salam..
sekadar nk kongsi pengalaman bantu usahawan kita nk brniaga...
sedih bila lihat org kita yg cuba2 untuk brniaga tp xtahan dgn cabaran serta dugaan dlm perniagaan...bila ada mslh dah mula start mnyalahkan org lain..
tidak dinafikan mmg dlm prniagaan nie byk cabaran & dugaan...tapi sebagai sorg usahawan semua ini harus diatasi dgn positif, jk apa yg kita buat tu tidak mncapai sasaran..mungkin ada hikmahnya...jgn mudah melenting, kita kena bangun semula dan pkir kan cara untuk mgatasi, jgn mnyalahkan org lain..
sebagai seorang konsultant perniagaan, kerap kali sy ajukan soalan ;-
1. mampu tak anda hadapi dugaan?
2. sanggup tak tinggalkan apa yg kita ada hanya untuk memastikan prniagaan kita maju?
3. adakah anda mempunyai daya tahan dlm perniagaan?
mmm...semua jawab sanggup..semua jawab boleh...tp bila ada dugaan sket dah melenting..
pengalaman sy sendiri..pernah rugi puluhan ribu ringgit...pernah kena tarik kereta kerana xmampu nk byr bayaran bulanan kereta hanya kerana nk pastikan biz yg dibuat brjaya...dan yg paling sedih nk beli susu anak pun pernah sekali tu xmampu...
namun anggap ni sebagai pembakar semangat untuk brtambah maju.....
ye mmg rata2 ramai yg mudah mengeluh
orang tak datang kedai mengeluh, dok salahkan premis takde fengshui la takde ong la
orang tak jadi beli mengeluh, dok salahkan orang suka tanya tapi tak nak beli
orang tak nak kongsi lokasi beli barang secara borong, dok salahkan orang kedekut ilmu la apa la
saya pun dah menghadapi pengalaman ditipu puluhan ribu
duit simpanan dan barang kemas licin sbb nak majukan perniagaan
makan bercatu (mujur dua org je), baju tak pernah bertukar sepanjang 3 tahun, jumpa klien dgn baju buruk tapi diubahsuai agar nampak sedikit baru
sampai takut melihat diri sendiri... sampai pernah terfikir, inikah kesudahan seorang saya?
tapi Alhamdulillah, keperitan tu mengajar utk faham sepak terajang biz
rupanya keperitan tu yg memberi ruang dan nafas utk memandang langit yg luas
apabila kita miskin, kita minta pada Yang Maha Memiliki
apabila kita sesak nafas, kita minta pada Yang Maha Kaya
apabila kita tak ada customer, kita minta pada Yang Maha Memberi
apabila kita rasa susah hati, kita minta pada Yang Maha Pengampun
saya pun dah menghadapi pengalaman ditipu puluhan ribu
duit simpanan dan barang kemas licin sbb nak majukan perniagaan
makan bercatu (mujur dua org je), baju tak pernah bertukar sepanjang 3 tahun, jumpa klien dgn baju buruk tapi diubahsuai agar nampak sedikit baru
sampai takut melihat diri sendiri... sampai pernah terfikir, inikah kesudahan seorang saya?
Terbaik lah Tuna.....
Tu lah...orang pikir orang berbiznes ni senang mcm dapat durian runtuh je....
Kalau dapat membelit, nak di belitnya sampai mati...
diorng tak tau susah senang orng berniaga ni....
pada pendapat sy...nak berniaga kena ada pelan dan pelan contigency.In case ape2 berlaku sampai tahap maner kita sepatutnya berhabis dan bergolok gadai.sy penah dengar kata2 motivasi...yg penting sekali adalah mind setting...bila kita setting nak berjaya kena bergolok gadai..itulah yang akan berlaku tp klu kita set minda kita nak berjaya nie tak lah susah maner dan itulah yang berlaku..ape2 pun kena ada pelan A,pelan B dan berbagai pelan lagi..just my two cent sbgai org baru..ampummmm...
