CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 197|Reply: 0

MSU anjur majlis berkhatan beramai-ramai

[Copy link]
Post time 6-1-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
PROGRAM berbentuk jalinan masyarakat adalah sinonim dengan Management & Science University (MSU) dan merupakan kesinambungan kepada MSU U Community: From University to Community yang dilancarkan tidak lama dulu.\rProgram berkenaan merupakan komitmen berterusan pihak universiti bagi memastikan graduan yang bakal dilahirkan dilengkapi kemahiran insaniah serta mempunyai nilai etika, moral, sahsiah yang murni serta prihatin terhadap komuniti. \r\n\n\n\n\r    Dalam usaha meneruskan tradisi tersebut, Faculty of Health & Life Sciences (FHLS) melalui Department of Health Professionals dengan kerjasama Kelab Medical Assistant MSU telah menganjurkan Majlis Berkhatan Beramai-ramai bersama anak yatim yang bertemakan  “Towards Health Educated Community”.\r\r\n\n\n\n\n    Program yang julung kali dianjurkan institusi pengajian tinggi dan MSU merupakan universiti pertama di negara ini yang menawarkan program Diploma Pembantu Perubatan atau Medical Assistant yang merupakan salah satu daripada bidang kritikal dalam pasaran kerjaya negara.  \rMajlis berkhatan yang disertai kira-kira 100 kanak-kanak dalam lingkungan umur antara 5 dan 12 tahun membabitkan penghuni pelbagai rumah kebajikan.  \rAntaranya ialah Rumah Amal Limpahan Kasih, PDK Selayang, Rumah Amal Kasih Bestari,  Rumah Anak Yatim Darul Aitam, Rumah Kasih Harmoni, Rumah Aman dan turut melibatkan komuniti setempat di Shah Alam serta anak-anak kakitangan MSU. \rProgram membabitkan 48 pensyarah dan pelajar yang bertindak sebagai pembantu sepanjang majlis itu. Program berkenaan juga sebahagian keperluan kursus yang bermatlamat memberikan pendedahan serta menggalakkan siswa dan siswi MSU berbakti kepada masyarakat terutama golongan tidak bernasib baik.\rProgram dirasmikan Presiden MSU, Prof Datuk Wira Dr Mohd Shukri Ab. Yajid itu juga bertujuan mengeratkan hubungan antara komuniti universiti dengan masyarakat.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-7-2024 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.047034 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list