CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 223|Reply: 0

Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara

[Copy link]
Post time 9-1-2012 03:05 PM | Show all posts |Read mode
KIRA-KIRA 300 sasterawan, budayawan dan sarjana dalam dan luar negara bakal menyertai Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara diadakan di Membakut, bermula 8 hingga 11 Februari ini.\rMahrajan atau festival itu juga akan memperkenalkan dua anugerah persuratan dan kesenian Islam kepada dua tokoh yang memberi sumbangan besar ke arah perkembangan persuratan serta kesenian Islam di negara masing-masing dan wilayah nusantara amnya.\r\n\n\n\n\rKetua Satu, Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA), Jasni Matlani, berkata festival itu menegaskan persuratan dan kesenian Islam memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan jati diri bangsa serta menyerlahkan nilai murni sesuai dengan tuntutan Islam.\r\r\n\n\n\n\n“Acaranya dibahagikan kepada dua bentuk iaitu ilmiah melalui persidangan, forum sastera Islam dan ziarah sastera, manakala aspek kesenian pula di sekolah pilihan melalui persembahan kesenian Islam Nusantara oleh kumpulan daripada masyarakat setempat serta Medan dan Aceh, Indonesia.\r“Sebanyak 16 kertas kajian berkaitan persuratan dan kesenian Islam dibentangkan oleh tokoh pengkaji, manakala ucap utama, Transformasi dalam Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara, disampaikan Sasterawan Negara (SN), Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah,” katanya kepada Sastera, baru-baru ini.\rJasni berkata, pembentang dari luar negara yang dijemput ialah Pengarah Penerangan Agama Islam Kementerian Agama Indonesia, Euis Sri Mulyani; Pensyarah Universiti Brunei Darussalam (UBD), Dr Morsidi Muhamad dan Mohammed Zefri Ariff Mohammed Zain Ariff; Pensyarah Universiti Islam Yala, Thailand, Phaosan Jehwae dan novelis Indonesia, Habiburrahman el-Shirazy.\r“Dalam konteks kesenian pula, Pengiran Abdul Rahman Pengiran Ali daripada Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS) memperkatakan pantun Barunai dan Ketua Satu Persatuan Penulis Johor (PPJ), Amiruddin Mohd Ali Hanafiah (zapin), manakala pembentang daripada BAHASA membincangkan seni badundang dan nasyid.\r\n\n\n\r“Persuratan dan kesenian Islam pula dikupas oleh Ketua Dua Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar; Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Dr Mohamad Saleeh Rahamad dan Pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM), Shamsuddin Othman,” katanya.\rDalam konteks Sabah, Jasni berkata, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah, Zubaidi Abas, akan menyorot Bahasa Sebagai Wahana Penting Dalam Konteks Pengembangan Persuratan Islam di Sabah dan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Datuk Dr Muhyiddin Yusin berkongsi Transformasi Persuratan dan Kesenian di Peringkat Sekolah di Sabah.\r“Forum Transformasi Persuratan dan Kesenian Islam di Malaysia: Harapan dan Cabaran turut diadakan yang menampilkan ahli panel, iaitu Prof Madya Dr Hashim Ismail dan Datuk Zainal Abidin Borhan daripada GAPENA; Chacho Bullah dan Jalidar (BAHASA) serta Habiburrahman.\r“Kita turut menerapkan aktiviti kemasyarakatan sempena festival ini melalui persembahan kesenian Islam Nusantara, majlis makan malam atau kenduri sekampung bersama peserta dan masyarakat setempat,” katanya.\rJasni berkata, program itu akan diadakan secara dwitahunan dan Sekreteriat Persuratan dan Kesenian Islam Nusantara pula diwujudkan di Membakut bagi memastikannya berterusan dan mendapat sumbangan dana daripada kerajaan negeri dan pusat.\r“Program ini juga bukan saja menjadi daya tarikan baru bagi Membakut, bahkan akan memperkenalkan lagi daerah ini sebagai dataran ilmu dan kesenian Islam di Sabah, selain pada peringkat kebangsaan dan Nusantara.\r“Kami mengharapkan festival ini dapat menjadi perintis kepada kegiatan yang lebih besar pada masa hadapan, sekali gus melestarikan persuratan dan kesenian Islam di Sabah, negara dan serantau,” katanya.\rMahrajan akan dirasmikan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, manakala majlis perasmian penutup oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut, Datuk Mohd Srifin Mohd Arif.\rMaklumat lanjut e-mel jasni_matlani@ hotmail.com atau lawati laman blog www.bahasakinabalu.com.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-7-2024 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.049816 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list