CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10536|Reply: 64

Kepentingan keluarga dan kesihatan vs KERJAYA & RM RM MONEY MONEY MONEY MONE

[Copy link]
Post time 20-1-2012 12:09 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Bill at 24-1-2012 02:48

Ingat kerjaya, keluarga dan kesihatan


Assalamualaikum, cuba kita kupas mengenai isu ini. Terdapat ramai anak-anak muda yang bercita-cita tinggi mahu menjadi insan yang berjaya ataupun jutawan lumayan bagus seperti Syed Mokhtar Albukhary dan Tony Fernandes, tetapi sedarkah mereka mengenai harga yg perlu mereka bayar jika mengabaikan perkara-perkara yg penting seperti yg dikupas dalam artikel ini dalam kesibukan mereka mengejar harta, pangkat dan kedudukan?

Info : Artikel ini ditulis oleh seorang pakar ekonomi dan businessman yg amat berpengalaman ( baru sahaja jadi Allahyarham, sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah ).




OLEH DATO' SALLEH MAJID


RAMAI di kalangan kita yang bertugas lupakan dua perkara penting dalam kehidupan. Pertama kepentingan keluarga kita dan kedua kesihatan kita.Kita melihat semasa muda, ramai yang tidak mengambil kira tentang masa yang perlu dilapangkan kepada keluarga terutama sekali anak-anak.Bekerja sepanjang hari sehingga larut malam kadang-kadang termasuk hujung minggu sehinggakan tiada masa untuk keluarga.





Anak-anak yang baru membesar perlukan kasih sayang ibu bapa. Malangnya kalau bapa sibuk mengejar kerjaya dan lebih buruk lagi ibu pun bekerja, maka tinggallah anak-anak di tangan pengasuh rumah atau rumah pengasuh.

Kerap kali yang membuka perniagaan menjaga anak orang terdiri daripada kakitangan yang belum berumah tangga dan tidak hairanlah kalau pembangunan anak dilentur oleh persekitaran rumah pengasuh.


Apa yang bakal dihadapi apabila anak sudah membesar ialah mereka tidak akan berasa kasih dan sayang kepada ibu bapa. Akan wujud jurang komunikasi antara ibu bapa dengan anak-anak apabila anak-anak sudah membesar dan inilah yang dapat kita lihat sebagai salah satu masalah sosial hari ini.


Anak-anak tidak mendapat kasih sayang mencari kasih sayang di tempat lain. Mereka yang sanggup mengorbankan kerjaya mereka demi menjaga pembangunan minda anak- anak adalah mereka yang patut dicontohi. Bagaimana pun kadang kala tekanan hidup memerlukan kedua-dua ibu bapa mencari rezeki.


Sebenarnya jarang sekali pasangan yang ingin berkahwin berpengetahuan tentang ilmu keibubapaan. Selain daripada kursus sebelum berkahwin yang hanya dua tiga hari, ibu bapa jarang sekali mendidik anak-anak dengan tanggungjawab sebagai ibu bapa.


Kita lihat ibu-ibu yang mendidik anak-anak mereka sendiri seperti ibu kepada Tan Sri Azman Hashim, kesemua anaknya menjadi 'orang'. Ibu itulah dikenali sebagai ibu mithali.


Memang mudah bagi seseorang eksekutif melupakan tentang perlunya meluangkan sedikit masa untuk keluarga. Tambahan pula kadang kala kini ramai yang meluangkan masa di kelab atau bermain golf yang lazimnya mengambil masa sepanjang hari.


Bapa yang agak baik sedikit membawa anak dan isteri ke kelab golf. Tetapi mereka kenalah melayan diri sendiri semasa si bapa bermain golf.---> Ini kalau hobinya yg santai sebegini, kalau hobinya yg jenis merbahaya dan menakutkan macam mana pula?


Suatu perkara yang lazim berlaku juga ialah apabila permainan golf ini di tempat lain atau kadang kala di negara lain.


Tidak kurang juga mereka yang terpaksa berjumpa pelanggan atau rakan perniagaan di malam hari atau terpaksa melayan untuk makan malam dan hiburan.


Ini membawa kepada perkara kedua yang penting iaitu kesihatan. Jarang sekali kita mendengar seseorang taat mengikuti jadual pemeriksaan doktor katakan setiap enam bulan.


Banyak penyakit yang boleh diperolehi di masa umur tua yang mungkin tidak diketahui semasa umur muda kerana masih bertenaga.


