CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 291|Reply: 0

Kim Swee tarik nafas lega

[Copy link]
Post time 4-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Jadual Liga S ‘dilonggar’ untuk skuad B-23\rSKUAD B-23 negara kini boleh fokus sepenuhnya terhadap baki tiga aksi Kumpulan C saingan Kelayakan Olimpik Zon Asia apabila hanya dua aksi Liga-S membabitkan mereka dijadualkan berlangsung sepanjang tempoh terbabit.\r\n\n\n\n\r  Selepas bertemu Bahrain di Manama  esok, skuad negara bakal melengkapkan saingan bertemu Jepun di Bukit Jalil, 22 Februari dan Syria di Amman, Jordan pada 14 Mac.\r\r\n\n\n\n\n  Jadual Liga-S  yang dikeluarkan semalam pula menyaksikan Harimau Muda A diberi ‘kelonggaran’ apabila bakal memulakan kempen bertemu Gombak United di Stadium Jalan Besar, Khamis ini, disusuli Tanjung Pagar United di laman sendiri, Stadium Yishun pada 2 Mac.\rAksi ketiga Harimau Muda A hanya dijadual berlangsung empat hari selepas berdepan Syria iaitu bertemu Albirex Niigata di Stadium Yishun, 18 Mac depan.\r“Nampaknya permintaan kami supaya jadual Liga-S dibuat dengan mengambil kira pembabitan dalam Kelayakan Olimpik dipenuhi penganjur. Jadi saya kini boleh fokus pada baki tiga aksi kelayakan ini,” kata Kim Swee ketika dihubungi di Manama, semalam.\rSkuad negara tiba di Manama awal pagi semalam dan tanpa berlengah terus menjalani latihan ringan di gimnasium hotel penginapan pada sebelah pagi, disusuli latihan di padang pada sebelah petang.\r\n\n\n\r“Suhu di sini sekitar 16 darjah Celsius, sejuk dan agak berangin. Inilah antara tujuan kami datang lebih awal iaitu supaya pemain dapat mengadaptasi dengan cuaca dan perbezaan waktu lima jam.\r“Bagaimanapun, saya tidak mempunyai banyak masa kerana ada tiga hari saja untuk  memikirkan percaturan terbaik menghadapi Bahrain, Ahad ini,” jelas Kim Swee.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.108582 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list