LONDON: Bintang Chelsea kini melancarkan pemberontakan terbuka ke atas pengurusan Andre Villas-Boas. Mereka percaya pengendali The Blues itu tidak cekap dalam menentukan taktik permainan dan gagal mengendalikan pemain Liga Perdana.\n\n\n\n Penyokong setia mula mengejek serta mencemuh pasukan selepas kekalahan mengejut 3-1 di gelanggang sendiri kepada Aston Villa dan beberapa pemain dikatakan mahu meninggalkan pasukan bulan ini. \n\n\n\n\n Tanda-tanda pemberontakan itu tercetus selepas AVB dikatakan menghalang Nicolas Anelka yang akan berpindah menyertai kelab China daripada hadir menghadiri parti sempena Krismas di padang latihan.Pemain sebaliknya bertindak menganjurkan parti makan tengah hari bersama pemain Perancis itu Jumaat lalu.Sumber dalaman Chelsea berkata: \"Pemain menganggap tindakan tidak membenarkan Nico daripada menghadiri parti itu tidak wajar.\"AVB gagal mengawal pemain dan ia bertambah buruk kerana beberapa pemain mahu meninggalkan pasukan sekarang.” \n\n\nAnelka akan menyertai kelab China Shanghai Shenhua bulan ini. Pemain Chelsea meraikannya di sebuah restoran Cina, China Tang. - Agensi