|
IMPIAN bertemu Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dalam saingan separuh akhir Piala Milo akhirnya terlaksana buat Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) apabila bakal berentap di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, petang esok.\rPertemuan itu mengulangi detik sejarah pahit gagal mara ke final selepas kecundang di tangan UniKL 2-3 musim lalu dan SSBJ melaungkan amaran untuk memadam episod duka itu. \r\n\n\n\n\r Pasukan kendalian Lokman Yahaya itu bertindak garang pada suku akhir apabila mencatat agregat kemenangan 9-2 ketika menumpaskan MHS-MSSNM-MSN Melaka untuk mara ke separuh akhir. \r\r\n\n\n\n\n Pemain semuanya sudah bersedia sejak awal lagi dan kami mempunyai kira-kira tujuh pemain lama yang kini beraksi bersama UniKL. Ini mungkin memberi satu kelebihan buat kami menilai corak permainan UniKL.\rImpian kami sebenarnya ialah menjejakkan kaki ke final bagi mengubat duka lama itu, kata Lokman.\rSelain saingan antara SSBJ dan UniKL, satu lagi perlawanan separuh akhir membabitkan juara bertahan, SSTMI-Thunderbolt dengan MBI-Anderson, sebelum beraksi di perlawanan timbal balik, Jumaat ini. \rPerlawanan kemuncak dijadual berlangsung di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh, Ahad ini.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|