Semasa mengejar kerjaya ini dengan keraian yang perlu diberi dan dihadiri serta mesyuarat yang tidak putus-putus, kerap kali makanan tidak terkawal dari segi akibat yang mungkin diterima.


Misalnya penyakit jantung boleh dihidapi melalui tekanan kerja, melalui makanan yang tidak mengira buruk baik kesannya.


Seseorang yang gemar misalnya meminum air bergas berkemungkinan mendapat kencing manis di hari tua. Begitu juga penyakit darah tinggi yang boleh membawa strok atau angin ahmar.


Dunia masa kini dipenuhi dengan pelbagai jenis vitamin dan penambaikkan makanan terutama sekali dengan pelbagai tuntutan seperti mengandungi herba tertentu. Mengambil ubat-ubat yang disangka akan mendatangkan kebaikan kepada badan yang sudah sihat akan membawa mudarat.


Mungkin ini salah satu sebab kenapa ramai orang terkena pelbagai jenis barah selain yang jelas seperti barah paru-paru akibat menghisap rokok.


Antara penyakit-penyakit yang lazim dihadapi oleh warga tua atau selepas bersara ialah sakit jantung, kencing manis, darah tinggi, buah pinggang. Malahan ada kajian yang menyatakan walaupun umur purata untuk lelaki di Malaysia ialah 74 tahun tetapi 14 tahun terakhir dipenuhi dengan pelbagai penyakit.


Ini melibatkan banyak wang perubatan dan rawatan. Tidak termasuk seseorang yang perlu menjaga sama ada isteri atau anak-anak.


Walau apa sekali matlamat kehidupan kita, kita wajar ingat akan perlunya mencurahkan kasih sayang kepada keluarga dan badan kita sendiri. Minda yang sihat datangnya dari badan yang sihat.


Bersara tidak bererti tidak melakukan apa-apa. Mereka yang duduk saja tidak melakukan apa-apa selepas bersara akan cepat menemui ajal.



DATO' SALLEH MAJID ialah Felo Utama

Fakulti Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2012 12:18 PM | Show all posts
family fisrt - itulaa prinsip saya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2012 12:19 PM | Show all posts
Bersara tidak bererti tidak melakukan apa-apa. Mereka yang duduk saja tidak melakukan apa-apa selepas bersara akan cepat menemui ajal ---> ramai tokoh2 terkenal negara yang masih aktif walaupun selepas bersara. Mereka inilah orang2 yg perlu kita contohi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2012 12:31 PM | Show all posts
family fisrt - itulaa prinsip saya
aiva Post at 20-1-2012 12:18



   Sebenarnya jarang sekali pasangan yang ingin berkahwin berpengetahuan tentang ilmu keibubapaan ---> Kebanyakan mereka2 ini berkahwin kerana mahu memuaskan nafsu syahwat yang sudah menggelodak yang tidak dapat dibendung lagi, berapa ramai anak2 muda berumur 20 - 30 tahun yg ada ilmu keibubapaan dan kekeluargaan. Point ini seakan tepat mengenai batang hidung saya sendiri!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2012 12:33 PM | Show all posts
family fisrt - itulaa prinsip saya
aiva Post at 20-1-2012 12:18



   
Mereka yang sanggup mengorbankan kerjaya mereka demi menjaga pembangunan minda anak- anak adalah mereka yang patut dicontohi. ---> Ini memang betul2 respectable
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2012 12:35 PM | Show all posts
family fisrt - itulaa prinsip saya
aiva Post at 20-1-2012 12:18


Banyak penyakit yang boleh diperolehi di masa umur tua yang mungkin tidak diketahui semasa umur muda kerana masih bertenaga. ---> Ini memang sadis, semasa muda apa2 sahaja akan ditaram. contohnya kaki dan lutut seorang footballer, hari2 kena bantai dan tackle dengan defender seperti yg dialami oleh Messi, Baggio dan Ronaldo Luiz. Itulah akibatnya muda2 lagi dah injured, apabila tua nak berlari pun dah x boleh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-1-2012 12:38 PM | Show all posts
Post Last Edit by Bill at 20-1-2012 12:43
family fisrt - itulaa prinsip saya
aiva Post at 20-1-2012 12:18



   Satu lagi penyakit yg sering menimpa orang2 yg berduit dan ada-ada ini ialah penyakit curang dan suka main perempuan. Suami dan bapa yang agak baik sedikit akan berpoligami secara declared ataupun senyap2 tidak kiralah sama ada kuota itu dipenuhi seberapa banyak.---> Banyak langkah2 yg perlu dilakukan untuk mengelakkan anak2 daripada terjejas secara negatif dengan pengalaman sebegini.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2012 01:22 PM | Show all posts
Tlg berbalik pd agama...he..he...

