CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 131|Reply: 0

Merenang Gelora, 6:20

[Copy link]
Post time 5-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Dua teks KOMSAS Tingkatan Tiga dirombak\rDUA novel, 6:20 karya Siti Jasmina Ibrahim dan Merenang Gelora (Ruslan Ngah) yang menjadi teks Komponan Sastera Dalam Bahasa Melayu (KOMSAS) pelajar Tingkatan Tiga turut terkena tempias ‘nasib malang’ apabila kandungan kedua-duanya dipermudahkan dengan pemotongan di sana sini.\r\n\n\n\n\rNovel 6:20 dijadikan teks KOMSAS Tingkatan Tiga di Zon Satu merangkumi Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu dan Kelantan, manakala Merenang Gelora (Zon Dua merangkumi Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang.\r\r\n\n\n\n\nRombakan yang dilakukan terhadap kedua-kedua teks berkenaan didedahkan ahli panel Forum Kesusasteraan Melayu Teras Pembinaan Peradaban dan Negara, Dr Naffi Mat, di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, baru-baru ini.\r\"Saya tidak tahu mengapa Merenang Gelora dirombak hampir 80 peratus daripada kisah pengedaran dadah di sekolah menengah kepada penjualan telefon bimbit, manakala 6:20 pula diubah hampir 30 peratus,\" katanya pada forum sempena Himpunan Ilmuwan Sastera Melayu Malaysia.\rRuslan ketika dihubungi Sastera berhubung perkara terbabit mengesahkan dakwaan Dr Naffi dengan mengakui bahawa beliau sudah dimaklumkan mengenai perkara terbabit oleh Kementerian Pelajaran dan ia dilakukan atas alasan bahawa perubahan tulisannya itu perlu dibuat bagi memudahkan kefahaman dan penerimaan pelajar.\r“Saya tidak terkilan dengan rombakan yang dilakukan terhadap Merenang Gelora, sekalipun ada yang beranggapan terlalu banyak rombakan yang dilakukan. Novel saya itu memenangi sayembara Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) dan sasarannya ketika ia ditulis ialah pembaca umum. \r\n\n\n\r“Apabila Merenang Gelora diangkat sebagai teks, khalayaknya lebih tersasar dan saya tidak keberatan ia dirombak kerana tidak menjejaskan idea asal. Mungkin kontroversi Interlok karya Sasterawan Negara (SN) Ke-8), Datuk Abdullah Hussain, antara sebab mengapa banyak teks KOMSAS mengalami perubahan atau ‘pemurnian’,” katanya.\rKandungan asal Merenang Gelora berlegar pada kisah pengedaran dadah di sekolah menengah, tetapi selepas diangkat sebagai teks KOMSAS, ia ditukar kepada penjualan telefon bimbit bagi kesesuaian dengan pelajar Tingkatan Tiga sebagai pembaca sasarnya.\rDari satu segi, Ruslan melihat ia sebagai perkara baik kerana dapat mengelakkan perkara sensitif yang mungkin boleh menjejaskan keharmonian kaum, tanpa menafikan masa generasi muda hari ini tidak dapat membaca teks yang benar berani dan hebat.\r“Sistem pendidikan kita dulu menampilkan teks yang berani dan sarat pemikiran baik oleh pengarang tempatan mahupun luar negara tanpa sebarang tapisan, tetapi keadaan kini sudah berubah, ditambah pula dengan kontroversi yang melanda Interlok,” katanya. \rSiti Jasmina ketika diminta mengulas 6:20 rombakan kandungan asal novelnya itu berkata, beliau bersetuju dengan permintaan Kementerian Pelajaran kerana ia hanya membabitkan 20 peratus kandungan untuk disesuaikan dengan kemampuan pelajar.\r“Jika rombakan sehingga 80 peratus tidak mungkin saya akan bersetuju. Jika itu yang terjadi, saya sendiri akan tarik diri. Selepas menilai rombakan yang dilakukan tidak lari daripada persoalan dan idea asal saya, maka saya bersetuju dengan pindaan yang dilakukan.\r“Saya berasa lucu bila wujud perasaan ‘risau’ pihak tertentu yang mahukan novel saya diubah sedikit. Mungkin antara faktor ‘kerisauan’ itu ialah kontroversi yang menyelubungi Interlok, sedangkan jika dibaca secara teliti kesan penceritaan 6:20 tidak mungkin mencetuskan kontroversi.\rBahagian Perkembangan Kukurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, ketika dihubungi memaklumkan talian pegawai yang bertanggungjawab mengalami kerosakan talian sejak beberapa hari dan tiada nombor lain yang boleh diberikan bagi menghubungkan media kepadanya.\rBahagian Komunikasi Korporat dan Dasar Penerbitan pula memberikan pelbagai nombor pegawai yang sepatutnya dihubungi, tetapi selepas berminggu-minggu mencuba, tiada satu pun talian yang berjawab dan lebih malang apabila dijawab seperti berikut, “Oh kami tidak boleh memberi sebarang jawapan kerana kami pegawai kerajaan dan tidak mahu media menjadikan perkara ini isu hangat.”

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-7-2024 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.052528 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list