CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 14576|Reply: 49

Untold History : Sejarah Pouekida

[Copy link]
Post time 1-2-2012 11:54 AM | Show all posts |Read mode
Back in 2002. Taman Rinting.

Ade 2 group having their fun dlm satu pub cowboy.. then suddenly the brawl broke.  One party shouting in cantonese the other replied.. bunyiknye mcm pantun..

Those in south familiar dgn bunyik2 ni... that fight between Sakongsa Singapore dgn Salakau faction JB..

NORTHERN ROOTS

Influence dinosorda ni berasal dari Utara.. Penang and Kedah mase zaman 1860's - 1900's.

Red and White Flag Society recruited few members from local natives.. even, taiko Melayu mase tu.. Syed Husin AlAttas mengahwinkan anaknye dgn anak perempuan taiko kongsi and become prominent leader in Red Flag Society..

Dulu takde sticker2 nk tampal kt kereta kuda... so.. dorang bikin password / pantun utk territory dorang yg mengatakan dorang ni hebat2.. :

Gangster Kampung Melaka

Gangster Jalan Baru

Gangster Mukim Kelawai

Gangster Tanjong Tokong

Gangster Bagan

Gangster Tanjung Tokong

Gangster Tanjung Bunga

Gangster Mukim Kelawai

Gangster Teluk Ayer

err.. nanti la aku sambung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2012 01:19 PM | Show all posts
Gangster Tanjung Tokong kat penang ka? Hang terpost dua kali  tu..
edit- owh aku tak perasan ejaan berbeza jadi tempat berbeza la noh.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2012 01:22 PM | Show all posts
lorrr... msh x fhm lg apa citer ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2012 08:56 PM | Show all posts
lorrr... msh x fhm lg apa citer ni.
alzan Post at 1-2-2012 13:22



    sejarah PEKIDA kot, yg kononya pelindung org melayu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2012 09:25 PM | Show all posts
sejarah PEKIDA kot, yg kononya pelindung org melayu...
oni313 Post at 1-2-2012 20:56
PENGKIDa  banyak jahat ma. Pukul cina
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2012 09:39 PM | Show all posts
asal Kulim (sebab aku orang Kulim) asal usulnya sebagai '' Khairat Kematian ''
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2012 09:45 PM | Show all posts
Kongsi Gelap Melayu Di Negeri-Negeri Utara Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu 1821-1940-an



Oleh : Mahani Musa

Pengulas : DAYANG MARSYA





DI PALU PALU GENDANG TENTERA

TANDA BERBAKTI PERJUANGAN KITA

DI ALU ALU RESAM BERSAUDARA

DULU BENDERA KINI TIGA




KEMUNCULAN kongsi gelap Melayu yang paling awal di Tanah Melayu dikesan di Pulau Pinang pada pertengahan abad ke-19.

Tinjauan awal tentang kewujudan dan kegiatan kongsi gelap yang dinamakan Bendera Merah dan Bendera Putih telah dibuat oleh pegawai-pegawai British yang pernah berkhidmat di negeri itu.

Malah, kumpulan berkenaan dirumuskan oleh British hanya sebagai persatuan kampung yang ditubuhkan oleh ketua-ketua kampung yang berpengaruh bagi tujuan memulau musuh, mencari bantuan guaman bagi membantu ahli-ahli yang menghadapi masalah dengan pihak polis dan sebagainya.

Istilah kongsi gelap dalam situasi sejarah sosiol bangsa Malaysia lazimnya sinonim dengan masyarakat Cina yang dibawa masuk sebagai tenaga buruh oleh penjajah British.

Perihal kongsi gelap Cina di Malaya (ketika itu) sehingga selepas kemerdekaan lebih diketahui kerana ia menjadi bahan pemerhatian atau penyelidikan oleh residen-residen British yang ditugaskan di sini.

Penulisan mengenai kongsi gelap Cina di negara-negara selat atau secara ringkasnya Malaya boleh disifatkan meluas kerana British cenderung membuat perbandingan kes dengan jajahan takluk mereka lain di Hong Kong, Macau dan Singapura terutamanya, ketika itu.

Keadaan ini berbeza dengan kongsi gelap Melayu, entiti ini tidak banyak diketahui atau menjadi bahan tulisan dalam buku. Ini berkait rapat dengan apa yang dirumuskan oleh Mahani Musa dalam buku ini, bahawa British tidak berminat mencampuri hal ehwal orang Melayu.


British mencari jalan mudah dengan menyerahkan hal ehwal orang Melayu atau pribumi kepada raja-raja Melayu, sejajar dengan dasar pecah dan perintah British yang merangkumi adat istiadat dan hal-hal berkaitan agama Islam.


``Alasan lain terhadap kekurangan minat ini ialah tanggapan biasa bahawa kegiatan tersebut lebih sinonim dengan masyarakat Cina atau dalam perkataan lain, kongsi gelap bukanlah budaya orang Melayu.



Ekstrem

``Dengan tanggapan sebegini tidak wujud satu desakan di kalangan pelajar dan pengkaji sejarah untuk meninjau aspek ini walhal pada hakikatnya gejala berkomplot sulit bukanlah asing dalam kehidupan sosiopolitik orang Melayu sejak zaman-berzaman.


``Budaya berkomplot sulit ini bukan sahaja kelihatan di kalangan kaum lelaki malah juga kaum wanita. Sejarah Melayu, misalnya, memperihalkan beberapa kisah penglibatan wanita golongan kerabat dalam intrik politik di istana terutamanya berhubung pemilihan bakal sultan.