Bekerjalah kamu spt akan hidup seribu thn lg..dan beribadatlah kamu spt akan mati esok hari..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2012 01:31 PM | Show all posts
Post Last Edit by hereana at 20-1-2012 13:34
Satu lagi penyakit yg sering menimpa orang2 yg berduit dan ada-ada ini ialah penyakit curan ...
Bill Post at 20-1-2012 12:38



    mostly ye..tp bukan generally begitu..
Mcm penah mentioned before nih,kalau kejayaan material diukur sbg ultimate achievements..mmg mgundang perkara tidak baik..
So,kena ingat gak fungsi kita sbg khalifah di muka bumi ini..

Org bduit,curang adakah salah satunya..byk lg pkara lain yg boleh dianggap musibah dlm kehidupan..
Keje siang mlm,hingga mgabaikn solat..punyalah busy uruskn projek smpai tk leh amik cuti 40 heri utk mgerjakn haji..tup2,tak disangka tkena pyakit kronik..last2 harta btimbun hanya buat cover balik rawatan sakit td..
Takpun,harta btimbun jadi bhn gaduh,dendam kesumat anak2 & binik2 yg ditinggalkn..
Sedangkn kita kat dlm kubur,tak de bende satu pun utk dicagarkn.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2012 03:58 PM | Show all posts
Tlg berbalik pd agama...he..he...

Bekerjalah kamu spt akan hidup seribu thn lg..dan beribadatla ...
hereana Post at 20-1-2012 13:22



   Mungkin maksud TT, org yg bekerja sampai segalanya or sebahagian dr masa lain terabai.... seingat aku, masa kita sehari dibahagikan 1/3 utk kerja, 1/3 utk beribadat & 1/3 utk berehat bersama keluarga....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2012 05:19 PM | Show all posts
Mungkin maksud TT, org yg bekerja sampai segalanya or sebahagian dr masa lain terabai.... s ...
BingkaUbi Post at 20-1-2012 15:58



    Yup, itulah maksud sy. Contohnya, sesiapa yg pernah baca buku biografi Bill Gates pasti tahu yg beliau x ada social life semasa tahun2 awal penubuhan microsoft dulu. Semua masanya adalah utk bekerja. Ini disahkan sendiri oleh partner beliau paul allen!
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2012 05:23 PM | Show all posts
Yup, itulah maksud sy. Contohnya, sesiapa yg pernah baca buku biografi Bill Gates pasti ta ...
Bill Post at 20-1-2012 17:19



    join porum ni boleh di kira bersosial..... secara maya
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2012 07:09 PM | Show all posts
Reply 10# BingkaUbi


    kalau mcm gitu..mmg pyhlah..pyh kalau kita tak de ilmu nk mrnjalani kehidupan..mcm robot...kije..kije..
Btw..hidup kita kita yg tentukan..kalau dah diri sendiri tak mu syg..mcm mana? Mcm mana plak nak syg anak isteri..

Tak dinafikn tuntutan hidup hari ini..mmg memerlukn kerja kuat,kena bsaing..baru boleh rasa lega sikit..
Kalau tak mmg setakat so,so ajelah...nak lebih pyh..
Siang keje opis,mlm gigih mlm,ataupun meniaga...
Mmg ramai sekeliling kita..

Tp tk bmakna tpaksa mgabaikn kuarga..
Krn pilihan di tgn kita...
Carik duit byk2,susah2 pun utk sapa kan...?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2012 07:13 PM | Show all posts
Yup, itulah maksud sy. Contohnya, sesiapa yg pernah baca buku biografi Bill Gates pasti ta ...
Bill Post at 20-1-2012 17:19



    amik cth bill gates...pyhler...
Kene fhm...ideologi & goal setting definitely berbeza lah dik oiii...

