View: 4866|Reply: 7
|
AZALEA : Ampunkan Dosaku [ Isnin - Khamis, 4.00pm @ TV3]
[Copy link]
|
|
Sinopsis Drama Ampunkan Dosaku
Ampunkan Dosaku mengisahkan tentang Hassan (Shahrol Nizam) yang tidak henti-henti diuji dengan pelbagai dugaan dan kesulitan hidup, dia selalu sahaja menjadi mangsa Fatimah (Wan Maimunah) disebabkan dendam lama yang masih tersemat di dalam hatinya walaupun ibu Hassan telah lama meninggal dunia.
Sebagai ibu tiri Hassan, Fatimah masih tidak dapat menerima kehadiran Hassan di dalam rumahtangganya. Seribu satu fitnah dilontarkan terhadap Hassan, seorang remaja naif yang dahagakan kasih sayang seorang ibu. Kebencian Fatimah terhadap Hassan membuat dia nekad meletak racun di dalam makanan Hassan, namun mujur Hassan selamat untuk kali ini.
Suatu hari, Fatimah berjaya juga mengenakan Hassan apabila dia diusir oleh bapanya iaitu Osman (Raisudin Hamzah) atas kesalahan yang tidak dilakukannya.
Sejak itu, Hassan hidup merempat, bawah jambatan dan kaki lima adalah rumahnya sehinggalah dia bertemu dengan Sulaiman (Arash Mohd) dan isteri yang baru sahaja kematian anak mereka.
Walaupun begitu, Fatimah yang masih tidak puas hati dengan Hassan telah mengupah orang untuk memukul Hassan. Hassan membuat keputusan membawa diri ke bandar bagi memulakan hidup baru.
Beberapa tahun kemudian, Hassan yang telah berkahwin dengan Sarimah menjalani hidup yang lebih baik bekerja di kilang dan mula berjinak-jinak menjadi penggubah lagu.
Sarimah yang sarat mengandung sebenarnya sedang bertarung dengan nyawa, dia merahsiakan penyakitnya dari pengetahuan Hassan yang menjaganya seperti menatang minyak yang penuh.
Sarimah meninggal dunia sebaik sahaja melahirkan anak lelaki mereka. Hassan yang masih sebak dengan pemergian isterinya berjanji akan menjaga anak lelaki mereka yang diberi nama Sazali (Zul Huzaimy) dengan penuh kasih sayang dan akan mengotakan apa sahaja yang dipinta oleh Sazali.
Bermula tahun 2012, slot Lagenda TV3 akan digantikan dengan slot baru iaitu Azalea. Slot Azalea akan bermula pada 2 Januari ini, setiap Isnin hingga Khamis jam 4 petang manakala drama pertama yang mengisi slot Azalea bertajuk Ampunkan Dosaku karya pengarah Bade Haji Azmi dan penulis skrip Jumal Yunus.
Drama 20 episod terbitan Pena Kreatif ini membariskan pelakon-pelakon hebat, antaranya, Zul Huzaimy, Shahrol Nizam, Sharifah Amani, Zamarul Hisham, Emelda Rosmila, Melissa Saila, Rozita Che Wan dan Fimie Don. Jangan lupa menyaksikan Drama Ampunkan Dosaku Slot Azalea di TV3. |
|
|
|
|
|
|
|
lame tak tengok emelda blakon |
|
|
|
|
|
|
|
mcm best je.. ada zul huzaimi |
|
|
|
|
|
|
|
Apa konsep utama slot Azalea TV3 ini? |
|
|
|
|
|
|
|
patutlah tadi semalam layan rasa lain..
sbb dah terbiasa petang2 drama citer2 lagenda...
tgk 1 ep citer ampunkan dosaku ni, tapi tak masuk sgt sbb rasa mcm berat jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi bila baca sinopsis, mcm citer p.ramlee anakku sazali... |
|
|
|
|
|
|
|
wan maimunah kalau pukul org real betul2
nak sepak terajang pun ganas tul.......sian si fimi tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Azalea ni slot cedok filem2 lama ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|