Lantaran itu, perihal kongsi gelap dalam sosiobudaya orang Melayu tidak langsung disentuh waima dalam buku sejarah di peringkat sekolah menengah di negara ini.

Seingat pengulas, paling dekat perkaitan orang Melayu dengan kongsi gelap hanyalah sebagai sahabat pakatan kongsi gelap Cina dalam Perang Larut atau perang antara pemilik lombong di Perak.


Itu pun, gengster Melayu tidak disebut sebagai anggota kongsi gelap, sekadar orang-orang raja tertentu yang memihak kepada kongsi Ghee Hin atau Hai San.


Faktor ini menjadikan kajian Mahani Musa ini, merupakan pembuka mata mengenai asal usul dan perkembangan kongsi gelap Melayu di bahagian utara Semenanjung Tanah Melayu antara tahun 1821 dan 1941.



Mengapa hanya di negeri utara dan bukan seluruh Semenanjung?

Jawapannya mudah, aktiviti ekonomi dan fokus British ketika itu, sememangnya di wilayah utara dengan Pulau Pinang dan Perak menjadi pintu masuk kepada generasi awal buruh import dari India dan China yang turut membawa elemen kongsi gelap masing-masing. Manakala Kedah dijajah oleh Siam yang diwakili Raja Ligor, seorang Siam berketurunan Cina dan menggunakan elemen kongsi gelap Cina dalam sistem pemerintahannya dan menangani penentangan nasionalis Melayu.

Mahani, pensyarah sejarah di Universiti Sains Malaysia mendedahkan kepada beberapa pertubuhan yang memiliki beberapa sifat tersembunyi daripada yang diisytiharkan kepada British, selaku kerajaan ketika itu.

Paling ekstrem ialah kumpulan Bendera Merah dan Bendera Putih di Pulau Pinang, Perak dan Kedah.

Menurut Mahani, kongsi gelap Melayu bermula sebagai persatuan kebajikan dan keagamaan, tetapi kemudian ada persatuan yang mengubah bentuk kegiatan mereka menjadi kegiatan berbau jenayah.

Profil ini sama dengan sejarah-sejarah awal kemunculan pertubuhan jenayah di lain-lain tempat di muka bumi ini seperti mafia di Sicily (untuk membela nasib penduduk tempatan daripada penindasan penjajah) dan triad di China (sebagai gerakan bawah tanah untuk menumpaskan maharaja yang dibenci).

Mujurlah entiti bendera-bendera dalam masyarakat Melayu berjaya dilupuskan dan tidak membentuk sebagai suatu igauan buruk kepada rakyat Malaysia hari ini seperti yang mencengkam Itali akibat kesuburan aktiviti mafia. Sisa-sisa aktiviti gengster Melayu Bendera Merah dan Putih di Pulau Pinang tidak mungkin Bukit Bendera.

Mahani menyorot kegiatan dua kelompok yang bertentangan ini dalam setiap acara persembahan boria, perayaan Muharam dan kegiatan kelab-kelab bola sepak.

Sebagai sebuah kajian ilmiah, Mahani mengetengahkan kajiannya daripada manuskrip silam, catatan pegawai British atau Syarikat Hindia Timur British dan juga kajian kontemporari daripada Prof. Khoo Kay Kim dan Zainal Jusoh dari Universiti Malaya.

Bagi pengulas, kajian Mahani terhadap topik yang sangat kurang ditemui dalam media popular ini adalah begitu menyegarkan dalam usaha mengkaji perihal sikap dan kecenderungan orang Melayu di zaman penjajahan sehinggalah ke hari ini.



Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2012 09:47 PM | Show all posts
Keterlibatan Orang Melayu-Muslim dalam Persatuan Sulit di Pulau Pinang Sejak Abad Ke-19


Mahani Musa
Universiti Sains Malaysia




Pengenalan


Kajian ke atas keterlibatan orang Melayu-Muslim  di Pulau Pinang di dalam kegiatan berbentuk bawah tanah sejak abad ke-19 membawa kita kepada senario sebenar permasalahan yang dihadapi, dan diwujudkan  oleh sebuah kerajaan asing yang baru bertapak  dan juga masalah yang bersifat dalaman dalam komuniti itu sendiri.   Sifat  sebenar kerajaan awal yang dibentuk pada  1786 yang melihat orang Melayu  hanya layak melakukan kerja-kerja  Pembersih hutan untuk kesenangan warga lain meneroka peluang ekonomi yang bakal menguntungkan orang Barat  sebenarnya terbawa-bawa dalam pentabdiran berikutnya  dalam menangani isu-isu yang  berkait dengan masyarakat beragama Islam di negeri itu.  Akhirnya  perkara-perkara yang sangat jelas memerlukan campurtangan dan pemerhatian kerajaan diserahkan sepenuhnya kepada ketua-ketua orang Melayu yang dilantik.

