View: 256|Reply: 0
|
Ivory Coast, Zambia janji final paling emosi
[Copy link]
|
|
LIBREVILLE: Ivory Coast yang tampak seperti mahu memadamkan igauan kegagalan lalu dan Zambia yang bersemangat mahu menghadiahkan kejuaraan kepada mangsa korban udara 1993, bakal bertemu pada final penuh emosi kejohanan bola sepak Piala Negara-Negara Afrika, Ahad ini.\rZambia menempah tempat ke final selepas mengejutkan Ghana 1-0 pada pertembungan separuh akhir kelmarin yang membawa skuad kendalian Herve Renard ke Libreville di mana 19 tahun lalu, pasukan kebangsaannya terkorban dalam perjalanan pulang dari kelayakan Piala Dunia di Dakar.\r\n\n\n\n\r Mereka bakal bertemu skuad bintang Eropah, Ivory Coast yang menyingkirkan Mali dengan kemenangan 1-0 hasil jaringan penyerang Arsenal, Gervinho.\r\r\n\n\n\n\n “Sudah tertulis di bintang yang kami akan kembali ke Gabon untuk mengingati kembali memori kehilangan seluruh skuad kebangsaan dalam tragedi 1993,” kata Renard selepas anak buahnya menewaskan Black Stars.\r“Pasukan yang dalam perjalanan pulang dan semuanya terkorban, adalah tragedi untuk sesebuah negara. 12 juta rakyat Zambia mahu kami mara hingga ke Libreville. Sebaik kami sampai di sana, kami akan melawat lokasi kapal terbang terhempas, tidak jauh dari stadium.”\rZambia merealisasikan impian seluruh rakyatnya selepas pemain gantian, Emmanuel Mayuka meledak gol kemenangan 12 minit sebelum tamat sekali gus menyingkirkan juara empat kali, Ghana.\rKali terakhir Ivory Coast muncul juara ialah pada 1992 dan aksi final terakhir ialah di Kaherah di mana mereka tewas kepada Mesir pada 2006, manakala Zambia kali terakhir ke final pada 1994 di Tunisia dan tewas di tangan Nigeria. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|