View: 190|Reply: 0
|
Sesi simulasi uji skuad badminton
[Copy link]
|
|
SATU ujian simulasi akan diadakan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di Stadium Juara, esok pada jam 6.30 petang buat skuad Piala Thomas-Uber sebagai persediaan terakhir sebelum mengharungi cabaran pusingan kelayakan di Macau pada 13 hingga 19 Februari ini. \rMahu dianggap sebagai perlawanan sebenar, Ahli Pasukan Prestasi Tinggi (HPT), Datuk James Selvaraj berkata, dua kumpulan sudah pun dibentuk buat skuad Piala Thomas manakala di bahagian Uber ada campuran atlit lelaki dan wanita. \r\n\n\n\n\r Katanya, pecahan kumpulan direncanakan kepada A dan B itu adalah seimbang bagi menilai kemampuan pasukan yang diterajui Lee Chong Wei sebelum mereka berangkat ke Macau, Sabtu ini.\r\r\n\n\n\n\n “Untuk perseorangan skuad Thomas, Lee Chong Wei akan bertemu Muhammad Hafiz Hashim manakala Darren Liew bertemu Mohd Arif Abdul Latif dan Misbun Ramdan Misbun bertemu Chong Wei Feng. Antara perlawanan beregu pula ialah antara Goh V Shem-Teo Kok Siang bertemu Koo Kien Keat-Tan Boon Heong.\r“Bagi skuad Uber pula, Lydia Cheah bertemu Tew Gee Chong, Tee Jing Yi bertemu Kuan Kam Chung untuk perseorangan manakala beregu, Chin Ee Hui-Wong Pei Tty bertemu Wong Fun Yin-Tan Aik Quan,” katanya kepada media, semalam. \r“Kami memberitahu mereka, perlawanan ini diibaratkan sebagai perlawanan sebenar dan kami mahu mereka bermain dengan sebaik mungkin. Setiap pemain juga dilihat serius untuk mengharungi cabaran kelayakan kali ini.\r“Seperti mana diketahui, permohonan mendapatkan pendingin hawa diluluskan dan diharap dengan adanya kemudahan itu mereka boleh menyesuaikan diri seperti di Macau yang sedikit berangin,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|