Dengan meneliti senario ini kita akan lebih memahami mengapa kerajaan tidak begitu memberi perhatian terhadap kewujudan Persatuan-persatuan Kling yang sering bergaduh  yang disebut dengan  tanpa nama di dalam dokumen  kerajaan dan akhbar tempatan.  Mereka dianggap sebagai kelompok pinggiran bagi kepentingan British.  Orang Melayu, misalnya, seringkali dilihat sebagai bangsa pemalas  3 orang buruh Cina  disamakan denggan 5 orang buruh Melayu atau India.   Dengan tanggapan sebegini orang Melayu-Islam dibiarkan diuruskan oleh ketua masing-masing dan kurang mendapat perhatian kerajaan kecuali yang kaya raya seperti Tengku Syed Hussain, keturunan diraja Arab daripada Acheh yang sangat dialu-alukan kedatangannya  bersama-sama  kaum kerabatnya ke Pulau Pinang pada 1792.  Tengku Hussain diterima baik kerana beliau merupakan peniaga rempah yang utama di antara Acheh dan Pulau Pinang.   

Namun begitu cabaran terbesar kerajaan asing ini muncul berikutan meletusnya satu rusuhan besar di Pulau Pinang pada 1867 yang melibatkan pergabungan yang diluar jangkaan di antara  kongsi gelap Melayu dan kongsi gelap Cina yang aktif di Pulau Pinang waktu itu.  Peristiwa Rusuhan ini merupakan satu tamparan hebat kepada kerajaan yang akhirnya mendedahkan beberapa kelemahan di pihak kerajaan sendiri.  Antara lain, ia menonjolkan kesan buruk dasar pecah perintah Sharikat India Timur Inggeris (EIC).  Meskipun penempatan awal kelihatan sebagaimana  kehendak EIC, misalnya, orang Cina menghuni kawasan bandar dan bergiat dalam ekonomi perniagaan dan sebagai buruh mahir sementara orang Melayu asli samada yang sudah lama tinggal di Pulau Pinang sebelum kedatangan Francis Light  atau  yang datang dari Sumatera, menetap di luar bandar dan hidup sebagai petani dan bekerja kampung namun perhubungan di antara kelompok yang kelihatan terpisah dari segi penempatan ini tetap berlaku.  Selain daripada orang Cina,  orang India-Muslim, Jawi Pekan dan  keturunan Arab turut mendiami kawasan bandar.   Mereka juga merupakan golongan peniaga yang kaya dan berpengaruh.  Golongan Islam  yang tinggal di bandar ini akhirnya menjadi penghubung di antara orang Melayu-Muslim  di luar bandar dengan aktiviti di bandar.  

Selain daripada itu agama Islam turut menjadi ejen penyatuan yang penting.  Walaupun dari segi penempatan orang-orang Islam kelihatan terpecah tetapi hakikat bahawa mereka seagama menjadi penyatu yang penting.  Tambahan pula keperluan di tempat baru mewujudkan pergantungan antara satu sama lain malah melampaui batasan kaum.  Justeru itu yang terbentuk di Pulau Pinang sebenarnya adalah  satu masayarakat yang bersifat anjal dalam segenap aspek termasuk soal perkahwinan.   Perkahwinan campur yang akhirnya membentuk masyarakat baru seperti Baba, Jawi Pekan  dan keturunan Arab merupakan bukti penting perkara ini.

Rusuhan Pulau Pinang juga semakin mengesahkan kritikan orangramai terhadap kelemahan sistem pertahanan kerajaan.  Perkhidmatan polis, misalnya, seringkali dikritik bukan sahaja kerana kegagalan membendung kegiatan jenayah di negeri itu tetapi juga kerana diisi oleh orang-orang yang tidak berdisiplin malah turut terlibat dalam kegiatan jenayah termasuk kongsi gelap.     Masalah paling besar ialah bilangan polis yang tidak mencukupi untuk mengawal keadaan sehingga barisan pertahanan terpaksa dibawa daripada kawasan berdekatan.  Kerajaan juga membentuk barisan pertahanan yang terdiri daripada orang Eropah dan Eurasian untuk mengawal jalan dan lorong di kawasan bandar.  Gabungan kongsi-kongsi gelap yang terlibat kelihatan cukup lengkap sebagaimana  barisan pertahanan kerajaan.  Ia sebenarnya lebih berupaya daripada barisan pertahanan kerajaan kerana kongsi-kongsi Cina mempunyai bekalan senjata, bantuan kewangan dan tenaga pertahanan kecemasan yang adakalanya dibawa masuk dari luar Pulau Pinang.  Bantuan-bantuan  ini   ditaja oleh taukeh-taukeh kaya  yang kebanyakannya merupakan ketua kongsi gelap.

Kemunculan dan keterlibatan orang Melayu dalam persatuan-persatuan sulit juga berkait dengan masalah dalaman dalam komuniti itu sendiri.   Bilangan penghuni asal berbangsa Melayu di negeri itu sangat kecil.    Dengan pertambahan pesat  penduduk pelbagai bangsa  dari negara luar maka ia memberi satu  tekanan dan mengujudkan kecelaruan  dalam soal membina identiti bangsa dan budaya.  Identiti budaya apa yang harus mereka ikut apatah lagi dengan kemunculan masyarakat campur seperti Jawi Pekan, Baba dan Arab Peranakan.  Kecelaruan memilih identiti mana yang harus diikut sebelah bapa atau ibu, akhirnya memberi ruang kepada unsur dan budaya luar masuk dan bertapak kukuh di kalangan orang Melayu-Muslim di negeri itu.  Boria yang dianggap identiti budaya negeri tersebut, misalnya, bukanlah milik orang Melayu asal.  Ia terbentuk daripada percampuran budaya luar yang  diterima baik oleh semua kelompok Melayu-Muslim.  Permainan ini tidak dapat dibenteras dengan mudah oleh pihak berkuasa setelah mengetahui ia digunakan untuk tujuan kegiatan jenayah kerana kerajaan sendiri beranggapan ianya sebagai persembahan budaya yang harus dibenarkan.  