Cth terbaik..mcm u hilite ler...syed mohktar al bukhary tu sendirikk.
I rasa dia ant cth terbaik muslim yg berjaya....dan tk myisihkn elemen yg satu lg tuh....
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2012 08:42 PM | Show all posts
my husband baru aje bersara..
plan dia, kembali ke school..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2012 03:27 PM | Show all posts
my husband baru aje bersara..
plan dia, kembali ke school..
faraway1 Post at 20-1-2012 20:42



   Wah, ur hubby macam Tun Daim, lepas retired terus register untuk belajar bidang lain...
Sikap tikam menikam belakang masih wujud

Kadang-kadang mengenali seseorang sebagai rakan kongsi perniagaan selama tiga puluh tahun tidak cukup untuk diberikan kepercayaan dan boleh lagi berpaling tadah menyokong rakan perniagaan yang baru. Sudahlah begitu, dengan orang baru ini pula dirancang untuk menyingkirkan rakan lama itu daripada syarikat.

Krisis kewangan pada tahun 1997/98 telah menyebabkan banyak perniagaan mengalami kemerosotan dan kepincangan termasuklah syarikat broker saham.

Rakan-rakan kongsi syarikat terpaksa menjual saham milik masing-masing kepada orang lain. Dengan terjual sebahagian besar saham syarikat secara keseluruhan, layaklah badan baru ini melantik rakan baru selaku wakil.

Tiada siapa pun menyedari belang sebenar orang baru ini. Bercita-cita tinggi sehingga ingin menjadi tampuk utama syarikat walaupun boleh dianggap setahun jagung.

Disebabkan seorang daripada rakan lama syarikat ini tidak lagi layak menerajui syarikat tersebut oleh pihak berkuasa, rakan seorang lagi yang layak memegang tampuk syarikat dikhianati.

Rakan kongsi lama sanggup bergabung dengan orang baru untuk menjadikan saham mereka lebih besar daripada saham milik rakan yang dikhianati. Tujuannya adalah untuk menyingkirkan rakan yang dikhianati itu daripada syarikat dan meletakkan orang setahun jagung ini selaku peneraju utama.

Orang baru ini mempunyai banyak 'tengkorak' dalam almarinya yang tidak disedari oleh rakan yang hendak menjatuhkan kawan lamanya.

Di tempat-tempat kerjanya yang lama dia pernah disuruh berhenti kerana berbelanja di paras yang bukan-bukan dan dia tidak lama di sesuatu tempat kerja. Tempat terakhir dia bekerja sebelum dia menyertai syarikat ini juga dia disuruh berhenti kerana berbelanja yang bukan-bukan.

Kesilapan mereka di syarikat tersebut ialah semasa ia dicalonkan oleh pemegang saham terbaru selaku wakil mereka. Pihak empunya syarikat tidak melakukan penyiasatan yang lengkap tentang latar belakangnya.

Sifat suka berbelanja dan mencari publisiti murah tidak diketahui mereka. Dia tidak berminat untuk menambah pengalaman dalam sesuatu industri itu tetapi lebih gemar melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti luar untuk publisiti.

Jadi apabila orang yang menjadi pengerusi syarikat tersebut tidak lagi disambung tempohnya selaku pengerusi oleh pihak berkuasa, dia merasakan rakannya seorang lagi telah merancang dengan pihak berkuasa untuk tidak menyambung tempohnya selaku pengerusi.

Dia kemudian berpakat dengan pemegang saham terbaru ini untuk menggabungkan saham mereka melantik orang baru menjadi ketua. Malangnya pihak berkuasa tidak akan bersetuju dengan pelantikan tersebut disebabkan rekod tidak baik pegawai baru itu.

Apa yang dapat dipelajari daripada episod ini ialah sifat dengki dan khianat manusia tidak ada tepinya. Walaupun sudah bersama selaku rakan perniagaan selama 30 tahun dan orang itu telah membangunkan syarikat itu sehingga tersenarai di bursa saham tetapi sikap khianat dan dengki beliau tidak bertepi.

Beberapa keputusan yang telah dibuat oleh wakil pemegang saham terhadap anggota syarikat itu seperti bonus dipotong telah menimbulkan keresahan di kalangan mereka dan ada yang berhajat untuk meninggalkan syarikat tersebut.

Kita perlu ingat bahawa dalam dunia ini, kita tidak boleh percaya kepada sesiapa pun. Tengoklah walaupun sudah bertungkus lumus selama 30 tahun, sanggup menikam rakan daripada belakang.

Pengajian yang kedua, selepas kita tidak boleh meletakkan kepercayaan kepada sesiapa pun walau saudara dan adik beradik sekali pun, kita perlu mempunyai pelan kontingensi atau perlindungan kita sekiranya berlaku sesuatu.
Dalam kes ini, pertalian baik mangsa dengan pihak berkuasa memberikan dia kelebihan daripada calon baru yang inginkan jawatan beliau.

