Post Last Edit by RatuDunia94 at 6-1-2012 20:30
Satu lagi filem bergenre seram dari Metrowealth Movies Production akan masuk wayang nampaknya. Kali ni filem yang bertajuk KERAMAT arahan Azhari Mohd Zain ni bakal ditayangkan pada 12 Januari 2012 ini. Kalau anda semua nak tau Azhari Mohd Zain ni jugaklah pengarah filem seram Flat 3A tu..aku tak tengok pun filem tu.. seperti biasa lah kan filem2 David TEO ni kan suka ambik pelakon2 baru utk flem2 dia. Untuk filem KERAMAT ni katanya dibintangi oleh Zul Handyblack (Habib/Nazmir), Rebecca Nur Islam (Syazura/Atie), Mon Ryanti (Munirah), Hairul Azreen (Nasti), Adey Syafrien (Bukhari), Putri Mardiana (Dr. Najwa) & Diana Amir (Mustika) (watak extra jah).
Meh aku cite sikit sinopsis cite ni..
Kononnya pada tahun 1900, seorang lelaki bernama Habib telah difitnah kerana merosakkan kehormatan Mustika. Akibat dari itu, Habib telah dikerumuni dan dipukul oleh orang kampong diketuai oleh Jabar, abang kandung Mustika. Habib yang merupakan bukan calang-calang orang terus dipukul dan kain yang selama ini menutupi wajahnya ditarik oleh orang kampong dan berlakulah satu peristiwa yang amat dahsyat di mana semua penduduk kampung mati dek cahaya terang yang terpancar dari wajah Habib.
Sementara di zaman ini, kehidupan dua beradik iaitu Nazmir dan Nasti mula dihantui pelbagai pertistiwa pelik dan menyeramkan bermula dengan kehilangan bayi yang dikandung Syazura, isteri Nazmir. Sejak itu, seorang demi seorang ditimpa pelbagai peristiwa misteri termasuk Munirah, Isteri Nasti. Keinginan Syazura untuk pulang ke kampong halaman suaminya menjadikan keadaan bertambah rumit. Satu persatu rahsia terbongkar dan mendedahkan sebuah sejarah yang mengejutkan Nazmir, Syazura, Nasti dan Munirah.Siapa sebenarnya dalang dalam perkara ini dan apakah rahsia tersebut? Kalau nak tau kena la g tengok sendiri kt wayang.
Trailer filem Keramat nih.. http://www.youtube.com/watch?v=gUrasxNMQHk |