Selain itu budaya ikut-ikutan jelas terlihat dalam aspek kehidupan berbudaya dan beragama.  Orang-orang Melayu-Islam tidak keberatan mengikut cara orang Cina menubuhkan persatuan sulit dan juga tidak keberatan menyertai persatuan sulit Cina.   Dari segi beragama pula, mereka tidak keberatan menyambut perayaan Hindu seperti Duserrah seperti yang diamalkan di India sebagaimana lekanya orang yang beragama Hindu menyambut  Muharram.    Mereka tidak peka memilih ketua agama dan akhirnya menjadi pengikut guru agama yang terlibat dalam kegiatan kongsi gelap. Tuan Chee, pemimpin Bendera Putih dan  Che Long, ketua Bendera Merah semasa Rusuhan Pulau Pinang, misalnya, mengetuai jumaah masing-masing. Che Long misalnya, mengetuai jumaahnya  di Acheen Street yang seringkali dirujuk sebagai Kampong Che Long sebagai menandakan pengaruhnya di kawasan tersebut.  Beliau bukan sahaja kaya  malah juga disifatkan oleh seorang saksi dalam satu siasatan yang diadakan selepas Rusuhan Pulau Pinang sebagai merbahaya dan boleh mencederakan orang lain atau mengarahkan pengikutnya untuk berbuat demikian.   

Kedudukan Pulau Pinang sebagai negeri yang tidak beraja dan ketiadaan satu badan yang menguruskan hal ehwal umat Isam menyebabkan tidak ada unsur penyatuan di kalangan umat Islam. Orang-orang seperti Tengku Syed Hussain, kerana pengaruhnya yang kuat terhadap ekonomi dan hubungan baik dengan Francis Light, telah diberikan kebenaran bertulis  untuk membentuk dan menguruskan hal ehwal kaum keluarganya berdasarkan undang-undang dan peraturan mereka sendiri.  Kesemua kesalahan diadili mengikut undang-undang Islam dan kaum keluarganya dikecualikan daripada tindakan undang-undang British.   Ajaran-ajaran dari luar seperti sufi, tarikat Naqsyabandiah dan ajaran baru seperti Taslim yang diasaskan oleh  Haji Muhammad Matahari pada 1870 di Kampong Seronok, Bayan Lepas bergerak tanpa kawalan pihak berkuasa.   Keanjalan ini, beserta pergaulan dan persaingan ekoran kepesatan Pulau Pinang sebagai bandar kosmopolitan  menjadikan apa  sahaja kegiatan orang Melayu-Muslim terdedah kepada perubahan.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2012 09:48 PM | Show all posts
Kongsi Gelap Bendera Putih dan Bendera Merah

Keterlibatan orang Melayu-Muslim  dalam persatuan sulit boleh dilihat dalam 3 corak.  Corak yang paling awal ialah penyertaan dalam kongsi gelap Cina.  Meskipun cerita penyertaan orang Melayu sebagai ahli kongsi gelap Cina hanya diketahui pada 1850-an namun dipercayai  penyertaan itu sudah lama berlangsung.  Keterlibatan  ini didedahkan oleh J. D. Vaughan, Penguasa Polis di Pulau Pinang (1851-56) yang menemubual  seorang tuan haji yang pernah menyertai beberapa buah kongsi gelap Cina dengan kerelaan sendiri.  Vaughan juga melaporkan seorang penghulu pernah menyertai Ho Seng dan tindakannya itu diikuti oleh seluruh penduduk di kampungnya.   Tindakan ini didorong oleh ketaksuban yang melampau terhadap golongan yang berstatus tinggi di dalam kampung seperti penghulu, orang yang bergelar haji mahupun orang kaya dalam sesebuah kampung.  Corak yang kedua ialah menjadi ahli kongsi gelap Melayu semata-mata.  Dua kongsi gelap Melayu yang paling  awal  muncul di negeri itu ialah Bendera Putih dan Bendera Merah.     Bentuk yang ketiga, ialah menjadi ahli kongsi Melayu dan pada masa yang sama turut menyertai kongsi gelap Cina.  Corak ini sangat jelas kelihatan sewaktu perstiwa Rusuhan Pulau Pinang 1867.  Penyertaan orang Melayu-Muslim dalam kegiatan kongsi gelap didorong oleh beberapa sebab.  Kongsi gelap Melayu diwujudkan dengan hasrat untuk mencontohi cara kongsi gelap Cina melindungi kebajikan masyarakat Cina  lebih-lebih lagi dengan kejadian jenayah yang semakin berleluasa ekoran pertumbuhan ekonomi yang pesat.  Penyertaan di dalam persatuan sebegini dibuat secara sukarela dan adakalanya secara paksaan.  Hal ini mudah berlaku.  Jika seseorang itu tinggal dalam kawasan pengaruh sesuatu kumpulan Bendera, mereka akan diugut supaya menyertai persatuan tersebut.  Sementara itu penglibatan orang Melayu-Muslim dalam kongsi gelap Cina berlaku kerana mereka mendiami kawasan yang sama.


