Post Last Edit by MistrezHermanaz at 13-2-2012 08:34
Mangkuk Tingkat ini sememangnya menggelikan hati kerana ianya dihoskan oleh Sharifah Shahirah, seorang yang suka berjenaka dan melucukan. Dalam Mangkuk Tingkat ini,Sharifah Shahirah akan mengusik selebriti jemputan dengan menu yang bakal mereka sediakan. Apatah lagi, ada juga di kalangan selebriti ini yang tidak begitu pandai untuk menyediakan masakan kegemaran peminat setia mereka.
Contohnya seperti Atilia yang tidak pernah masak tomyam! Beliau diminta untuk menyediakan tomyam untuk peminatnya. Ketika menyediakan tomyam itu, pelbagai karenah lucu dapat dilihat, apatah lagi dengan usikan daripada pengacara yang gemar mengenakan Atilia. Lebih melucukan apabila selebriti jemputan Wan Sharmila mencuba pertama kali masa mee kari dan juga kuih ‘cekodok’ pisang. Apabila sampai sesi menumis, Sharifah Shahirah terpaksa menolong kerana minyak menumis melompat tinggi setelah dimasukkan rempah ratus.
Selain daripada Atilia dan Wan Sharmila, selebriti lain yang terlibat ialah Gambit, Siti Saleha, Liyana Shamsudin, Hazama, Irma Hasmie, Nabil, Adam AF, Johan Ashaari, Black (Mentor), Rozita Che Wan dan Neelofa.
Mungkin anda salah seorang yang akan terima kejutan itu! Jangan lupa untuk menyaksikan program realiti masakan daripada selebriti kegemaran anda dan lihat gelagat mereka di dapur menerusi Mangkuk Tingkat pada setiap Jumaat, jam 8.30 malam hanya menerusi TV9, saluran Di Hatiku.
sumber : kepala bergetar
p/s : misz suka tgk rancangan ni..last week nye cik taa..xtahan jemur tgh panas,pastu siap tgk kertas..hahaha
lawak gile yg Cik Ta punye tuh. Rupenye RCW kidal ek. Pastu mmg main bedal je sbb ikut resepi. Dok jinjing beg b4 ke dapur yang hangat tuh. Shira tanye beg ape, RCW jawab beg touch up. Hehehe.
ada aku nmpak gazet ni...
ada sorang retis pompuan masak smpai pecah mangkuk dibuatnya...
kacau punye kacau atas api...sekali pecah dah..
aku tertunggu2 episod ni....nak tgk retis manakah yg masak smpai jadi lagu tu..
lawak gile yg Cik Ta punye tuh. Rupenye RCW kidal ek. Pastu mmg main bedal je sbb ikut resepi. Dok j ...
yellowprestige Post at 16-1-2012 14:44
misz suka tgk yg cikta sbb dia pekatnye dialek dia..suka dgr dia ckp..tp nmpk mcm dia biasa masak ler..cuma misz x tahan tgk kertas duk ade sebelah kuali..pastu siap ade span nk touch up muka..hangat katanya
tgk x yg gambit punya episod..masak chicken chop..masin,hitam lak tu..tp nice la program ni..shira pon kelakar..misz try tgk dlm youtube yg rcw nye xde..ade yg yana je
aku menyampah time dia tgh tunggu nak wat surprise kat fans dia..ntah hapa2 dia melalut ckp ngan kamera time tuh..over naw mamat ni be cool sudah la ye botak..pasti bertambah ramai wanita merembes..(bukan aku eh)