CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 173|Reply: 0

Wanita 2 alat sulit tolak berlakon lucah

[Copy link]
Post time 22-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Hazel Jones tak berminat tawaran RM3.1 juta\rLOS ANGELES: Seorang wanita yang dilahirkan dengan dua saluran faraj dan mendapat perhatian industri filem lucah, tidak pernah terfikir untuk menerima sebarang watak dalam filem sebegitu.\r\n\n\n\n\rKetika muncul dalam rancangan televisyen awal minggu ini, Hazel Jones mendedahkan dirinya memiliki ‘uterus didelphys’, merujuk kepada keadaan dua rahim dan dua serviks.\r\r\n\n\n\n\nWanita berusia 27 tahun itu didekati syarikat Vivid Entertainment, sebuah syarikat produksi filem dewasa Amerika Syarikat.\rMengakui terkejut, wanita berambut perang berasal dari High Wycombe, menegaskan akan menolak sebarang tawaran seumpama itu.\rMenurut rancangan This Morning, Jones memberitahu: “Saya tidak pernah terima apa-apa tawaran seperti itu mahu pun melakukannya pada masa depan. Jangan ganggu saya.”\rJones memberi reaksi itu selepas pengasas Vivid, Steven Hirsch, menulis sepucuk surat kepadanya menawarkan AS$1 juta (RM3.1 juta) untuk membintangi satu daripada filemnya, lapor TMZ.com.\r\n\n\n\rDalam surat itu, Hirsch menulis: “Anda jelasnya seorang wanita luar biasa dan saya mahu menjadikan anda seorang bintang untuk membintangi satu daripada produksi akan datang Vivid.\r“Kami akan membayar anda sehingga AS$1 juta untuk perkhidmatan anda.” \rHirsch juga berjanji untuk membayar tambang dan kemudahan oleh kerana filem itu akan dilakukan di sini.\r“Kami akan bawa anda ke Los Angeles sebaik saja anda setuju dan memberi anda kemudahan kelas pertama,” katanya.\rSeorang jurucakap Vivid mengesahkan tawaran itu dengan berkata: “Memang benar. Steven membuat tawaran kepada Hazel Jones.”\rVivid menjadi studio pertama memperkenalkan pita seks selebriti, menunjukkan rakaman Pamela Anderson dan suaminya ketika itu, Tommy Lee serta Kim Kardashian. Jones belum memberi maklum balas terhadap tawaran itu.\rJones memberitahu rancangan This Morning terbitan ITV, dia selesa walaupun mempunyai keadaan luar biasa itu, walaupun  terpaksa kehilangan dara sebanyak dua kali.\r“Sebaik saja saya tahu keadaan itu, saya beritahu semua orang.\r“Saya fikir ia menakjubkan dan sudah pasti mengejutkan jika berada dalam parti,” katanya kepada hos televisyen, Holly Willoughby dan Phillip Schofield.\rBeliau menambah: “Jika wanita mahu melihatnya, saya agak gembira menunjukkan kepada mereka, ia bukan sesuatu yang memalukan buat saya.”\rJones pergi mendapatkan rawatan doktor selepas teman lelakinya memberitahu dia ‘rasa berbeza’ mengenai kemaluan wanita itu. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.896224 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list