Kongsi gelap Bendera Putih dan Bendera Merah sekurang-kurangnya telahpun wujud sejak 1830-an.  Ia diasaskan oleh orang Jawi Pekan dengan tujuan asal menguruskan soal keagamaan seperti sambutan Muharram dan perarakan tabut  serta menjaga kebajikan sosial seperti membantu menguruskan kenduri kendara perkahwinan, kematian dan sebagainya.  Persatuan ini hanya mengambil orang-orang yang berkelakuan baik sahaja sebagai ahli mereka.  Namun, tujuan asal ini berubah di sekitar 1850-an ekoran kehadiran lebih  ramai masyarakat banduan  yang diberi kebebasan menyertai sambutan Muharram dan kemunculan yang lebih cepat golongan Jawi Pekan sejak pengenalan sistem Ticket of leave pada 1857 dan  pengampunan sebahagian besar banduan ekoran perpindahan pentadbiran  Negeri-Negeri Selat dari India ke London pada 1867.    Muharram kini bukan lagi merupakan sambutan keagamaan yang aman tetapi menjadi gelanggang membalas dendam.   Perubahan ini dibawa masuk oleh ahli-ahli yang berkelakuan jahat yang bergaul  dengan ahli kongsi gelap Cina dan kemudiannya mempengaruhi ahli lain menyertai kegiatan mereka.  Kumpulan ini jugalah yang bertanggungjawab mengheret Melayu-Muslim yang lain yang selama ini menjauhi kegiatan seumpama itu untuk turut serta dalam kegiatan mereka.  Kehadiran  anggota Melayu dalam kongsi gelap Cina sangat dialu-alukan.  Ia memudahkan kongsi Cina berurusan dengan pihak polis kerana ramai anggota polis turut menjadi ahli kongsi gelap samada kongsi gelap Melayu mahupun Cina.

Pergabungan Bendera Putih dan Ghee Hin berlaku pada 1865.  Bendera Merah pula  bergabung dengan Toh Peh Kong  pada 1863. Banyak teori yang melihat nama Bendera Putih dan Bendera Merah adalah berasal daripada perkataan Cina yang menjadi kata kunci bagi kongsi gelap Cina waktu itu.    Di percayai lambang-lambang bendera  Merah dan Putih mula digunakan sejak pergabungan itu. Permusuhan sesama kongsi gelap Melayu ini bukanlah bermotifkan politik tetapi lebih kepada  semangat persaingan antara mukim  tetapi kemudiannya diperalatkan oleh kongsi gelap Cina  yang saling bermusuhan sebagai kekuatan tambahan  bagi mencapai tujuan mempeluaskan kawasan pengaruh masing-masing.  Meletusnya Rusuhan pada tahun 1867 adalah berpunca daripada  pergaduhan antara Bendera Putih dan Bendera Merah semasa perayaan Muharram pada tahun berkenaan tetapi kemudiannya telah dipergunakan oleh Ghee Hin dan Toh Peh Kong untuk meneruskan permusuhan mereka.  Peristiwa rusuhan ini  digambarkan oleh saksi-saksi PRCR sebagai menggerunkan dan penuh kejadian ganas.  Rusuhan ini melibatkan bukan sahaja kawasan bandar malah juga merebak ke luar bandar.  Masjid menjadi markas utama Bendera Putih dan Bendera Merah.  Gabungan 1,000 orang Bendera Merah dengan 3,000 orang Toh Peh Kong  kelihatan lebih kecil berbanding  kombinasi orang Bendera Putih dan Ghee Hin yang dikatakan berjumlah 25,000 orang.  Namun kelebihan Toh Peh Kong ialah mereka memiliki  lebih banyak senjata yang dibekalkan oleh pedagang kaya dan pembekal senjata  di sekitar bandar.

Rusuhan Pulau Pinang  juga mendedahkan bahawa pengaruh kumpulan Bendera begitu meluas di bandar dan kawasan luar bandar.  Bendera Putih menguasai kawasan seperti Chulia Road, antara Chulia Road-Simpang Ampat, Hutton Lane, Macalister Road, Jalan Bahru, Pulau Tikus, Kelawei, Tanjung Tokong, Lorong Takia, Masjid Kapitan Kling dan Pintal tali.  Kawasan pengaruh  Bendera Merah pula seperti  Titi Papan, Jalan Sampah, Dato Kramat, Ayer Itam, Sungai Pinang, Batu Uban, Bayan Lepas, Penang Road,  Batu Maung, Kampung Bahru,  Telok Jelutong, Sungai Gelugor, Sungai Nibong dan Telok Kumbar.  Nampaknya sehingga 1867 sebahagian besar mukim di Pulau Pinang  telahpun berada di bawah pengaruh kumpulan Bendera.  Dari segi penyertaan, orang Melayu-Muslim daripada pelbagai latar belakang pekerjaan dipercayai terlibat.  Antaranya ialah guru, peniaga, pemungut cukai kerajaan, peon polis dan  mereka yang bergelar haji.   