Selain daripada itu, sekiranya dia tidak ada jalan lain untuk mendapatkan punca pendapatan, pilih sama ada buka perniagaan yang lain atau bekerja dengan orang lain. Kalau umur sudah lanjut agak susah orang hendak mengambil kita bekerja, kecuali mereka kenal baik kita.

Bercakap tentang tidak boleh percaya sesiapa ini, ramai sangat yang pernah menceritakan kepada saya bagaimana rakan perniagaan mereka sama ada menipu, melakukan pecah amanah, memfitnah, bersekongkol dengan pihak lawan dan yang paling teruk sekali menggunakan ilmu hitam.

Golongan begini kalau orang Islam memang sudah tidak takut Allah dan cerita jatuh menjatuh, khianat mengkhianati ini sudah menjadi darah daging orang Melayu. Ia seolah- olah suatu dalam genre orang Melayu yang tidak dapat dihapuskan.

Orang berjaya dia sakit hati. Orang yang gagal dia kutuk, dia tidak akan tolong untuk naik balik.

Fitnah memfitnah sekarang sudah dimudahkan dengan adanya telefon bimbit dan internet. Hentam saja sesiapa kita suka, tak ada siapa boleh tahan. Sekarang semua bebas.

Lihat saja dalam dunia politik hari ini. Tidak sunyi daripada tikam menikam belakang, fitnah memfitnah, khianat mengkhianati. Lidah tidak bertulang digunakan dengan sepenuhnya.

Tidak hairanlah kalau kawan jadi lawan. Tidak hairan juga kalau lawan jadi kawan. Payah untuk kita faham ketinggian ilmu mereka ini.

Orang dalam perniagaan sebenarnya kena berhati-hati sama ada dengan rakan kongsi, pemegang saham, peguam, ahli bank, pelanggan dan sesiapa saja yang dia ada berinteraksi dalam urusan harian.

Kadang-kadang pesaing kita menggunakan pelbagai cara jahat untuk menguasai, guna wanita, duit dan kemudian diperas ugut dengan pelbagai ancaman.

Jangan simpan dokumen penting kita di suatu tempat sahaja. Yang penting mungkin disimpan dalam peti simpanan di bank dan tidak sekali-kali dalam komputer.

Apa yang dihantar atau terima melalui e-mel dan sms - kalau tentang perniagaan berhati-hati. Sekarang e-mel boleh diceroboh, mesej pesanan ringkas boleh dibongkar oleh seseorang kalau dia ada orang dalam syarikat telekomunikasi.
Kemajuan teknologi komunikasi hari ini ada baiknya dan ada buruknya juga. Jangan meletakkan terlalu tinggi kepercayaan kepada alat-alat komunikasi hari ini tanpa sebarang langkah perlindungan sekiranya berlaku sesuatu yang buruk.

DATO' SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

Kredit : Utusan Malaysia, 6 Mac 2010



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-1-2012 03:44 PM | Show all posts
my husband baru aje bersara..
plan dia, kembali ke school..
faraway1 Post at 20-1-2012 20:42



   Terkenang yang tulus, yang kudus

Saranan Salleh


ANTARA detik-detik sejarah yang tidak dapat saya lupakan ialah keruntuhan saham syarikat Pan Electric yang diperdagangkan di kedua-dua bursa saham Kuala Lumpur dan Singapura pada 1985.

Keruntuhan yang membawa bersamanya beberapa anak syarikat lain ialah milik bekas Presiden MCA ketika itu, Tan Koon Swan. Sebab utama kejatuhan itu ialah suatu skim yang dipanggil "kontrak hadapan" iaitu penjualan saham pada jangka masa di hadapan pada harga yang ditetapkan hari ini dan apabila harga itu tidak tercapai, saham syarikat itu jatuh seperti domino.

Jawatankuasa Bursa Saham memanggil Koon Swan. Saya tidak boleh lupa rayuannya kepada Ahli-Ahli Jawatankuasa tersebut. Kejatuhan itulah titik permulaan kejatuhan politiknya juga.

Ketika itu, kedua-dua bursa saham tidak ada sistem amaran awal yang boleh mengesan sebarang salah laku di pasaran.
Selepas itu bukan sahaja kedua-dua bursa menubuhkan Jabatan Amaran Awal malah Akta Perindustrian Sekuriti dimuatkan dengan peruntukan tambahan 87A yang mengharamkan kontrak hadapan.

