Sinopsis Chantek :
AD,seorang bintang filem yang hidupnya mewah dan ceria tetapi menjadi buta setelah dilanggar kereta sejurus terserempak dengan tunangnya yang berlaku curang. Akibat tersangat kecewa, AD memencilkan dirinya di rumah penginapan. Pengurus AD iaitu SAM mengupah CHANTEK, seorang pembantu rumah perempuan dari Indonesia yang terpaksa menyamar sebagai lelaki untuk menenteramkan AD yang masih fobia dengan perempuan. Lama-kelamaan kerana kebaikan AD dan kemesraan mereka berdua, CHANTEK terpaksa mendedahkan rahsianya. Walaupun marah, AD sedia memaafkannya kerana kejujuran CHANTEK membantu memulihkannya dan akhirnya mereka berdua telah jatuh cinta. Namun hati CHANTEK berubah setelah terjumpa skrip yang mengisahkan tentang percintaan seorang lelaki dengan pembantu rumahnya, dia terasa diperbodohkan dan dipergunakan oleh AD sebagai bahan latihan filemnya. CHANTEK benar-benar terasa dirinya ditipu dan hatinya dipermainkan dan lantas melarikan diri. Akibatnya, AD tidak ketentuan arah dan tidak dapat berlakon semula kerana terkenangkan CHANTEK. Berjayakah AD bertemu dan memenangi hati CHANTEK kembali? Saksikan kisah seterusnya dalam filem romantik komedi, CHANTEK arahan Pierre Andre di pawagam bermula 16 Februari 2012!
“Kebahagiaan adalah kejujuran & kepercayaan…”
eh bukan novel, komik...
rahsiaku, suaramu by kikuchi kamaro...
lebih kurang mcm sinop chantek...
lelaki tu sorang panyanyi...pada suatu hari dia jumpa sorang perempuan yg mempunyai suara serupa dgn awek dia yg dah meninggal dunia...laki tu offer perempuan tu sebagai PA dia...sejak hari, laki tu berubah nampak gembira...pada suatu hari, perempuan tu tak tersengaja terjatuhkan henpon laki tu, lalu dia terdengar rakaman suara yang suara tu sebiji dgn dia...perempuan tu marah dan berenti jadi PA laki tu...laki tu lak tak boleh menyanyi lagi selepas perempuan tu berhenti jadi PA dia...akhirnya laki tu ceritalah hal sebenarnya dan diorg baik semula...