Meskipun tidak dapat dipastikan bilangan sebenar orang Melayu-Muslim yang terlibat dalam kegiatan kongsi gelap namun dikatakan seramai 7,000 orang Melayu-Muslim telah keluar bersumpah di hadapan Sheikh Omar Basheer yakni tokoh agama yang telah diberi mandat oleh  pihak kerajaan untuk menyelesaikan masalah tersebut.   Tindakan keluar bersumpah ini adalah berikutan satu fatwa yang dikeluarkan oleh Sheikh Omar pada 4 Ogos 1867 yang menyebut pembabitan orang Islam dalam kegiatan seumpama ittu sebagai perbuatan murtad. Orang Islam yang terbabit diseru bertaubat. Surat akuan diberikan kepada sesiapa yang tidak terbabit dalam kegiatan itu atau yang telah meninggalkan kongsi gelap. Bagi yang enggan bersumpah, mereka akan menerima nasib dipulaukan daripada masyarakat.




Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2012 09:49 PM | Show all posts
Langkah kerajaan menggunakan ketua-ketua agama dilihat sebagai salah satu cara untuk menangani isu ini kerana pengaruh guru agama dalam masyarakat Melayu-Muslim amat kuat.  Langkah-langkah yang lain ialah memperkenalkan beberapa ordinan dan  di antara  yang paling awal ialah The Dangerous Societies Suppression Ordinance XIX of 1869.  Namun  nama-nama Bendera Putih dan Bendera Merah hanya dimasukkan di dalam ordinan  yang diperkenalkan  pada 1882 iaitu Ordinance 1V 1882.  Dipercayai pada masa itu barulah kerajaan lebih serius menangani masalah kongsi gelap di kalangan orang Melayu-Muslim kerana Ordinan ini dengan tegas menyebut orang bukan Cina yang menyertai kongsi gelap Cina akan didenda tidak melebihi $500.00.  Denda yang berat juga akan dikenakan kepada sesiapa yang memiliki bendera atau apa-apa lambang dan tulisan sesuatu kongsi.  Malah penghulu dan bilal turut dipertanggungjawabkan sekiranya barang-barang itu ditemui di kawasan masjid di mukim mereka.   Sementara itu penguatkuasaan Banishment Ordinance 1888, dan Societies Ordinance 1889 yang membolehkan kerajaan  menghukum buang daerah terhadap ahli kongsi gelap yang cuba menghasut dan menghidupkan kembali kongsi gelap menjadikan kerajaan bertambah yakin bahawa kegiatan kongsi gelap secara menyeluruh akan dapat dihapuskan menjelang 1890.


Boria Sebagai Saluran Merekrut Ahli Baru

Hasrat kerajaan untuk menyaksikan kegiatan kongsi gelap di negeri itu  berkuburnya nampaknya tidak tercapai.  Kegiatan tersebut di kalangan orang Cina mahupun Melayu masih  berterusan namun dalam keadaan yang lebih tertutup untuk mengelakkan pengawasan polis.  Kawalan ketat kerajaan ke atas kongsi Cina  sebenarnya turut meninggalkan kesan kepada kongsi gelap Melayu.  Mereka kini kehilangan penaung.  Kegiatan kongsi Melayu kelihatan hilang arah dan muncul dalam berbagai bentuk  di akhir abad ke-19, daripada kegiatan samseng jalanan hinggalah kepada  permusuhan di tanah perkuburan dan perpecahan di masjid.  Penyamaran ini berterusan sehingga abad ke-20 menerusi penubuhan kelab-kelab bolasepak untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

Tulisan tentang boria telah banyak dihasilkan setakat ini.  Namun peranan boria sebagai saluran memperkembangkan kegiatan kongsi gelap Melayu tidak banyak diperkatakan.  Permainan ini dipercayai  lahir daripada perarakan oleh orang Muslim Shiah sewaktu bulan Muharram.  Mereka membentuk kumpulan yang menyanyikan lagu-lagu ratapan sebagai mengenang kembali peristiwa kematian  Saidina Husin  di peperangan Karbala pada hari ke-10 bulan Muharram  sewaktu menentang Yazid bin Muawiyah.  Corak sambutan yang aman ini tidak kekal lama kerana selepas itu ia mula dipergunakan oleh ahli kongsi gelap Melayu sebagai medan untuk tunjuk siapa lebih handal.  Vaughan pernah menyaksikan bagaimana kumpulan muzik yang terdiri daripada anak-anak muda ini bertindak di luar batasan dan menganggu orang lain yang benar-benar ingin menyambut sambutan tersebut.  Mereka bukan sahaja mengubah sambutan tersebut kepada pesta sukaria namun juga menjadi medan pertumpahan darah. Perubahan ini dapat dikesan melalui lagu-lagu yang dinyanyikan  yang bukan lagi berunsur ratapan tetapi lebih kepada cabar mencabar untuk membangkitkan kemarahan pihak lawan.

Kawalan kerajaan selepas Rusuhan Pulau Pinang 1867 menjadikan boria sebagai saluran penting untuk meneruskan kegiatan Bendera Putih dan Bendera Merah.  Boria menjadi saluran mendapatkan ahli-ahli baru.   Setiap kawasan yang terlibat dalam kumpulan Bendera  menubuhkan pasukan boria masing-masing.  Boria melambangkan prestij dan pengaruh  ketika itu.  Sesebuah kampung atau mukim yang tidak mempunyai kumpulan boria dianggap memalukan.   Peluang untuk bergerak juga lebih cerah kerana kerajaan melihat boria sebagai suatu bentuk  budaya.  Malah ia begitu diminati bukan sahaja oleh orang Melayu-Muslim tetapi juga  oleh pegawai kerajaan, orang Eropah yang tinggal di negeri itu dan juga orang-orang Cina.  Malah taukeh-taukeh Cina turut menaja sesebuah kumpulan boria.  Perkara ini bukanlah luarbiasa  ekoran persahabatan yang telah sekian lama wujud di antara kongsi  gelap Cina dengan kongsi gelap Melayu.