Suatu lagi sejarah yang sukar dilupakan ialah apabila kesemua Ahli Jawatankuasa Bursa Saham yang dipengerusikan oleh Datuk Nik Din Datuk Nik Yusof sekitar 1995, dipecat oleh Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Nik Din berehat di rumahnya di Perth, Australia ketika itu. Semua AJK tersebut tidak tahu kenapa mereka dipecat dan masing-masing segan hendak bertanya sebabnya kepada menteri berkenaan.

Saya berkali-kali menyuruh AJK tersebut bertanyakan Daim sebab mereka dipecat.

Majalah Far Eastern Economic Review yang gemar menerbitkan rencana menghentam Malaysia, menulis tentang pembuangan tersebut dengan kata-kata sindiran pedas.

Saya memberanikan diri untuk bertemu menteri dan mengajak kesemua AJK kecuali Pengerusi kerana bercuti, ikut sama. Menteri bersetuju berjumpa kami.

Saya memulakan pertanyaan dengan menyatakan kedatangan kami bukanlah untuk mempersoalkan keputusannya tetapi ingin tahu kenapa diberhentikan. Menteri mengatakan yang cadangan beliau untuk menyusun semula struktur keahlian AJK tersebut tidak dipedulikan.

Saya membalas dengan mengatakan yang cadangan bursa sudah dihantar kepada Setiausaha Jawatankuasa Terbitan Modal beberapa bulan sebelum itu.

Ketika itu, Tan Sri Sheriff Kasim ialah wakil Kementerian Kewangan di dalam Jawatankuasa Bursa Saham dan beliau menyokong kata-kata saya. Apa lagi, Setiausaha Jawatankuasa Terbitan Modal yang hadir di pertemuan tersebut terus pucat lesi.

Menteri berpuas hati yang perkara tersebut bukanlah salah AJK Bursa. Tidak lama selepas pertemuan itu menteri pun melantik semula kesemua AJK berkenaan.

Saya kurang pasti sama ada Pengerusi sedar siapa yang mengembalikan maruah AJK tersebut kerana beliau tidak berkata apa-apa kepada saya tentang perkara itu.

Saya juga pernah dituduh mempersoalkan kuasa Pengerusi dan digantung tugas selama seminggu untuk disiasat oleh HRM, sebuah syarikat perunding, sama ada saya melanggar sebarang peruntukkan huraian tugas saya.

Siasatan mendapati tidak ada unsur-unsur pencabulan atau pelanggaran, sesuatu yang dilakukan semata-mata hendak memburukkan nama saya.

Saya juga pernah menerima satu surat yang kandungannya akan mengejutkan sesiapa sahaja dengan tuduhan yang tidak berasas dan kata-kata yang tidak wajar diluahkan. Surat itu saya simpan sehingga kini sebagai kenang-kenangan. Surat itu saya anggap sebagai "politik korporat".

Walaupun jelas ada masa-masanya hubungan saya dengan Pengerusi agak tegang, ia tidak menjejaskan perkembangan Bursa Saham. Saya lihat kembali segala-galanya dan saya mencapai keputusan yang pendekatannya dengan saya ada perbezaan walaupun hala tujunya ada persamaan.

Sejak mula Bursa Saham dibentuk sebagai syarikat tanpa modal menurut jaminan dan badan utamanya ialah jawatankuasa dan bukan lembaga pengarah. AJKnya terdiri daripada broker saham yang dipilih semasa mesyuarat agungnya. Ia bergerak seperti sebuah kelab eksklusif sehingga Kementerian Kewangan memasukkan wakil-wakilnya.

Di awal penstrukturan jawatankuasa itu, Tan Sri Ramon Navaratnam yang merupakan Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Kewangan menjadi wakil kementerian.

Saya juga ingat Tunku Naquiddin Tuanku Ja'afar dan Datuk Munir Majid (sekarang Tan Sri) pernah menjadi wakil-wakil bebas dilantik oleh menteri. Munir kemudian dilantik menjadi Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti. Tan Sri Sherif Kassim juga pernah menjadi wakil kementerian.

Satu perkara yang saya amat terkilan ialah apabila cadangan - sekitar 1994 - untuk melakukan usaha sama dengan Bloomberg, sebuah syarikat penyebar maklumat kewangan antarabangsa, ditolak oleh Jawatankuasa Bursa Saham.






