View: 140055|Reply: 28
|
Tanda-Tanda Penyakit Tibi.
[Copy link]
|
|
Di saat ramai di kalangan masyarakat yang membicarakan mengenai penyakit Tibi ketika ini, mungkin ada di antara kita yang langsung tidak mempunyai maklumat mengenai penyakit yang boleh membawa maut ini.
Sementara penyakit Tibi ini tidak lagi menjadi penyakit yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat di negara ini berbanding dengan penyakit-penyakit baru semakin mendapat perhatian seperti HIV/AIDS, kencing manis, sakit jantung dan sebagainya.
Namun sebenarnya penyakit Tibi ini masih lagi menular di kalangan masyarakat di negara ini dengan 19,337 kes telah dilaporkan pada tahun 2010 dan keadaan kes ini pastinya semakin bertambah hari demi hari.
Apakah itu Penyakit Tibi sebenarnya?
Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan dengan sempurna. Penyakit Tibi ini disebabkan oleh kuman Tibi (Tubercle Bacili) yang biasanya menjangkiti paru-paru. Ia juga boleh menyerang bahagian-bahagian lain anggota badan seperti selaput otak, tulang, kelenjar, buah pinggang dan kulit.
Tanda-Tanda Penyakit Tibi.
Menurut Pakar Perunding Kanan Perubatan/Respiratori, Datuk Dr. Aziah Ahmad Mahayiddin, antara tanda dan gejala penyakit Tibi paru-paru ialah batuk yang berterusan lebih daripada dua minggu, kahak yang mengandungi darah, demam dan berpeluh lazimnya pada sebelah petang dan malam. Juga susut berat badan dan hilang selera makan, sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang dan mudah letih.
Kata Dr. Aziah, kuman Tibi disebarkan melalui udara apabila pesakit batuk atau bersin dan setiap individu yang menyedut udara tercemar ini terdedah kepada jangkitan kuman Tibi.
Antara sasaran Tibi sekarang ialah golongan muda yang mempunyai pergaulan sekeliling serta mudah terdedah kepada jangkitan sekiranya pertahanan sistem badan kurang mantap dan menurun.
”Namun tidak bermakna sekiranya terdapat individu yang terkena jangkitan Tibi itu dia akan mendapat penyakit berkenaan.
“Kebanyakan individu yang dijangkiti tidak akan mendapat penyakit Tibi kerana kuman-kuman Tibi akan terpendam dan tidak aktif dalam badan seseorang kerana ia bergantung kepada sistem pertahanan badan seseorang.
“Sekiranya badan seseorang itu lemah dan kurang aktif menyebabkan penyakit Tibi ini senang merebak. Tibi akan menjadi aktif apabila sistem pertahanan badan seseorang itu menurun,” jelasnya ketika ditemui di Institut Respiratori di ibu negara, baru-baru ini.
Dr. Aziah memberitahu, setakat ini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan, kira-kira sepertiga daripada penduduk dunia telah dijangkiti Tibi tetapi tidak semestinya mereka menjadi punca jangkitan dan mendapat penyakit tersebut.
Apabila seseorang itu telah mendapat jangkitan Tibi, rawatan yang bakal dijalani adalah agak panjang sekurang-kurangnya enam bulan dengan pelbagai jenis ubat-ubatan.
”Apa yang penting seseorang pesakit perlu fokus dan tetap dalam menjalani rawatan kerana sekiranya mereka gagal atau cuai dalam mendapatkan rawatan biarpun ia rawatan susulan atau ulangan, penyakit Tibi ini akan jadi rentan (tidak lali) dengan ubat-ubatan yang diberikan menyebabkan jangkitan Tibi tidak terkawal berlaku.
”Sebenarnya simptom penyakit Tibi adalah pelbagai berdasarkan kepada di mana kuman penyakit itu membiak. Tibi juga berlainan daripada kanser kerana penyakit ini berjangkit dan boleh dirawat dengan senang.
“Tibi berjangkit melalui cecair mulut dan hidung yang mengandungi kuman Tibi apabila batuk, bersin dan bercakap. Sesiapa yang menyedut udara ini pasti akan dijangkiti,” kata Dr. Aziah.
Jika dibandingkan dengan HIV yang cara jangkitannya terhad, jangkitan Tibi adalah lebih serius.
Antara mereka yang mempunyai kadar yang besar untuk dijangkiti penyakit Tibi ialah penduduk yang mempunyai status yang rendah yang kurang mampu dari segi makanan, ubat-ubatan, kesihatan, menghidap penyakit kronik seperti asma, diabetes, HIV dan lain-lain.
Jelasnya, pesakit yang dijangkiti penyakit Tibi perlu menjalani saringan kesihatan di klinik khas yang disediakan. Lakukan pemeriksaan kahak dan menjalani pemeriksaan Sinar – X di klinik kesihatan atau hospital terdekat.
Katanya, penyakit Tibi boleh diubati dalam tempoh enam bulan, orang ramai perlu meningkatkan kesedaran sekiranya mereka menghidap batuk lebih daripada dua minggu, mereka perlu mendapatkan rawatan dan mengenal pasti apakah batuk yang dihidapi itu simptom penyakit Tibi kerana sekiranya lewat mendapatkan rawatan, penyakit ini boleh membawa maut.