Menjelang 1920, terdapat sekurang-kurangnya empat puluh hingga lima puluh pasukan boria di Pulau Pinang yang  masing-masing bernaung di bawah Bendera Putih dan Bendera Merah.  Di antara pasukan boria di bawah pengaruh Bendera Merah  ialah Boria Mukim Jelutong, Boria Kampung Pinang, Boria Bagan Jermal, Boria Jalan Hatin, Boria Sungai Gelugor, Boria Kampung Rawana, Boria Kelawai, Boria Gedung Rumput (sekarang King Street), Boria Kampong Ambun (sekarang Penang  Road-Northam Road), Boria Ujung Pancur (sekarang Transfer Road-Northam Road) dan Boria Argyl Road.  

Pasukan boria yang berada di bawah pengaruh Bendera Putih pula seperti Boria Titi Papan (sekarang Penang Road-Chowrasta Market), Boria Padang Garam (sekarang Carnavon Street-Kimberley Street), Boria Tanjong Tokong, Boria Air Itam, Boria Kampong  Jawa, Boria Kampong Dodol, Boria Kebun Lama, Boria Kampong Makam, Boria Kampong Kolam, Boria Jalan Sampah (sekarang Acheen Street), Boria Lorong Takian (sekarang Ah Quee Street), Boria Kampong Lada  (sekarang Armenian Street), Boria Pintal Tali (sekarang Rope Walk) dan Boria Bakar Bata (sekarang Bricklin Road).   Contoh pantun boria yang bersifat cabar mencabar  di antara pasukan Bendera Putih dan Bendera Merah adalah seperti berikut:

Boria Tanjung Tokong (Bendera Merah)
Kita  askhar di Tanjong Janggi
Kerja menanam gandun barley
Masok berniaga di tanah Jawi
Tanjong Tokong sedia menanti

Boria Mukim Kelawai (Bendera Merah)
Badui tua di kaki bukit
Keluar menjaga Masyrik ke Maghrib
Badui Arfah ampunya murid
Mukim Kelawai sedia tauhid

Boria Kampong Jawa (Bendera Putih)
Askar Takrubi kaum bebas
Padang peperangan baharu terlepas
Menangkap negeri terlalu pantas
Di kampong Jawa aturan jelas

Boria Padang Garam (Bendera Putih)
Askar Yunan Kuantong sama
Sudah Besi daripada Cina
Keluar mencari som kom koma
Anak Padang selamat sempurna





Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2012 09:50 PM | Show all posts
Permainan boria meninggalkan kesan buruk kepada masyarakat Melayu-Muslim di Pulau Pinang.  Selain daripada memecah-belahkan orang Islam kepada hidup berpuak-puak mengikut kawasan pengaruh kumpulan Bendera, ia menjadikan orang Melayu waktu itu mundur jika dibandingkan dengan bangsa lain.  Selama berlangsungnya sambutan Muharram, anak-anak muda ponteng kerja dan kanak-kanak tidak bersekolah. Suami mengabaikan rumahtangga sehingga ada yang dibuang kerja kerana leka bermain boria.  Agama Islam semakin tercemar kerana ahli pasukan boria biasanya minum arak sebelum bergaduh dengan pihak lawan.   Pengaruh Bendera Putih dan Bendera Merah hanya semakin berkurangan apabila langkah mengawal dan menghapuskan boria dibuat oleh kerajaan dan pemimpin-pemimpin agama di negeri itu menjelang abad ke-20.

Penutup

Sejak pertengahan abad ke-19, sebahagian besar kawasan yang didiami oleh orang Melayu di bandar dan di luar bandar Georgetown serta Seberang Perai Ditawan oleh kongsi gelap Bendera Putih dan Bendera Merah.  Kedua-dua kongsi gelap Melayu ini begitu berpengaruh dan menjadi Kerajaan tidak rasmi bagi orang Melayu-Muslim sehingga abad ke-20 meskipun langkah kawalan diperkenalkan oleh kerajaan dan tokoh agama di negeri itu.  Lenyapnya pengaruh kongsi gelap ini sebenarnya berkait rapat dengan perubahan yang dialami oleh orang Melayu-Muslim sendiri terutama dari segi pendidikan dan peranan ulama mengeluarkan fatwa mengharamkan boria.   Apabila kesedaran muncul di kalangan ketua-ketua pasukan yang terbabit maka pengaruh permainan itu ke atas orang Melayu-Muslim semakin berkurangan.   Namun perubahan ini mengambil masa yang panjang dan unsur bermain boria semakin berubah corak kepada bentuk yang dapat dilihat pada hari ini selepas Perang Dunia Kedua.  Sejak itu juga pengaruh Bendera Putih dan Bendera Merah beransur hilang kerana pada masa yang sama persatuan-persatuan alternatif semakin banyak muncul di negeri itu.


Bibliografi

C.O. 275, Annual Departmental Reports of the Straits Settlements dari tahun 1856-1929.

C.O. 273/518, The Malayan Bulletin of Political Intelligence, 25 November 1922
PGSC, dari tahun 1844-1914.

Anson, E. A. H., 1920. About Others and Myself, 1745-1920, London: John Murray.