Bloomberg ketika itu baru sahaja mula bertapak dan ingin melebarkan sayap mereka.

Saya memikirkan satu-satunya usaha sama dalam bentuk penyebaran maklumat kita kepada pelanggan mereka yang terdiri daripada pengurus dana, penganalisis dan pengamal industri sekuriti dunia akan memberikan pendedahan yang meluas kepada pasaran kita. Mereka tentu sekali akan "menjual" pasaran kita kepada beratus-ratus ribu pelanggan mereka di seluruh dunia dan semakin bertambah.

Pemiliknya, Michael Bloomberg yang kini Datuk Bandar New York sendiri datang berjumpa saya untuk menyokong penubuhan usaha sama tersebut. Beliau begitu teruja dengan cadangan tersebut.

Malangnya pihak AJK menganggap usaha itu akan merompak perniagaan mereka. Bayangkanlah kalau hari ini kita ada usaha sama dengan Bloomberg, satu-satunya syarikat penyampai maklumat pasaran terkenal, mempunyai stesen televisyen sendiri. Pasaran saham kita tentu sekali akan lebih bertenaga.

DATO' SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia).

Kredit : Utusan Malaysia Online, 30  Mei 2009  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2012 09:03 PM | Show all posts
Dulu lain sekarang lain

KALAU diamati perubahan di sekeliling kita, nescaya kita akan terkejut dengan apa yang berlaku sekarang.

Dulu anak-anak minum susu ibu, sekarang ramai anak minum susu lembu. Dulu anak perempuan tidak boleh bebas, sekarang jumpa bayi dalam tandas.

Dulu 'jahat-jahat' anak muda, kacau anak dara balik mengaji; sekarang mat rempit dan bohsia menjadi-jadi.

Dulu guru didik anak murid macam anak sendiri, kalau nakal atau main-main kena pukul kena ketuk ketampi, balik rumah kena rotan lagi. Sekarang kalau anak murid kena jentik, guru sekolah akan kena 'titik'.

Dulu guru ramai yang tinggi hemah, sekarang guru ada yang hisap dadah dan moral rendah. Dulu budaya Timur jadi panduan, sekarang budaya Barat habis-habisan jadi tiruan, lelaki bersubang bertatu di badan.

Dulu dalam politik tolak menolak jawatan, sekarang cari tok cak, tok batin, tok sami dari sini sampai sempadan.

Dulu suasana politik negara stabil, sekarang dah nampak kucar-kacir. Dulu pembangkang sikit sangat, sekarang pembangkang riuh dan gamat.

Dulu semua negeri bawah Barisan, sekarang lima negeri di bawah Pakatan. Dulu fitnah tersebar dengan surat layang, sekarang ada blog, Internet, sms dan video pun tak kurang.

Dulu sebelum kahwin merisik, bertunang dan nikah, sekarang belum kahwin duduk sekali dah. Dulu yang buat perangai luar tabii sembunyi-sembunyi. Sekarang apa orang kata, dia orang tak peduli, ada kelab gay lagi.

Dulu mak bapa yang dah tua dijaga, sekarang mak bapa dihantar ke rumah orang tua.

Dulu tak ramai orang kita belajar di luar negeri, sekarang sudah ramai yang balik lupa diri.

Dulu hendak dapat biasiswa, kalau suruh sembah pun sanggup sembah, sekarang dah dapat ijazah penjamin yang susah.

Dulu orang Melayu ada P.H.D (perangai hasad dengki), sekarang pun masih tebal P.H.D.

Dulu Aceh kena langgar tsunami, sekarang kita kena selesema babi.

Dulu doktor gaji rendah, sekarang doktor masih lagi rendah. Dulu kebanyakan kita fasih bahasa Inggeris, sekarang ramai yang tak boleh.

Dulu ada dua tiga saluran tv, sekarang lebih 80 saluran disaji. Dulu pelajar rajin ulang kaji, sekarang tercongok depan tv.

Dulu filem Melayu hitam putih tetapi tinggi kualiti, sekarang nak cari yang berjenis susah sekali.

Dulu drama berbentuk bangsawan, sekarang drama penuh cerita tahyul dan syaitan.

Dulu para artis payah nak cari makan, sekarang ramai lumayan pendapatan.

Dulu orang Melayu ketinggalan ekonomi, sekarang orang Melayu masih ketinggalan di sana sini. Orang dah jauh sampai ke bulan, kita masih lagi "Engkau laksana bulan".