betul tuh...back up pelan mmg kena banyak..kita 26 alphabet...A to Z...banyak itu lah pelan kita....kalo tak cukup lagi..pakai chinese character...lagi banyak pelan...
apapun..kena take action..semoga berjaya kalian seperjuangan...jumpa di puncak....sky is not the limit..sebab ada orang dah sampai bulan..
jika ada masalah, jgn termenung lama2 fikir masalah, sebab termenung tak memberi jalan penyelesaian.. tapi bila tak jumpa jalan penyelesaian.. maka pandanglah kelangit.. sebab hanya langit itu lah tembok terakhir kudrat kita - pernah dengar pepatah "the sky is a limit"?.. maknanya dunia ini begitu luas dan sepatutnya @ tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah.
Pernah diduga pelbagai2.. keluar masuk pajak gadai, keter kena tarik segalanya, rumah hampir terlelong - tapi dugaan jugalah yg mengajar erti kecekalan.
Alhamdullillah - serahkanlah kepadaNya, Insyaallah bole jumpa jalan penyelesaian.
Lagipun Allah tak bebankan hambaNya dengan bebanan yg Dia tahu tak boleh dipikul oleh hambaNya itu.
Bila ada masalah, jgn salahkan org lain, 99% masalah itu bole bertukar kepada peluang perniagaan.
to perantauKL - dont wonder - Just Fly as high as you can.
99% masalah boleh bertukar jadi peluang perniagaan.. sangat seronok apabila melihat ia berlaku kepada diri sendiri...
jgn malu utk bergolok bergadai sbb itu bukan end of the day kalau kita berpegang pada tali Allah..
dulu aku ada rasa malu sbb terpaksa bergolok bergadai, tapi apabila aku ditunjukkan olehNya jalan... aku rasa bertuah diberi ujian dan cabaran untuk melalui semua tu...
kalo kita berangan nk pakai BMW 5 Series pd masa depan...jgn berangan sbb buang masa
kalo kita fikir nk pakai BMW 5 Series pd masa depan...betul mmg kita leh pkai tp kena ada usaha..dan usaha tu mmg nk kearah memakai BMW 5 Series
selalu kita tgk cermin...berangan2
skrg kena ubah..kita tgk cermin..tgk muka kita sendiri..ckp dgn diri kita...AKU NAK PAKAI BMW 5 Series!!! brulang kali....
masuk kan AURA positif dlm diri kita...tanam kan semangat & azam!...dan berdoa agar azam & semangat nie takkan lutur..insyallah..
99% masalah boleh bertukar jadi peluang perniagaan.. sangat seronok apabila meli ...
tuna_sandwic Post at 23-2-2012 15:44
idea yg menarik!!..
kita tgk masalah & tukar kan jd peluang perniagaan!...tak ramai yg tgk peluang nie
salah satu idea perniagaan adalah menjual penyelesian kepada masalah2..hehehe
good idea!!
cth..org skrg brmasalah dgn maid!..maid lari la, maid nye cost mahal la...kita jgn la offer maid...sbb ni mmg masalh..kita cari penyelesaian tu...dgn menawarkan service maid part-time a.k.a housekeeping services dari rumah ke rumah...xramai lagi yg ceburi bidang nie...dan service ni mempunyai permintaan yg tinggi di kawasan bandar..tp xramai yg mampu bg service housekeeping secara total dan mampu bayar
ok...sesiapa yg minat dgn bisnes nie, kita leh come out with proposal..buat satu brand..and buat strategy marketing...mmm...dah buat kiraan kasar..modal diperlukan dlm RM30k tp leh generate income sampai RM80k setahun..
hahaha...tq tuna_sandwish ....kerana berikan sy idea yg sangat2 menarik!!
aku pun pernah nak buat pasal part time maid ni.. cuma mungkin aku nye skill ke arah tu tak berapa menonjol... siap diri sendiri nak jadi maid lagi.. ahahahhaha.... masa plan nak buat tu aku masih full time bekerja dgn syarikat lain so ketika itu terikat dgn amanah orang.. skang i am free to do just anything and everything...