|
PENUBUHAN Persatuan Jurulatih-jurulatih Olahraga Malaysia (MTFCA) bukan bertujuan untuk membelakangi atau bersaing dengan pihak tertentu yang turut bertanggungjawab dalam membangunkan sukan olahraga di negara ini.\rSebaliknya, Presiden MTFCA Musa Noor Mohd berkata persatuan baru itu sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak dan terbuka kepada sebarang cadangan demi kepentingan bidang kejurulatihan sukan itu.\r\n\n\n\n\r MTFCA adalah badan bertujuan mengumpul, memantau dan menilai prestasi jurulatih olahraga di negara ini serta mendapat sokongan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dan Majlis Sukan Negara (MSN).\r\r\n\n\n\n\n “Bagi mencapai objektif persatuan, kami sedia meneliti sebarang cadangan mana-mana pihak demi kepentingan sukan olahraga,” katanya yang dilantik sebagai presiden pada mesyuarat agung pertama persatuan itu di Dewan Komanwel, MSN, Bukit Jalil, semalam.\rSelain presiden, turut dilantik Timbalan Presiden, Mohd Manshahar Abdul Jalil, tiga naib presiden yang terdiri daripada Mejar Mazlan Abdul Malik, bekas atlit negara S Muthiah dan Lau Chin Meng serta sembilan ahli jawatankuasa.\rSementara itu, wakil Pengarah Bahagian Atlit MSN, Shapawi Ismail berkata penubuhan MTFCA satu perkembangan baik untuk olahraga.\r“MSN mengalu-alukan persatuan sebegini. Selain menjadi platform menjaga kebajikan jurulatih, sebarang pendapat atau luahan masalah (daripada mereka) dapat diutarakan menerusi saluran yang betul,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|