Tiga puluh tahun dulu gaji mula akauntan dua ribu, sekarang pun masih dua ribu. Tiga puluh tahun dulu rumah teres dua tingkat di Taman Tun Dr. Ismail harga RM60,000, sekarang harga dekat RM500,000.

Tiga puluh tahun dulu ekonomi kita lebih kurang sama dengan Taiwan, Korea dan Singapura, sekarang kita bukan lagi Asian Tiger. Dulu paras gaji kita sama mereka, sekarang kita dah ditinggalkan mereka.

Dulu Amanah Saham Nasional orang Melayu yang beli, sekarang orang Melayu tak larat nak beli. Dulu ada Bank Bumiputera sekarang yang ada Kelab Golf Rahman Putra.

Dulu duit kita dua ringgit setengah satu dolar Amerika, sekarang duit kita tiga ringgit setengah satu dolar Amerika.
Dulu orang Malaysia membeli-belah di Singapura, sekarang orang Singapura membeli-belah di sini pula.

Dulu rasuah adalah juga, sekarang ini sudah berleluasa. Sudah 52 tahun kita merdeka, masih ada kemiskinan tegar, Pasar Chow Kit tak bertukar.

Dulu sungai-sungai kita boleh mandi, sekarang semua dah dicemari.

Dulu kita banyak tanam padi, sekarang kita banyak import padi. Dulu terbongkok-bongkok kita tanam padi, sekarang pun masih terbongkok-bongkok tanam padi.

Dulu anak petani mahu kerja di sawah, sekarang buruh Siam yang jadi mewah.

Dulu pekerja asing adalah juga, sekarang dia orang dah melambak-lambak.

Dulu anak-anak muda rajin mengaji, sekarang anak-anak muda ramai yang ambil ekstasi.

Dulu di universiti ramai pelajar lelaki, sekarang entah ke mana pergi. Dulu pelajar asing datang nak belajar, sekarang dah banyak aktiviti luar.

Dulu dapat pink form jadi kaya sekelip mata, sekarang banyak kemudahan dah tak ada. Dulu pengerusi sini pengerusi sana, nama ada saham orang lain punya, sekarang pengerusi tak ada, saham pun tak ada.

Dulu tak ada duit ceti jadi payung, sekarang tak ada duit pergi jumpa ah long.

Dulu eksport jadi sandaran, sekarang yang penting ilmu pengetahuan. Dulu hasil keluaran bernilai rendah, sekarang kenalah tingkatkan nilai tambah.

Dulu orang Melayu tak pandai berniaga, sekarang banyak pula skim cepat kaya.

Dulu orang guna mesin taip lagi, sekarang orang dah guna PC. Dulu telefon bimbit berat nak angkat, sekarang seorang ada tiga dan empat.

Dulu jalan mana-mana pun selamat, sekarang silap haribulan beg tangan kena rembat. Dulu halal haram orang tak kisah sangat, sekarang sijil palsu 'Halal' pun orang buat.

Dulu Islam lalui zaman gemilang, para ilmuwan begitu terbilang. Sekarang umat Islam dah tinggal belakang, meletupkan diri untuk berjuang.

Dulu kita disuruh "Bekerja dengan Saya", sekarang konsep 1Malaysia. Dulu ramai pejuang bangsa, sekarang di mana mereka berada?

DATO' SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)

Kredit : Utusan Malaysia,  8 Ogos 2009
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2012 05:45 PM | Show all posts
Teori mmg mudah Bill... hakikatnya dln hidup ni kdg2 kita tak diberi pilihan.... terpaksa! Dah byk co aku keje, dr design, construction, pastuh masuk sales,buat development kendian last2 dah ini jek peluang, aku buat sales balik.... biler ko buat sales tuk pasaran luar, keje outstation ajork... masa dgn family limited tp pulangannya berbaloi.... so nk tak nak terpaksa gak abaikan skit keluarga..... mujur isteri memahami & berilmu, blh diharap didik anak2, solat dorg, pelajaran dorg.... sesekali aku monitor bila cuti, tp hubungan dgn anak2, sib baik ada skype, blh borak & videocam..... sebulan kurang 21 hari aku jumpa anak2 aku & keluarga... what to do, dh keje gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2012 06:01 PM | Show all posts
TT, aku benci nak baca apa ko tulis, semua artikel main kopi pes jek:@
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.090094 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list