CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 139|Reply: 0

Pilihan raya tentukan nasib Dinasti Gandhi

[Copy link]
Post time 27-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Dakwaan rasuah, salah guna kuasa jejaskan imej RahulNEW DELHI: Lima negeri di India akan mengadakan pilihan raya Sabtu ini, sekali gus bakal menguji reputasi parti pemerintah selain penilaian terhadap kewibawaan pemimpin mudanya Rahul Gandhi.\n\n\n\n   Gandhi, putera dinasti politik Nehru-Gandhi yang mendominasi India bagi kebanyakan tempoh pasca kemerdekaan, mengambil peranan utama ketika berkempen dalam pilihan raya.\n\n\n\n\n\n   Beliau merentasi negeri paling penting pilihan raya yang juga tempat kawasan parlimennya, Uttar Pradesh (UP) selain negeri jiran, Uttarakhand dan timur laut Punjab.Di setiap negeri, pemimpin berusia 41 tahun itu diwar-warkan  bakal menjadi Perdana Menteri, melakukan yang terbaik untuk menjual parti Kongres selepas reputasinya dirosakkan  di peringkat nasional dengan tuduhan rasuah dan salah pengurusan.Penganalisis politik, Uday Bhaskar berkata, jika pewaris masih yang bujang itu mampu memperbaiki persembahan buruk partinya dalam pilihan raya UP  pada 2007, beliau boleh mengharapkan  satu suntikan baru politik negara ini.“Rahul Gandhi sedang diuji, namun    jika beliau berupaya menghayun UP, beliau akan disorak,” kata pengarah Yayasan Maritim Nasional, kumpulan pemikir berpusat di sini.\n\n\nNamun, parti Kongres, yang seiring dengan pergerakan kemerdekaan negara itu, kini terpaksa menyaksikan dominasinya di seluruh negara semakin terhakis manakala parti peringkat wilayah semakin menunjukkan kekuatan.Satu daripadanya, Parti Bahujan Samaj, parti golongan kasta rendah pimpinan Ketua Menteri Mayawati, memberi gambaran itu pada 2007, apabila beliau berkuasa di UP dengan mengeksploitasi penyokong di kalangan penduduk kasta Dalit, kasta paling rendah.“Dalam semua pilihan raya masa lalu kami, UP memberi gambaran pengaruh besar dalam pembentukan kerajaan. Ia sentiasa memberi lebih banyak keseronokan berbanding mana-mana negeri lain,” kata KC Sivaramakrishnan, pengerusi kumpulan pemikir Pusat Dasar Penyelidikan.Namun kejayaan undian negeri bukan bermula di UP, di mana pengundian pelbagai peringkat bermula 8 Februari, namun jauh di jajahan timur laut dipinggir yang terletak antara Bangladesh, Myanmar dan China.Pengundi di negeri miskin, kadang kala bergolak dan dipenuhi tentera di Manipur akan keluar mengundi Sabtu ini, dengan Kongres hampir pasti melanjutkan pemerintahannya selepas menang semua pilihan raya di sana sejak 1984. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.935011 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list