berkata: “Saya harap tidak berdepan kesukaran memilih pemain menentang Liverpool. Perlawanan ini sudah tamat dan kami perlu bersedia menghadapi perlawanan seterusnya.” - AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|