Blythe, W, 1969.  The Impact of the Chinese Secret Societies in Malaya, London: Oxford University Press.

The Boria in Perak, The Malayan Police Magazine, 8 (1), 1935.

Braddell, T., 1861. Statistics of the British Possessions in the Straits of  Malacca, Pinang: Pinang Gazette Office.

Haji Abu bakar bin Jaafar (Pak Kan) 1980. Boria, Siri Mengenal Budaya, Kuala Lumpur: Bahagian Kebudayaan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Hamilton, A. W., 1920. Boria, JSBRAS, 82.

Historical Survey of the Mosques and Kramats on Penang Island 1974. Penang: Penang Teachers College.

Houghton, G. T., 1897. Boriah, JSBRAS, 30.

Khoo Kay Kim 1975/76. Keterlibatan Orang-orang Melayu dalam Persatuan-persatuan Sulit, Jernal Sejarah.

Logan, J. R. (peny.)1850. Notices of Pinang, JIA, Jil. 4.

Mahani Musa 2000. Masyarakat Melayu-Muslim Pulau Pinang, 1830-an 60-an: Masalah Kepimpinan dan Pengaruh Kongsi Gelap, dalam Mahani Musa dan Tan Liok Ee (peny.) Sorotan Terpilih Dalam Sejarah Malaysia, Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
----------------- 1999. Malays and The Red and White Flag Societies in Penang, 1830s-1920s, JMBRAS, Jil. LXX11, Bah. 2.
----------------- 1995. Buku Catatan Peribadi Sheikh Omar Basheer Dengan Rujukan Terhadap Rusuhan Di Pulau pinang pada tahun 1867: Satu Dokumen Sejarah Pulau Pinang Abad ke-19, dalam Abu Talib Ahmad dan Cheah Boon Kheng (peny.) Isu-isu Pensejarahan (Esei Penghargaan Kepada Dr R. Suntharalingam), Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Mahd. Ishak Abdul Aziz 1979. Sejarah Boria, Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan.

McNair, J. F. A., 1899. Prisoners Their Own Warders: A Record of Convict Prison at Singapore in the Straits Settlements Established 1825, discontinued 1873, together with a Cursory History of the Convict Establishment at Bencoolen, Penang and Malacca from the year 1797, London: Archibald Constable.

Mohd. Yusoff Sultan Maidin 1922, Boria dan Benchananya, Penang: Merchantile Press.

Muhammad Ibrahim Munsyi, Kisah Pelayaran Muhammad Ibrahim Munsyi (dengan Pengenalan dan Anotasi oleh Mohd Fadzil Othman 1980). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Omar Farouk Shaeik Ahmad 1978. The Arabs in Penang, Malaysia in History, Jil.21, Bil. 2. The Penang Riots Reports 1867: Report of the Commissioners Appointed  Under Act XXI of 1867, to Enquire into The Penang Riots (PRCR), Penang: Argus Press, 1868.

Sarnia Hayes Hoyt 1991. Old Penang, Singapore: Oxford University Press.

Stirling, W. G., 1925. The Red and White Flag Societies, JMBRAS, Jil. 1. No. 1.

Turnbull, C. M., 1972. The Straits Settlements 1826-1867: Indian Presidency to Crown Colony, London: Athlone Press.

Vaughan, J. D., 1854. Notes on the Chinese of Pinang, JIA, Jil. 8, No. 14.
-----------------, 1857. Notes on the Malays of Pinang and Province Wellesley, JIA, Jil. 2.

Wynne, M. L., 1941. Triad and Tabut: A Study of the Origin and Diffusion of Chinese and Mohamedan Secret Societies in the Malay Peninsular A.D. 1800-1935, Singapore: Government Printing Office.

Zainol Jusoh 1982. Pulau Pinang dan Seberang Perai 1890-1940: Satu Kajian Mengenai Penglibatan Orang-orang Melayu dalam Pakatan Sulit Bendera Putih dan Bendera Merah, Latihan Ilmiah, USM.

Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2012 10:37 PM | Show all posts
ni tak termasuk cerita perjumpaan sama pak long aziz kat keramat tu ka?yang hat last2 polis mai ambush teroih tukaw pi wat kat ipoh??
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2012 10:39 PM | Show all posts
mongkin cerita kita tak sama
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 07:54 AM | Show all posts
panjangla ...  letihla nk baca tp ku gagahi juga
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 04:02 PM | Show all posts
kalau ada part copy paste, terus aku skip nak baca... tak tahulah nape
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2012 08:22 PM | Show all posts
PENGKIDa  banyak jahat ma. Pukul cina
pelemparselipar Post at 1-2-2012 21:25



   cina ada kongsi gelap gee hin, hai san, lagi brutal/ganas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2012 10:54 AM | Show all posts
oh...that's funny..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 11:05 AM | Show all posts
Reply 15# zaharul_asriq94

aku ingat aku sorang je.. haha
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 11:23 AM | Show all posts
kalau ada part copy paste, terus aku skip nak baca... tak tahulah nape
zaharul_asriq94 Post at 2-2-2012 16:02




saja nak kongsi kebetulan ada thread lain sama.........
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 11:39 AM | Show all posts
Huhuhu, mcm tu rupanya... Tapi dlm banyak2 gangster tu, ada tak yg terkenal sebab keberanian gi bertempur sorang2? takkan semuanya jenis bila ramai je tunjuk berani?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.062485 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list