|
MENJALANI sesi penggambaran yang berlarutan hingga dinihari cukup melelahkan. \rBerulang melalui situasi itu jelas menuntut kekuatan fizikal luar biasa setiap pemainnya, malah kerana mengejar waktu sering kesihatan pemain sinetron dijadikan taruhan.\r\n\n\n\n\rSituasi itu juga dilalui Naysila Mirdad, 23, ketika membintangi sinetron, Dewa. Puteri ketiga pasanganpelakon, Jamal Mirdad dan Lydia Kandou menyedari kesihatan yang sempurna turut menyumbang kepada keberkesanan watak yang dijayakan.\r\r\n\n\n\n\nApatah lagi, sinetron yang kembali menemukannya dengan Dude Harlino itu memerlukan Naysila atau akrab disapa, Nay memainkan karakter tomboi, sesuatu yang berbeza daripada watak manja dan feminin yang sering diamanahkan kepadanya.\rUntuk menjaga staminanya, gadis kelahiran Jakarta berusia 23 tahun itu memastikan dia mengambil suntikan multivitamin yang memberinya energi apabila terpaksa seharian bertungkus lumus di studio penggambaran.\r\"Tahap kesihatan kami diawasi oleh doktor yang akan ke studio setiap dua minggu sekali atau bila diperlukan. Jadual kerja kami terlalu padat, setiap hari melakukan penggambaran.\r\"Justeru, rumah produksi mengutamakan kesihatan pelakon dan kru yang terbabit.\r\n\n\n\rJika terlalu penat, saya akan mengambil suntikan sekurang-kurangnya seminggu sekali. \"Suntikan itu memberikan banyak manfaat, bukan hanya mencerahkan warna kulit malah lebih penting tubuh jadi segar dan tidak mudah penat,\" kata gadis yang memulakan karier lakonan bersama kakaknya, Nana Mirdad menerusi sinetron, Liontin pada 2005.\rSerasi dengan suntikan itu, Naysila bagaimanapun hanya mengambilnya mengikut keperluan tubuh selepas mendapat nasihat daripada doktor yang merawat.\rTidak menafikan rehat yang terbaik adalah tidur, gadis yang turut dikenali menerusi sinetron Intan, Aqso dan Madina, Cahaya dan Melodi itu tetap mengutamakan kualiti hidup.\r\"Waktu tidur saya mungkin berkurangan, namun tidak mendatangkan masalah kerana saya mengutamakan rehat yang berkualiti. Saya tidak punya pilihan lain kerana ini adalah tanggungjawab,\" katanya.\rPengalaman ketika mengalami kekejangan sewaktu penggambaran sinetron, Intan beberapa tahun lalu membuatkan Naysila enggan bertolak ansur mengenai penjagaan kesihatan.\rImbasnya, ketika itu dia mengalami sesak nafas dan hampir pengsan tetapi tidak tahu apa punca sebenarnya. Melihat keadaan Naysila begitu, dia segera dikejarkan ke hospital dan diberitahu mengalami keletihan yang keterlaluan.\r\"Paling penting menjaga pemakanan kerana biasanya di lokasi penggambaran, pemakanan seimbang kurang dititikberatkan. \r\"Saya juga mengamalkan meminum klorofil untuk menambah serat selain banyak minum air putih. \rKlorofil membantu badan saya menjadi lebih segar, selain mencantikkan kulit. \rIa juga membersihkan ginjal,\" kata Nay yang juga laris sebagai pelakon iklan komersial.\rTidak hanya menitikberatkan kesihatan dalaman, Nay juga rajin melakukan perawatan wajah. Memiliki kulit sensitif, solekan yang dikenakan berbelas jam itu membuatkan wajahnya mudah ditumbuhi jerawat.\r\"Kurang tidur, selain solekan tebal membuatkan wajah saya mudah didekati jerawat. Saya terpaksa mengambil ubat khusus supaya masalah ini tidak berlarutan.\r\"Untuk mengatasinya, saya harus menjalani rutin menemui doktor tetapi ia tidak dapat dipenuhi kerana saya kesempitan waktu disebabkan jadual penggambaran,\" katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|