|
‘Tak guna dapat gol ke-100 jika Selangor tewas’ \rBARISAN pemain Selangor menjanjikan kebangkitan pada aksi keempat Liga Super menentang Sarawak di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini – empat hari selepas mereka dikejutkan FELDA United 0-1, Selasa lalu.\r\n\n\n\n\r Kapten Selangor, Amri Yahyah berkata, dia tidak terlalu mengutamakan misi peribadi memburu gol ke-100 bersama Selangor pada hari lahirnya ke-31, hari ini, sebaliknya kemenangan pasukan lebih penting.\r\r\n\n\n\n\n “Memang saya rasa lebih bersemangat menjaringkan gol pertama musim ini dan gol ke-100 untuk Selangor sejak 2001, esok (malam ini). Tapi tak guna dapat gol itu jika Selangor tewas kepada Sarawak.\r“Tiada tekanan, cuma harap rakan-rakan lain ambil iktibar kekalahan kepada FELDA United. Kita jangan ambil mudah lagi dan perlu memberi lebih tumpuan bermula perlawanan ini,” kata Amri ketika dihubungi, semalam.\rBagi pemain sayap kanan, Amirulhadi Zainal, 26, dia berjanji tidak mahu mempersiakan peluang terhidang bagi meledak gol, malam ini, kerana kemenangan ke atas Sarawak penting mengembalikan momentum kemenangan buat Selangor.\r“Walaupun baru tewas, moral dan mental kami tak luntur. Malah kami mahu buktikan kemampuan sebenar. Kami memang sering dapat mencipta banyak peluang, cuma tak dapat diterjemahkan ke dalam gol. Itu yang cuba kami perbaiki.\r\n\n\n\rSelepas tiga perlawanan, hanya Amirulhadi dan kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim menjadi penyumbang gol buat Selangor setakat ini.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|