CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 198|Reply: 0

Jawablah!: Putus kasih

[Copy link]
Post time 22-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Miera dakwa Shahrizal mengaku main kayu tiga\rSI jejaka bermati-matian menafikan ikatan cinta mereka sudah terlerai sedangkan si gadis pula memukul canang lebih awal yang dia kini kembali solo. Itulah drama terbaru membabitkan aktres remaja, Miera Leyana dan  pelakon kontroversi, Shahrizal Jaszle.\r\n\n\n\n\rWalaupun sebelum ini Miera pernah memberitahu wartawan, hubungannya dengan pelakon filem Azura itu sudah berakhir atas alasan sering dikhianati, tetapi lain pula jawapan diberikan Shahrizal apabila ditanyakan soalan berhubung kenyataan kekasihnya itu.\r\r\n\n\n\n\nKatanya, Miera menafikan ada mengeluarkan kenyataan sebegitu dan hubungan mereka masih berjalan seperti biasa kerana antara mereka masih belum terlafaz kata perpisahan. Malah ada gosip menyatakan, kononnya pasangan ini masih intim dan tujuan mereka menggembar-gemburkan cerita putus cinta itu adalah sebahagian daripada strategi mereka untuk meraih publisiti. \rBertemu pelakon filem Rentaz sewaktu sesi fotografi sempena mempromosikan Anugerah Bintang Popular Berita Harian Edisi ke-25 baru-baru ini memberi peluang untuk mendengar sendiri statusnya yang terkini.\rMengulangi apa yang pernah dinyatakan sebelum ini, Miera sekali lagi menegaskan, antara dia dengan Shahrizal sudah pun berpisah dan perkara itu berlaku sejak pertengahan Januari lalu.\rHip: Ramai yang ingin tahu apa status terkini Miera. Masih bersama Shahrizal ataupun sudah berpisah?\r\n\n\n\rMiera: Hubungan kami secara rasminya sudah lama berakhir, iaitu sebaik saja dia pulang dari Australia pertengahan bulan lalu, selepas menjayakan penggambaran drama di sana. Saya nekad memutuskan hubungan kerana saya tidak lagi percaya kepadanya. Bayangkan dalam masa dia bercinta dengan saya, ada perempuan lain hadir dalam hidupnya. Perasaan cinta itu hilang sebaik saja dia mengaku berlaku curang di belakang saya. Dalam pertemuan itu, bukan saya dan dia saja yang ada, tetapi perempuan yang didakwa kekasihnya itu juga ada bersama, selain ibu kami, serta pembantu peribadinya.\rHip: Mana satu yang betul? Shahrizal kata kalian masih berpacaran dan mendakwa Miera menafikan ada mengeluarkan kenyataan kalian sudah putus.\rMiera: Saya rasa dia memang tak boleh terima hakikat antara kami sudah tiada apa-apa. Sebelum ini pun dia mendakwa yang saya hanya mendengar cakap orang, tanpa selidik betul-betul gosip didengar. Saya bukanlah budak kecil atau bodoh, yang berpandukan cakap orang. Bila saya dengar cerita dia curang, saya siasat. Saya lebih suka melihat dengan mata kepala sendiri. Saya sendiri berjumpa dengan individu yang didakwa kekasihnya. Kami bertanya dari hati ke hati dan dia sendiri mengaku memang menjalinkan hubungan dengan Shahrizal. Sejak itulah saya mengajaknya bersemuka dan akhirnya dia mengaku dia memang bercinta dengan gadis itu.\rHip: Kenapa Miera yang mengalah?\rMiera: Sejak peristiwa bersemuka itu, saya akui Shahrizal sentiasa memujuk saya kembali kepadanya. Tapi hati saya masih sakit kerana banyak kali kecurangannya dapat saya hidu. Bukan mudah untuk saya menerima kembali insan yang pernah melukakan hati saya. Kami sudah saling mengenali sejak kami di bangku sekolah lagi. Sejak kami bercinta, saya memang menaruh kepercayaan terhadapnya dan tak sangka dia sanggup mengkhianati cinta saya.\rHip: Sejujurnya adakah Miera masih sayangkan Shahrizal? Mungkin ada terdetik untuk kembali padanya?\rMiera: Bohonglah kalau saya tak sayangkan dia. Terus terang, saya masih mengharapkan agar perhubungan kami kembali terjalin. Cuma pada waktu itu, biarlah dia benar-benar berubah. Buat masa ini saya lebih selesa sendirian. Sama ada saya kembali bercinta, sama ada dengan dia atau pun orang lain, saya serahkan kepada Tuhan. Biarlah Dia menentukannya.\rHip: Orang di luar sana menilai Miera lebih popular kerana kontroversi berbanding kerjaya. Sila komen!\rMiera: Saya sedar perkara itu. Sebelum ini pun isu baju saya pernah mencetuskan kontroversi, sekarang pula kes putus cinta. Saya sendiri pun kalau boleh tak mahu terlalu kontroversi sebab ia akan membuatkan orang terlupa pasal kerjaya lakonan saya. Selepas ini, saya harap tidak lagi dikaitkan dengan sebarang cerita sensasi. Saya mahu fokus pada kerjaya lakonan. Saya baru saja menamatkan penggambaran drama bersiri 13 episod berjudul Mulanya Di Sini, serta terbabit dalam filem Mamat Khalid berjudul Amir Dan Lukman Pergi Ke Laut.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:15 AM GMT+8 , Processed in 0.130248 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list