View: 80|Reply: 0
|
‘Kami perlu ‘tonik’ sebelum Olimpik London’
[Copy link]
|
|
KETIKA Pasukan Prestasi Tinggi (HPT) Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak kisah sama ada mereka menang atau kalah dalam pertandingan yang disertai menjelang Sukan Olimpik, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong tetap menegaskan kemenangan adalah penting bagi survival mereka sebelum temasya terulung itu berlangsung Julai depan.\rGandingan itu yang semakin goyah prestasi sejak di bawah kendalian Pang Cheh Chang termasuk tewas di pusingan kedua Terbuka Malaysia minggu lalu menegaskan kemenangan dalam mana-mana pertandingan yang disertai diyakini mampu meningkatkan kembali semangat mereka yang luntur. \r\n\n\n\n\r “Kami perlu memburu kemenangan kerana ia adalah tonik terbaik dalam mengembalikan semula keyakinan dan semangat kami. Jika kami terus kalah, sudah tentu ia akan menyebabkan semangat kami terus luntur dan lemah.\r\r\n\n\n\n\n “Jadi, dalam enam bulan menjelang Sukan Olimpik, kami harap sekurang-kurangnya mampu mara ke final atau memenangi mana-mana kejohanan bagi meningkatkan moral serta semangat kami,” kata Boon Heong selepas latihan di Bukit Kiara semalam. \rBoon Heong berkata, dia dan Kien Keat juga sudah berjanji dan berazam bangkit memperbaiki serta membina persefahaman lebih mantap dalam usaha mengembalikan semula kegemilangan yang dilakarkan sebelum ini.\rHPT yang dipengerusikan Setiausaha Kehormat dan Pengerusi Jawatankuasa Latihan dan Kejurulatihan BAM, Ng Chin Chai menyenaraikan lima kejohanan termasuk pusingan kelayakan Piala Thomas dan Seluruh England yang akan disertai Kien Keat-Boon Heong sebelum Sukan Olimpik dan menegaskan tidak kisah sama ada pasangan itu menang atau kalah dalam pertandingan berkenaan.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|