CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 86|Reply: 0

Le Tour de Langkawi: Guardini terus pamer penguasaan

[Copy link]
Post time 27-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
BAGAI mengulangi episod peringkat dua, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012, perlumbaan Peringkat Tiga dari Melaka ke Parit Sulong, semalam menyaksikan semula kejayaan pakar pecut Farnese Vini-Selle Italia, Andre Guardini dalam laluan 187.6 kilometer itu.Raja pecut dan juara lima peringkat LTdL tahun lalu itu mendahului peloton pada tiga kilometer menuju penamat selepas berjaya menangkap Taiji Nishitani daripada Aisan Racing Team dan Shinichi Fukushima daripada Terengganu Cycling Team ke dalam kelompok besar.\n\n\n\n  Pelumba Jepun, Nishitani yang berjaya memenangi perlumbaan di Parit Sulong, dua tahun lalu nyata tidak mampu terus menjarakkan diri daripada kelompok besar memandangkan pelumba itu belum cergas sepenuhnya selepas baru menyertai Kejohanan Lumba Basikal (ACC) di Kuala Lumpur, minggu lalu. \n\n\n\n\n\n  Guardini, 23, tiba dulu ke garisan penamat diikuti Raymond Kreder daripada Garmin Barracuda dan pelumba negara, Anuar Manan yang mewakili Champion System berjaya menaiki podium dengan semua mereka mencatat 4 jam 30 minit 11 saat.“Perlumbaan sebenarnya sukar menjelang 10km ke garisan penamat namun rakan pasukan saya banyak membantu dan mereka melakukan seperti yang saya mahukan,” kata Guardini yang turut mengekalkan jersi biru selaku raja pecut dengan 30 mata.Semua pemenang jersi pada peringkat tiga tidak berubah dengan David Zabriskie daripada Garmin Barracuda mengumpul 8:30\'04s, jersi Asia masih dimenangi Dmitriy Gruzdev daripada Astana dengan 8:31:37s sementara jersi raja bukit kekal milik pelumba Drapac Cycling, Floris Goesinnen.    Hari ini, peringkat empat dari Batu Pahat ke Muar sejauh 169.4km dijangka kekal didominasi pakar pecutan dengan tiga zon pecutan di Simpang Renggam, Air Hitam dan Batu Pahat.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:12 PM GMT+8 , Processed in 0.058591 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list