|
LIVERPOOL: Pemburuan Manchester City merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris tersentak seketika apabila mereka tewas 0-1 kepada Everton di Goodison Park, awal pagi semalam hasil jaringan bekas pemain Manchester United, Darron Gibson.\rGol tunggal pada minit ke-60 itu memberikan kekalahan ketiga buat City musim ini – sekali gus menghidupkan semula peluang bekas kelab Gibson, United yang kini berkongsi 54 mata dengan City.\r\n\n\n\n\r “Gol bertemu mana-mana pasukan tetap baik. Tapi gol bertemu pasukan teratas liga sesuatu yang menarik,” kata Gibson yang melonjak Everton kini ke tangga kesembilan liga.\r\r\n\n\n\n\n Pengurus City, Roberto Mancini akur dia harus dipersalahkan kerana terlalu mengambil mudah pertemuan dengan Everton itu.\r“Saya tidak melakukan persiapan rapi untuk perlawanan ini. Saya anggap ia mungkin mudah. Tapi akhirnya saya mengetahui ia bukan mudah. Saya pasti takkan ulangi kesilapan seperti ini pada perlawanan akan datang,” kata Mancini.\rSementara itu, pengurus Everton, David Moyes berasakan kemenangan itu sebagai salah satu yang terbaik diperoleh sepanjang hampir 10 tahun bersama kelab itu.\r“Pemain harus diberi kredit. City pasukan hebat dan kami terpaksa bertahan dengan tempoh agak panjang terutama pada babak kedua,” kata Moyes yang mendapatkan Nikica Jelavic dan Steven Pienaar selepas melepaskan Louis Saha ke Tottenham. – AP\r\n\n\n\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|