“Kadar beban penyakit Tibi di negara ini dianggarkan 63 orang bagi setiap 100,000 penduduk.
”Juga jangan menganggap batuk kering adalah penyakit Tibi kerana ia sebenarnya adalah sebahagian daripada sejenis penyakit Tibi yang menular ke paru-paru sahaja.
“Penyakit Tibi juga boleh menular ke tulang, usus, kelenjar, buah pinggang, selaput otak mengikut peredaran darah yang membawa kuman itu,” kata Dr. Aziah.
Apabila ditanya mengenai peningkatan jumlah pesakit Tibi yang semakin meningkat beliau memberitahu, ia diakibatkan oleh faktor-faktor kumpulan pertahanan badan yang semakin menurun menyebabkan sistem pertahanan badan tidak boleh menyekat kuman berkenaan.
Apatah lagi faktor jangkitan penyakit seperti HIV, obesiti, kencing manis dan penyakit-penyakit kronik lain menyebabkan kelemahan pada sistem badan.
”Ia jua disebabkan oleh penghijrahan pendatang atau warga asing yang memasuki negara ini, tanpa saringan yang mungkin meningkatkan punca jangkitan.
”Perlu diketahui, negara yang mempunyai beban kes yang tinggi ialah Afrika, Filipina, Indonesia dan Thailand.
“Sekiranya pekerja yang diambil bekerja itu sebagai contoh pembantu rumah menjalani ujian kesihatan adalah tidak perlu dibimbangkan bagaimana pula sekiranya mereka datang secara tidak sah? Kita tidak tahu apa kuman yang dibawa mereka,” katanya.
Justeru dalam soal seperti ini, isteri atau suri rumah tangga perlu mengetahui bahawa pastikan tiada tanda-tanda Tibi yang sentiasa berada di sekeliling diri mereka agar dapat mencegah dari Tibi terus merebak.
Justeru, kepada semua suri rumah beliau menasihatkan agar memperbanyakkan cahaya matahari masuk ke dalam rumah kerana cahaya matahari boleh membunuh kuman Tibi. Pastikan juga rumah mendapat pengudaraan yang sempurna dengan membuka pintu dan tingkap serta amalkan cara hidup sihat dan makan makanan yang seimbang.
Namun kesedaran masyarakat di negara ini masih berada pada tahap yang rendah apabila dilihat ramai di kalangan masyarakat yang masih kurang mengambil berat hal kesihatan mereka agar tidak dijangkiti dengan pelbagai penyakit seperti penyakit Tibi ini.
Kredit Info : kamalmustafa.com : Penyakit Tibi Masalah Kesihatan Negara |
|
|
|
|
|
|
|
opis mate aku dlm bulan 10 aritu br di diagnos ade tb...
abis semua keta company yg di dok bwk kene sembur ubat ape ntah...
laa ni dok cuti lagi |
|
|
|
|
|
|
|
sian dia...lagi lemah jadinyer badan masa makan ubat tibi |
|
|
|
|
|
|
|
aku batuk dah lebih 2minggu dah.. mulanya asal dari demam and sakit tekak. dah elok sakit tekak batuk pulak. tapi kahak masa minggu first je. and siang tak de sangat. bila malam je teruk. macam gatal2 pun ada jugak.. batuk sampai rasa nak tertanggal je anak tekak. dah tu batuk kering je.. boleh jadi simptom jugak ke?? huuu takut jugakk.. asyik tak dapat tido je ni sebab batuk.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku batuk dah lebih 2minggu dah.. mulanya asal dari demam and sakit tekak. dah elok sakit tekak batuk pulak. tapi kahak masa minggu first je. and siang tak de sangat. bila malam je teruk. macam gatal2 pun ada jugak.. batuk sampai rasa nak tertanggal je anak tekak. dah tu batuk kering je.. boleh jadi simptom jugak ke?? huuu takut jugakk.. asyik tak dapat tido je ni sebab batuk.. |
|
|
|
|
|
|
|
aerolz posted on 7-1-2014 03:56 AM
aku batuk dah lebih 2minggu dah.. mulanya asal dari demam and sakit tekak. dah elok sakit tekak batu ...
tanda paling ketara kalau kena tibi:
- demam biasanya mula rasa waktu petang dan malam
- rasa sejuk sgt,tp bila tido berpeluh,mmg basah lencun ..
- semput + mengah bila penat, angkt brg berat.
