CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 133|Reply: 0

Nikah, kenduri di masjid

[Copy link]
Post time 1-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
1,000 tetamu diundang rai majlis Ana Raffali, Naim 25 FebruariTIADA lagi teka teki apabila penyanyi, Ana Raffali, mengesahkan akan melangsungkan pernikahan dengan sahabat baik yang juga rakan kongsi perniagaannya, Ahmad Aznaim Abdullah, 30, pada 25 Februari ini.\rAna atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah Mohd Raffali, 26, memilih melaksanakan urusan pernikahan dan kenduri kesyukuran di Masjid AlHidayah, Taman Melawati, berhampiran kediaman keluarganya.\r\n\n\n\n\rMajlis dimulakan pada jam 10.30 pagi dengan acara pertunangan, disusuli akad nikah sejam kemudian, yang bakal disempurnakan bapanya sendiri, Mohd Raffali Mohd Nor.\r\r\n\n\n\n\nAna berkata, keluarga kedua-dua belah pihak sepakat memilih tarikh berkenaan yang jatuh sehari selepas ulang tahun ke-30 bakal suaminya ketika mengadakan perbincangan pada Disember lalu. \r\"Kalau diikutkan, kami mahu mengadakan majlis ini bertepatan dengan hari lahir Naim kerana dia mahu menamatkan zaman bujangnya sebelum usia 30 tahun. Tetapi tidak mengapa, ia masih hari bermakna buat kami.\r\"Paling penting, saya mahu sahabat, sanak saudara dan tidak ketinggalan rakan media bersama-sama pada hari bahagia kami nanti,\" katanya pada sidang media di sini, semalam.\rPada majlis khas seperti dijanjikan kepada media, hadir sama keduadua ibu bapa bakal mempelai yang turut mengakui rancak membuat persiapan untuk meraikan pengantin dan menyambut kehadiran kirakira 1,000 tetamu.\r\n\n\n\rWalau berstatus selebriti, penyanyi yang popular dengan lagu Kalau Berpacaran itu memaklumkan lebih selesa bersederhana dalam segala hal, termasuk dalam urusan pernikahan.\r\"Lebih utama ialah melakukan perkara wajib, selain berpeluang melayani tetamu.\rBiarpun persiapan hanya dilakukan selepas Anugerah Juara Lagu (AJL) 26, seluruh ahli keluarga banyak membantu.\r\"Naim bukan hanya sahabat karib, malah teman jiwa saya yang menjadi pendorong semangat. Seperti saya, dia dan keluarganya juga lebih senang bersederhana,\" katanya lagi yang memilih busana pengantin rona kelabu. \rMengulas lagi hari bersejarahnya, pihak perempuan akan menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan, namun jumlah wang hantaran belum ditentukan.\rTerdahulu, majlis pengumuman itu lebih bermakna apabila Ana turut melancarkan single terbaru berjudul Lisa Jatuh Cinta, selain menayangkan klip video memaparkan perjalanan percintaannya, sambil menyampaikan lagu.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.056680 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list