|
BERMULA sederhana pada persembahan peringkat pertama Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012 semalam, skuad kebangsaan Malaysia optimis memperbaiki kedudukan di kalangan pasukan Asia yang menyertai edisi ke-17 kali ini.\r“Walaupun tadi (semalam) kami menduduki tempat lebih baik berbanding Azad Universiy Cross Team, OCBC Singapura dan Indonesia, kami ada hajat lebih besar untuk muncul antara lima terbaik Asia dan 15 terbaik keseluruhan,” kata pengurus pasukan, Omar Saad.\r\n\n\n\n\r Mengakhiri perlumbaan edisi tahun lalu di tangga kelapan Asia dan ke-21 keseluruhan, Omar berkata, perlumbaan sebenar bermula hari ini dengan kesemua pasukan mempamerkan taring masing-masing.\r\r\n\n\n\n\n “Antara strategi utama kami ialah cuba mengekori pelumba yang membuat pemecahan dan seorang daripada pelumba mesti berada dalam kelompok depan itu. Kita tidak mahu jauh tercicir masa menjelang pendakian ke Genting Higlands,” katanya.\rDalam perlumbaan Peringkat 1 ujian masa individu di Putrajaya semalam, Mohd Fauzan Ahmad Lutfi muncul pelumba terbaik Malaysia di tempat ke-70 dengan masa 27 minit 58.58s, diikuti Mohamad Rauf Nur Misbah (77), Amir Mustafa Rusli (102), Ahmad Fallanie Ali (109), Suhardi Hassan (124) dan Nor Rizuan Zainal (127).\rFauzan yang turut bersaing di Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2012 minggu lalu, masih kurang berpuas hati dengan prestasinya.\r“Fokus saya selepas ini adalah Peringkat 6 ke Genting Highlands,” katanya yang membuat kemunculan semula selepas kali terakhir menyertai LTdL 2008 sebelum digantung dua tahun kerana kesalahan doping.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|