View: 90|Reply: 0
|
NATO mohon maaf kematian penduduk Afghanistan
[Copy link]
|
|
KABUL: Pegawai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menyuarakan kekesalan dan memohon maaf di atas pembunuhan lapan penduduk awam Afghanistan, tujuh daripadanya masih di bawah umur dalam satu serangan udara di utara negara itu minggu lalu.\rPasukan tentera antarabangsa itu menggugurkan dua butir bom 8 Februari lalu di daerah Najrab di wilayah Kapisa, selepas pergerakan lapan orang di darat dianggap sebagai ancaman kepada polis Afghanistan dan anggota NATO di kawasan itu.\r\n\n\n\n\rPengarah operasi udara NATO, Mike Wigston, berkata pasukan antarabangsa itu percaya mangsa adalah kumpulan pemuda yang memiliki senjata.\r\r\n\n\n\n\nWigston berkata, pegawai NATO tidak dapat ke kampung berkenaan sehingga dua hari selepas serangan udara itu tetapi semua mangsa sudah dikebumikan.\rKatanya, pegawai tempatan menunjukkan pasukan penilai gambar mayat. Pakar forensik, yang memeriksa gambar itu, berkata mangsa adalah remaja berusia 15 tahun dan seorang yang lebih berusia.\r“Mereka adalah remaja Afghanistan yang mempunyai susuk tubuh orang dewasa. Saya tidak ragu-ragu mereka membawa senjata,” kata Wigston.\rPihak berkuasa tempatan berkata, mangsa adalah tujuh budak lelaki berusia antara enam dan 14 tahun dan seorang remaja yang sakit mental berusia sekitar 18 hingga 20 tahun.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|