- tak lalu nak makan.berat mmg menjunam.
ni pengalamn aku sndiri yg sedang dpt rawatan.sekian.
|
|
|
|
|
|
|
|
ThousandIsland posted on 7-1-2014 02:25 PM
tanda paling ketara kalau kena tibi:
Oh ye ke.. moga cepat sembuh.. aku ada masalah dalam detect diri sendiri demam ke tidak. huhuu. aku harap bukan lah. nanti lah g klinik lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
aerolz posted on 8-1-2014 07:23 AM
Oh ye ke.. moga cepat sembuh.. aku ada masalah dalam detect diri sendiri demam ke tidak. huhuu. ak ...
terima kasih..
kalau tak leh detect demam salah satu dari tanda2 tu mesti ada esp sejuk dan berpeluh waktu malam.
mula2 kena aku tak terus dapat batuk.seram sejuk setiap petang dan demam waktu malam.
selera makan mmg terus out.mmg cepat penat dan semput.
lepas tu baru kena batuk tp malam sahaja..
kalau risau p hospital la.kena wat x-ray kalau nak tau ada tibi ke idak.
harap u tak de la tibi nih..
leceh nak makan ubat banyak2 ni..tiap2 hari selama setahun...
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku dengar cerita restoran osman pandan city ada kes tibi ... |
|
|
|
|
|
|
|
ThousandIsland posted on 7-1-2014 02:25 PM
tanda paling ketara kalau kena tibi:
Itu tanda-tanda yang ketara bg pesakit tibi. mcm sy setahun lepas diagnose tibi.. but..jgn xtau tb ade byk jenis. bkn hanya tb paru-paru..malah ade tb tulang, tb kelenjar dll. macm sy doc diagnose tb usus.. xde pun simptom2 mcm batuk dll cume pedih dlm perut mcm gastrik n bloated.. ubat kene consume lbh pjg. kebiasaan 6 bln tp my case 9 bln coz tb dlm perut..Alhamdulillah sekarang dah pulih. =))
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg le..kan dah kata yg ketara..
aku pun tak de batuk2 lgsg..walaupun aku kena tb pulmonary..demam..berpeluh waktu tido..sejuk giler esp sebelah petang..hilang berat badan..letih..hilang selera..salah satu ni mesti ada
bila dah under treatment baru dtg batuk siap darah2 lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
adik aku kena tibi tahap 3..
terkejut kami 1 family.. angin tak dak ribut x dak...
hmmmmmm lani kena makan ubat tiap2 hari kat spital...
x tau la nak buat macam mana
any suggestion |
|
|
|
|
|
|
|
pbw2775 posted on 10-11-2014 01:40 PM
adik aku kena tibi tahap 3..
terkejut kami 1 family.. angin tak dak ribut x dak...
hmmmmmm lani ke ...
nak tanya, tahap 1, 2, 3 tu apa beza dia?
maksimum tahap berapa?
|
|
|
|
|
|
|
|
joeyss posted on 11-11-2014 09:31 PM
nak tanya, tahap 1, 2, 3 tu apa beza dia?
maksimum tahap berapa?
yg tuh x dapat dikesan..
yang aku dapat inform
tahap 3 makan ubat
kalau tahap 4 kena inject... itu saja
|
|
|
|
|
|
|
|
pbw2775 posted on 12-11-2014 09:39 AM
yg tuh x dapat dikesan..
yang aku dapat inform
tahap 3 makan ubat
kalau tahap 1 tak perlu makan ubat ke? pelik juga
saya ada experience dengan TB, tapi bukan saya
di mana, doktor tak cakap pun TB tahap berapa.. di mana pada saya agak teruk juga kesan dia
alhamdulillah, berjaya abiskan rawatan selama hampir setahun
cuma dalam wad tu saya nampak ada pelbagai jenis TB
setiap jenis TB dapat trearment yang berbeza.. saya tengok ada sorang pesakit tu, dia TB kelenjar dan dicucuk ubat
ada TB darah, saya rasa juga dicucuk.. TB pulmonari (betul ke tak eja), makan ubat (ubat ada banyak jenis, ikut kesesuaian badan)
berubat kampung, perubatan islam semua dicuba. kita ikhtiar, kuasa penyembuh di tangan tuhan. tapi, ubat hospital jangan tinggal.. Last edited by joeyss on 12-11-2014 11:15 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
joeyss posted on 12-11-2014 11:13 AM
kalau tahap 1 tak perlu makan ubat ke? pelik juga
saya ada experience dengan TB, tapi bukan saya
...
doc just cakap macam tuh jer..
now dok mencari ubat kampung sesambil ubat hospital x ditinggalkan..
huhuhu
|
|
|
|
|
|
|
|
pbw2775 posted on 12-11-2014 11:19 AM
doc just cakap macam tuh jer..
now dok mencari ubat kampung sesambil ubat hospital x ditinggalkan ...
ok la macam tu
TB ni kena banyak bersabar, kena abiskan rawatan dan banyakkan minum air
[size=13.63636302948px]boleh tahu dia positive or negative dan TB jenis apa? dan awak orang mana?
[size=13.63636302948px]kalau dekat boleh saya suggest tempat, tu pun kalau percaya pada cara tersebut
|
|
|
|
|
|
|
|
saya penang..
positif.. x tau plak tibi jenis mana... sebab x dak darah
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by joeyss at 27-4-2015 09:25 AM
penang, so tak jauh la.. cuba try ada tempat perubatan di kampung tradisi jalan menuju UUM
|
|
|
|
|
|
|
| |
|