CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 209|Reply: 0

Li Lian yakin jadi sebutan di Macau kutip mata berharga

[Copy link]
Post time 16-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
SELEPAS sering disisihkan daripada pertandingan antarabangsa, Yang Li Lian kini harus memiliki alasan terbaik memikat dan menambat hati Persatuan Badminton Malaysia (BAM). \rIni kerana sumbangan pemain berusia 19 tahun itu jelas tidak ternilai apabila dia membutirkan mata kemenangan dan memastikan skuad Piala Uber negara mara ke suku akhir ketika menundukkan India 3-2 dalam perhitungan hidup mati kelmarin.\r\n\n\n\n\r  “Saya akui kecewa sedikit kerana kurang diberi peluang beraksi, tetapi saya tidak mahu mempersoalkannya. Apa yang saya tahu, tiada jalan mudah dalam hidup ini dan saya perlu bekerja keras,” kata penuntut kolej swasta itu.\r\r\n\n\n\n\n  Li Lian yang memperoleh keputusan 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjadi sebutan apabila dia yang berada di ambang kekalahan bangkit mencatat kemenangan dramatik ke atas G Sayali 11-21, 21-15, 22-20.\rKemenangan pemain kelahiran Subang Jaya itu membantu skuad negara layak ke suku akhir dan jika tewas dalam perlawanan itu skuad negara terpaksa berkemas pulang awal.\r“Saya beraksi di pusingan kelayakan ini pun pada saat-saat akhir kerana menggantikan Sonia Cheah yang cedera. Tetapi, saya gembira kerana jurulatih memberi peluang beraksi selepas tidak diturunkan menentang China.\r“Saya akui tertekan kerana di tangan saya terletak nasib pasukan dan tambah membimbangkan saya tewas dalam set pertama dan ketinggalan 2-11 dalam set penentuan,” kata juara kebangsaan bawah 18 tahun lalu.\r\n\n\n\rSementara itu, jurulatih beregu, Rexy Mainaky menyifatkan Li Lian adalah permata perlu digilap dan diberi banyak peluang beraksi.\r“Dia seorang pemain yang baik, tambahan dia seorang yang pintar. Saya yakin jika dia digilap dan diberi lebih banyak peluang beraksi, dia mampu bersaing di pentas antarabangsa,” katanya.\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.249471 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list