View: 1622|Reply: 4
|
Menara Big Ben di London condong
[Copy link]
|
|
Bangunan jam Big Ben (kanan) di London kelihatan dalam gambar yang dirakamkan pada Isnin lalu.
LONDON, Britain - Menara jam yang terletak di Istana Westminster dan digelar Big Ben didapati condong manakala media tempatan kelmarin melaporkan bangunan Parlimen Britain pula semakin mengelincir ke dalam Sungai Thames di sini.
Menara setinggi 96 meter itu yang menjadi mercu tanda bandar raya ini didapati condong sekitar 46 sentimeter ke kiri puncaknya.
Perkembangan membimbangkan itu mendorong suruhanjaya Dewan Perwakilan yang bertanggungjawab menyelia bangunan Parlimen dan kawasan sekitarnya sejak kurun ke-19 mengadakan satu pertemuan pada Isnin depan bagi membincangkan isu tersebut.
Media tempatan melaporkan suruhanjaya berkenaan akan membincangkan laporan juruukur yang mencadangkan anggota-anggota Parlimen berpindah manakala kerja-kerja membaiki kerosakan tersebut dianggar mencecah £1 bilion (RM4.8 bilion).
Namun, seorang jurucakap suruhanjaya itu menafikan terdapat laporan juruukur manakala pertemuan tersebut diadakan bagi menubuhkan satu kumpulan untuk menyelidik proses membaiki dan menyelia bangunan tersebut pada masa panjang.
Jurucakap berkenaan turut memberitahu, bangunan tersebut dipercayai condong sejak ia dibina pada tahun 1859.
Mengulas tentang isu sama, seorang pakar pembinaan pula berkata, perkara tersebut tidak membimbangkan kerana ia mengambil masa 1,000 tahun sebelum Big Ben condong pada sudut yang menyebabkan menara berkenaan berisiko untuk tumbang. - Reuters |
|
|
|
|
|
|
|
Mahalnye nak repair kerosakan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Menara Teluk intan condong tak heran pun |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak mcm shoot guna wide lens. Mmg la nampak condong. |
|
|
|
|
|
|
| |
|