View: 180|Reply: 0
|
Johor FC sudah sedia gegar
[Copy link]
|
|
SELEPAS mengharungi beberapa siri perlawanan persahabatan pra-musim, Johor FC tampak sudah bersedia memulakan kempen Liga Super apabila berdepan PKNS Selangor di Stadium Petaling Jaya, Selasa ini.\rWalaupun reputasi skuad sedikit tercalar selepas aksi terakhir perlawanan persahabatan menentang Singapura Lions XII di Stadium Jalan Besar, kelmarin. Skuad bimbingan K Devan tewas tipis 1-0 namun ia tidak mencemaskan bekas jurulatih Selangor itu.\r\n\n\n\n\r Bagi jurulatih berkenaan, pemain yang beraksi pada perlawanan itu mempamerkan aksi terbaik biarpun terpaksa turun tanpa kelibat pemain import tetapi mampu mengimbangi kekuatan barisan skuad V Sundramoorthy yang hanya mampu mencipta gol di lewat perlawanan babak kedua.\r\r\n\n\n\n\n “Saya tidak menurunkan Mohd Riduan Maon dan Ismail Suboh kerana kedua-dua pemain itu mengalami kecederaan manakala penjaga gol, Mohd Anis Faron demam dan terpaksa direhatkan.\r“Masih ada masa lagi untuk perbaiki kelemahan di semua posisi dan ia tidak serius kerana pemain sudah mula menunjukkan keserasian terutama daripada corak menyerang, bahagian pertahanan dan tengah juga tampak bijak mencari ruang melorongkan bola,” katanya.\rDevan akur aksi pertama Liga Super menentang PKNS bimbingan Abdul Rahman Ibrahim agak sukar ketika lawan memiliki barisan pemain berpengalaman dan pemain import yang mampu mencipta jaringan.\r“Lawan kita bukan calang-calang pasukan dan saya perlu merancang strategi ampuh memastikan dapat pulang dengan mata,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|