View: 277|Reply: 0
|
Rakam semula Kau Kunci Cintaku
[Copy link]
|
|
WALAUPUN sudah 24 tahun berlalu, lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu masih segar dalam ingatan peminat. \rBerasakan lagu itu masih punya auranya tersendiri sehingga kini, Ramlah Ram berhasrat merakam semula lagu terbabit dalam versi terkini yang lebih segar. \r\n\n\n\n\rMemikirkan banyak perubahan perlu dilakukan bagi menyusun semula muzik dan rentaknya agar bersesuaian dengan irama sekarang, perincian perlu dilakukan agar tidak menjejaskan melodi asalnya disamping bagi menjaga nama komposer lagu Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu, Datuk Ahmad Nawab. \r\r\n\n\n\n\n“Insya-Allah, memang ada hasrat untuk rakam semula lagu ini tetapi kena fikir tentang susunan muzik dan proses rakaman mungkin lain. Lagi pun, nak hasilkan semula lagu ini kena minta izin dengan penciptanya dulu kerana Datuk Ahmad Nawab memang tidak suka orang ubah karyanya tanpa keizinannya. \r“Lagu ini masih mendapat permintaan di karaoke, malahan lagu yang dimainkan di pusat hiburan adalah lagu baru yang mengekalkan rentak asal,” katanya. \rAlbum Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu pernah diangkat sebagai album Melayu pertama yang mencapai jualan tertinggi lebih 300,000 unit. Mendengarkan setiap bait lirik lagu terbabit mengimbau kembali era kegemilangannya dengan persembahan Ramlah yang memakai pakaian berbentuk hati di dadanya sehingga meletakkan lagu terbabit sebagai juara pada Anugerah Juara Lagu 1988. \rMeskipun penyanyi ini sudah berusia 47 tahun, tenaga yang dimilikinya masih segar dan bertenaga seperti awal kemunculannya dalam industri sejak 27 tahun lalu. \r\n\n\n\r“Sekarang saya baru selesai pembikinan klip video Sesaat Kau Datang bersama Sleeq dan baru saja mengeluarkan single baru berjudul Seandainya. Insya-Allah akan keluarkan album dalam tahun ini. \r“Album baru itu menghimpunkan lima ke enam lagu termasuk single yang sudah dikeluarkan sebelum ini. Walaupun ada artis yang beranggapan mengeluarkan album adalah satu risiko tetapi bagi saya peminat masih menantikan kemunculan album terbaru,” katanya yang akan membuat persembahan pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011. \rBerbangga dapat berkongsi pentas dengan artis lama dan baru dalam acara berprestij itu, Ramlah menganggap peluang yang diberikan Berita Harian kepadanya adalah satu penghargaan buat dirinya.\rSetelah sekian lama tidak beraksi pada majlis anugerah sedemikian, Ramlah merasakan ABPBH yang masuk edisi ke-25 mengalami peningkatan dan pembaharuan dari segi calon dan penganjurannya. \r“Saya rasa kali terakhir membuat persembahan di ABPBH adalah enam tahun lalu bersama Farawahida dan Musli Ramli kalau tak silap saya. Banyak perubahan yang berlaku dan menunjukkan kematangan serta nampak prestij pada anugerah ini,” katanya. \rKau Kunci Cinta Ku Dalam Hati Mu\rBila sendirian terbayang wajahmu\rBila kerinduan terasa cintamu\rBilakeresahan inginku dibelai\rSepenuh kasih dan sayang...\rBila ku terluka terseksmya hati\rBila kau tiada kusetia menanti\rPernah kumencuba lupakan dirimu\rTapiku tak daya menanggung rindu\rSukarnya untukku berpisah denganmu\rKau kunci cintaku didalam hatimu\rMeronta hatiku menangis kernamu\rKau kunci cintaku didalam hatimu\rSehingga kulemas bila kau tiada di sisiku\rBawalah daku bersama denganmu\rDan janganlah engaku biar kusendiri\rDulu dan kini hingga selamanya\rEngkaulah kesayanganku...
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|